everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Thursday, January 26, 2012

Setiap Orang Adalah Unik.

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya
yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w
kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali
daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara
lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik,
terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik
dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah
berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu
kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan
memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda
terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat
dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka?
Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh
terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang
manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh
berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di
Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang
cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas
rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana
disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal
memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita
itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia
sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan
ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa
paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang
buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia
dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan
anda mambuktikan kekuasaan ALLAH.
Post a Comment