everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Saturday, June 8, 2013

Restoran Rasa Utara

Assalammualaikum.

Hot! Hot! Hot! Entry kali ini, aku nak share sikit tentang service di restoran Rasa Utara ni..

semalam hari jumaat, dapat rehat selama 2 jam. So, aku, kak su dan paeplan nak ke Mid Valley. Mereka berdua ada hal nak diuruskan di sana. Aku tak ada apa pun... just follow dorang dan lunch. Lebih kurang jam 1.30pm kami pun decide nak makan kat Rasa Utara.  Bila jengah dari luar nampak org ramai. Tapi nasib baik ada satu meja yg muat utk kami bertiga. Atas meja tu masih ada sisa pinggan customer yg sebelum kami. Dah duduk selama 5 minit baru lah pekerja dia dtg utk clear kan meja tu dan ambil order.

Aku pun tgk menu dia, dan tekak ni mmg terasa nk makan mehoon soto.Harga yg tertera kat situ ialah Rm13.90. Boleh tahan jgk yer mahalnya.. tp klu sedap, x ada masalah bg aku ok!

Tunggu punya tunggu dah setengah jam x sampai2 lg. Air pun ambil masa 15 min nk hantar. Alahai.. mmg potong lah selera aku ni. Kwn aku panggil dan tnya lah kat pekerja di situ.. jawapan standard, 'sekejap ye'. Aku pun mencelah, klu sy punya tak buat lg, boleh cancel je yer. Lama sgt tunggu nya ni! Lps kami bising2 tu, x smpai 5 minit, makanan kami sampai.

Dan........ bila tgk je mehoon soto yg aku order tu... aduhai... mmg lah lansung tak menyelerakan.... kuah sikit... meehoon agak keras.... dan bila rasa je, mmg tawar hebeh!!! nak tak nak, aku telan jugak lah! sb memikirkan harga mahal kan! klu nk compare dgn pasar malam punya meehoon soto, lagi sedap ok!!!

Bila nak bayar tu, aku request for single resit. tapi dia kata tak boleh dgn suara yang agak menyakitkan hati. tak ada pulak perkataan "maaf cik, kita tak boleh kuarkan single resit". Ok. tak boleh ke kata mcm tu??? Alahai... kita customer.. kena lah ckp elok sikit... Sudahnya aku bayar je lah bil utk 3 org kawan aku tu... Dan yg paling aku sakit hati.... Tak ada ucapan "TERIMA KASIH" keluar dari mulut dia!!!
Hellooooo... dah lah service awak lembab... bila customer bayar tu, ckp lah terima kasih. susah sgt ke?? Sekurang2nya, rasa tak sedap makanan tu, dan tambah hati panas, bila kat cashier tu layan dgn elok, hati customer ni jadi dah tak panas lah..... masalah betul dorang ni...

Apa lagi... Ini lah first and last aku akan menjejakkan kali ke Restoran Rasa Utara.

Monday, June 3, 2013

Samsung Galaxy S4 In The House!!!

Assalammualaikum...

Hati agak besar bila dapat beli handphone Samsung yang latest!! Sekarang aku tidak lagi menggunakan Blackberry. Ada 2 buah BB aku yang tersadai kat rumah. Adoi. Ayat belagak nih. huhuhu.. Bukan apa, sebelum ini aku menggunakan BB dan Samsung Tab. Bila sampai hujung bulan ada 2 bil yang aku perlu bayar. Tab aku gunakan sim card broadband. Dan BB aku menggunakan maxis pospaid. Jadi jumlah bil yang perlu dibayar hampir Rm200. Huh!! jadinya rasa mcm dah terlebih spend duit tiap2 bulan.

So.... fikir dan fikir, jalan terbaik ialah pakai satu hp dan jeng jeng jeng... Samsung S4 lah keputusannya!! hehehehe..









Tertarik dgn design nya yg nipis dan screen tidak begitu besar seperti note. Juga atas sebab camera 13MP. Dah alang2 nak tukar hp, beli lah yg elok sikit kan... Maybe 2 or 3 thn lagi akan ku tukar yg lain pula..
Mula2 beli tu, dah buka kotak semua, aku pun cuba nak masukkan sim card yang sedia ada kat dalam S4 tu.. pastu aku tgk kenapa mcm tak muat je saiz tempat masuk sim card tu dgn sim card yg ada ni??? Hurm.. Aku pun Google lah... Rupa2nya, untuk smart phone yang terbaru, perlu menukarkan sim card ke micro sim... huhuhu.. dah pulak satu hal nak pergi ke Maxis dan tukar sim card...

Esok tu half day, pergi lah ke Maxis Center di KLCC. Tgk orang ramai sungguh. Lepas tu banyak kaunter kosong pulak tuh. Dah lah air cond tak rasa.. Haish.. ape lah nasib. Beratur punya lah panjang. Sampai kat kaunter, staff kaunter tu yg sangat tak friendly, buat aku lg panas hati. Dah lah tengah mengandung... Jadi, layan lah customer tu baik sikit... Saya tahu awak tension customer ramai... tapi bkn maksudnya awak perlu buat muka masam mcm tu... adui.. dah mula aku nak complain. ok2! berbalik cerita pasal micro sim tu. Bila dah tukar tu, bayaran yang dikenakan ialah RM25. Dan akan masuk di dalam bil yang akan datang..

Kat rumah bila sampai je, terus tgk macam mana rupa micro sim tu..  Saiznya separuh dari seim card yang lama... Meh tgk gambar nya..







Haaa.... Yang putih tu lah micro sim...  yang merah tu sim card lama aku...  Jadi, sesiapa yang beli smart phone yg model latest ni, mesti kena tukar sim card ok!!!