everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, April 30, 2012

Bersih oh Bersih.....

Assalammualaikum....

hurmmm...dah tentu masing2 kecoh bercerita ttg hal bersih ni kan... baca dalam status FB dan Twitter, bersih lagi dan lagi dan lagi. Oh.... Malaysia ku... sedih dgn org melayu masa kini. bila sesama islam bergaduh. sgt memalukan... org bukan islam??ketawa melihat melayu gaduh dgn melayu. -.-'

ok... aku bukan ahli politik. dan aku tak kata yg aku pihak pada kerajaan. NO!!! aku hanyalah seorg pecinta keamanan negara sahaja. aku hanya inginkan negara Malaysia aman dan damai.

Aku tak kisah siapa2 pun nak menjadi peserta bersih tu. tapi aku sgt benci pada org2 yg gila sampai buat bersih itu jadi huru hara. tak kisah lah yg buat huru hara tu dari polis yg menyamar pakai baju org biasa ke... tapi manusia2 mcm ni, mmg tak punya akal.

mcm ni lah... bagi aku, PKR, BN, UMNO ke.. mana2 parti pun sama. sb yg menjadi ketua adalah manusia! jadi, setiap manusia ni ada nafsu dan cita2 sendiri yg hendak dicapai. ok. kalau kata satu hari nanti pembangkang yg akan memerintah negara ni, adakah semua rakyat akan puas hati dgn pemerintahan itu?? dan yakin ke yg pemerintah itu satu hari nanti akan berlaku adil dan saksama?? kalau anda menjadi seorg ketua, pastikah anda akan menjadi favourite semua org??? pasti???yakin???

ok... faham... semua rakyat nak sesuatu yg adil dari seorg pemerintah... aku pun menuntut benda yg sama. tahukah anda, sebenarnya dunia politik ni sgt lah kotor! kalau anda menjadi org ternama, tak mungkin lah anda ni akan menjadi seorg yg sgt mulia. Even masa kerja pun, ada mengular. Padahal tak sedar, mencari keberkatan tu penting. lps tu, ckp pasal politik bukan main.. itu salah. ini salah. itu tak betul. ini tak betul. asyik nak mengeluh je... itu tanda hidup anda kurang keberkatan. tak bersyukur dgn nikmat yg ada...

hurmmm, tgk perserta bersih tu mmg dari anak2 muda. yg berdarah muda. biasalah. org darah muda ni mmg cepat naik darah. so, itu la jadi mcm tu.... bertumbuk sini. bertumbuk sana..yg sakit diri sendiri.

Ok.. nampak mcm entry aku ni seolah2 berpihak pada kerajaan kan??? hahahhaa... ikut suka korg lah...
tapi, aku mcm ni je. kalau ditempat aku tu yg bertanding adalah ketuanya muslim atau non muslim, aku akan pangkah yg ketuanya melayu ISLAM. tak kisahlah BN atau PKR atau UMNO atau PAS. yg penting org ISLAM ok. ooopppss!! undi adalah rahsia!!! muuaaahhahahahaha!!

jgn lah terlalu obses dgn politik ni... tak perlulah memikirkan masalah negara terlampau sgt. fikir masalah diri masing2 sudah... aku tak nak komen lebih2. sebab, kwn2 aku ramai jg yg sertai bersih dan ramai jg anggota polis.

ok lah.. cukup lah sampai di sini saja.. mudah2an Malaysia menjadi negara yg aman dan damai. Amin... :)

Tuesday, April 24, 2012

Lampu

Assalammualaikum.....

hye semua!! aku sgt teruja bila rumah yg aku beli telah betul2 menjadi kepunyaan aku. Alhamdulillah.... kunci diserahkan pada aku semalam. so, aku dan en.hubby pergi melawat rumah kami sambil berbincang apa yg perlu renovate. syok!

hurrmmm, bila dah ada rumah baru ni, salah satu yg aku akan tukar ialah lampu. sabtu dan ahad yg lepas, ada family gathering kat PD. hari ahad kami check out, dan singgah di Nilai sekejap. sebab my sis nk pergi beli tikar. aku dan en.hubby mengambil kesempatan tgk2 kedai lampu di Nilai 3 tu.... wow!! sgt teruja aku bila lihat lampu2 yg sgt cantik. pada mulanya, hanya nak survey terlebih dahulu. tapi aku ni dgn tidak kesabarannya, terus memujuk en.hubby membeli lampu utk bahagian living dan dining. malangnya lampu bahagian dining tak ada stock... so, beli saja apa yg ada... ikutkan hati nak borong mcm2. tp en.hubby dah mula membebel2.. hehehe...

kedai lampu di Nilai 3


salah satu lampu yg sgt aku minat , yg ni....

lampu bola
aku suka sgt dgn designnya kerana nampak  moden...
dan antara lampu utk dining ialah seperti gambar di bawah ni.. klu nak pilih utk dining, mmg sesuai yg jenis terjuntai 3 ni....


lampu lolipop


yang ni pun cantik kan...

oleh kerana rumah aku itu nanti tidak pasang plaster syiling, jadi design lampu yg aku pilih ialah mcm ni.....

lampu kaca
kalau rumh korg pasang plaster syiling, aku suggest korg pasang je down light.. mmg style lah!!

klu korang pergi, dah tentu korang sendiri akan rambang mata. dan aku rasa harganya tidak lah semahal mana. klu rumah korang adalah rumah banglo, dah tentu kena beli lampu yg harga berpuluh ribu. barulah kena gaya. betul tak??

ada satu kipas syiling ni, so cute!


memang rasa lega sb salah satu keperluan rumah baru, telah pun dibeli.. sebenarnya, mcm2 lagi yg perlu dibeli.. Insyaallah weekend ni, aku pergi ke Ikea utk membeli apa yg patut! :D

Saturday, April 21, 2012

Tips Dari Dr. Fatma El-Zehra

Just something to share from the tazkirah given by Dr. Fatma El-Zahra
here during Ramadhan.

Amalan harian utk mencegah gangguan syaitan:

      1.      Sentiasa dlm keadaan berwudhu'

      2.      Banyakkan berzikir

      3.      Baca zikir 'la illa hailla wahdahula syarikalah'
            a.      10x selepas solat, atau
            b.      100x selepas solat subuh (pengubat sakit jiwa)

      4.      Baca ayat Kursi selepas setiap solat

      5.      Baca 3 Qul (al-Falak, an-Nas, al-Ikhlas) 3x selepas subuh & maghrib, tiup ke tapak tangan & sapu ke muka,kepala dan seluruh badan


      6.      Pasang CD bacaan surah Al-Baqarah setiap hari sebelum/semasa tidur. Syaitan tak akan masuk ke rumah kita selama 3 malam.

      7.      Jaga mata kita. Jangan bagi peluang syaitan menghasut
      melalui mata dan hati

      8.      Jaga mulut kita. Sabda Nabi - cakap yg baik2 sahaja atau
      lebih baik diam.

      9.      Selalu bertaubat dengan banyakkan istighfar.

      10.  Beri salam bila masuk rumah.

      11.  Makan dengan tangan kanan.

      12.  Baca "Bismillahillazi hitawakkallallah...." (doa keluar rumah)bila nak keluar rumah.

      13.  Tutup jendela sebelum maghrib, nanti syaitan masuk ke dalam
      rumah..

      14.  Banyakkan/Selalu baca Al-Quran, sekurang-kurang 50 ayat sehari

Amalan2 lain utk diamalkan:

      1.      Surah Al-Kahfi - baca pada malam Jumaat. Allah beri nur
      (cahaya pencegah maksiat) dari Jumaat ke malam Jumaat seterusnya.

      2.      Surah Yassin - baca setiap malam, Allah ampuni dosa.

      3.      Surah Al-Mulk (30 ayat) - baca setiap malam sebelum tidur akan terlepas siksa kubur.

      4.      Surah Ali-Imran, ayat 68 - amalkan hari2. "Rabbana..."

Friday, April 20, 2012

Cerita yg sgt menyentuh hati....

Kisah ni aku copy dari email yg di forward kat oleh seorg kwn aku... dan kisah ni sgt menyentuh hati... :'(


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.


P/S : Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Wednesday, April 18, 2012

Lil Qistina! Part 8

Assalammualaikum semua....

Syukur Alhamdulillah hari ini Qis genap 11 bulan. Insyaallah bln depan genap setahun. Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Begitu teruja bila melihat Qistina pandai buat sesuatu. Sekarang ni, Qistina pandai meniti. Belum boleh jalan lagi. Gigi pun dah tumbuh 4 batang. :)

Macam biasa, jom lah tgk gambar Qistina yg berumur 11 bulan ni!

posing atas carpet


boleh jadi model tak??

nampak mcm dia suka sg dgn carpet ni

Qis dah pandai main...

lasak girl!!

Gambar ni diambil masa kami pergi shopping di Jusco Wangsa Maju. Qistina ni sebenarnya sgt lasak. tak reti duduk diam. Ke sana, ke sini. Boleh kurus aku dibuatnya. ;p

apa2 pun, aku mendoakan semoga Qistina membesar dgn sihat dan dilindungi Allah.... Semoga Qistina menjadi anak yg solehah.. Insyaallah...

Ibu dan Abah ssssaaaayyyaaannng saaaannnggaaat pada Qis!! mmmuuaaaahhh!!

Sunday, April 15, 2012

Cat Colour Apa yg sesuai ni???

Syukur Alhamdulillah, urusan pembelian rumah hampir selesai. Setelah menunggu 6 bulankan.... bila nak pindah ke rumah baru ni, mcm2 lah benda nak difikirkan. terutamanya cat. tak tahulah colour apa yg sesuai utk cat rumah tu....

bila search kat google, ada satu colour yg aku suka. colour coklat cair.. dan pintu bilik semua di colourkan dgn colour putih...

ok tak??
aku rasa colour ni mmg sesuai. tak ada lah gelap sgt rumah nanti kan.... dan satu dinding di ruang tamu, iaitu di bahagian tempat tv tu, aku fikir ingin cat colour coklat gelap..

ok kan??

hehehhee.... colour2 pastel ni, kadang2 lebih cantik berbanding dgn colour2 yg terang2. nampak agak simple bila pilih colour mcm ni.. actually, belum betul2 discuss dgn en.hubby ttg colour rumah ni... colour ni penting utk dipilih. tak nak lah nanti menyesal pulak kan.... huhuhu...

Insyaallah, next week, dapat lah kunci rumah..... :)

Monday, April 9, 2012

Siapakah Mustafa Kamal Artatuk??

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.(tidak diniatkan untuk mengaibkan si mati… tetapi sebagai pengajaran kepada semua manusia termasuk diriku…)

1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

.2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4.Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2.Sakit jantung.

3.Penyakit darah tinggi.

4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di

dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.” Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.. Waallahualam...

Saturday, April 7, 2012

Kata-kata Prof. Dr. Muhaya.

Sangat suka dgn kata-kata dari pakar motivasi juga pakar mata kita,iaitu Prof. Dr.Muhaya. Memberi maksud yg amat mendalam..

"Dimana dan bagaimana situasi kita dan keluarga dalam lima aspek kehidupan iaitu kesihatan, kecerdikan, kerohanian, kasih sayang dan kewangan lima tahun akan datang bergantung pada keputusan dan pilihan yg kita buat dari segi buku yg di baca, kawan yg kita ada, tv yg di tonton, seminar atau majlis ilmu yg dihadhiri etc. menyesallah mereka yang hanya fokus pada keseronokan jangka pendek dan penyesalan masa depan. setiap perbelanjaan yang tidak ke  arah mendapat ilmu membina keimanan dan akhlak akan merugikan. Ramai manusia tertipu membelanjakan wang atas makanan yang kosong nutrisinya tapi tinggi kalorinya, membeli barangan jenama untuk meningkatkan status di  sisi manusia, tidak mencari ilmu menyebabkan jiwa penuh reaktif dan tidak proaktif dan menyalahkan keadaan atas pencapaian yg sedikit. mereka yang melabur pada ilmu dan takwa insyaallah tersenyum gembira di dunia dan di akhirat. lihat di mana fokus kita itulah tuaian kita masa depan" Prof Dr Muhaya..

Renung-renungkan dan selamat beramal... :)

Friday, April 6, 2012

Bahaya Kemewahan(tazkirah)

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "

Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "

Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". [H.R. Termizi]Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan,

"Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.,

"Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Jadi, utk kita semua dihari ini, marilah sama-sama kita kayakan diri kita dgn amal ibadat pada Allah S.W.T.. Kekayaan di dunia ini adalah sementara. Di akhirat juga yg berkekalan. Tak guna jg kita mewah dgn segala harta yg kita miliki hari ini, tapi amal ibadat KOSONG. Waallahualam...

Wednesday, April 4, 2012

Jamu

Assalamualaikum...

Entry ni bukanlah mengisahkan aku ni seorg pengedar atau penjual jamu ok..... hehehhee... apa yg hendak aku sampaikan, sehingga sekarang aku masih makan jamu setelah melahirkan Qistina tahun lalu.

bagi sesetengah org, mungkin yg amal cara hidup moden, tidak makan jamu after bersalin. doktor juga tidak menyarankan ibu bersalin makan jamu. tapi, keturunan aku, mmg makan jamu.. jika kita menyusukan bayi selepas bersalin, mmg tidak perlu makan jamu. tapi bila dah sebulan kita berpantang eloklah kita makan jamu. Permulaan bersalin tu tidak perlulah makan jamu dulu. Ini dikuatiri bayi kita akan kena Jaundis. Tapi lps sebulan makanlah.. ini adalah utk menyihatkan,membuang angin dan memberi tenaga semula selepas bersalin.

macam aku, aku memilih jamu Nona Roguy. ramai yg recommend pd aku, yg jamu ini bagus. setelah aku makan beberapa bulan, mmg nampak hasilnya. salah satu, melawaskan buang air besar. mmg kalau kita dalam pantang, akan menghadapi masalah buang air besar. aku tak tahu lah org lain mcm mana, tapi aku mmg bermasalah... huhuhu...

Actually jamu ni juga boleh menurunkan berat badan after bersalin. Mmg banyak kebaikan jamu ni.. Dan yg penting, bila makan jamu ni, kenalah minum air yg banyak. Sb jamu ni panas..

So far, Alhamdulillah badan aku rasa sihat dan kuat selepas mkn jamu ni. Ye lah, menjadi seorg ibu dan isteri yg bekerjaya ni, bkn lah mudah utk mengekalkan kesihatan badan. Jadi, tiada salahnya kita sebagai seorang wanita ni ambil jamu sebagai supplement.. Supplement yg lain pun ok jgk.. As long as supplement itu sesuai dgn body kita...

Selain dari itu, kebaikan jamu ni adalah utk mengurangkan keputihan di bahagian sulit wanita..

Ini adalah set bersalin Jamu Nona Roguy. Mula2 aku hanya makan Phyonatal dan air jamu(utk pekatkan susu),juga minyak mustajab utk disapukan seluruh badan. Lps habis pantang, aku continue makan pil Phyonatal..




Yg kat bawah ni, ialah jamu Mak Dara. Ada org kata bagus juga. Tp tak pernah pula try.. Maybe one day, aku nk try..



Terpulang dari pendapat masing2 bahawa elok atau tidak pengambilan jamu ni. Bagi aku Alhamdulillah, kesan kpd aku, positif. Jadi aku continue saja. Kita sebagai seorg wanita,isteri dan ibu perlu menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh bdn kita sendiri.. Siapa yg tak mahu kelihatan cantik dan menawankan?? jadi terpulanglah dgn cara masing2 utk menjaga kesihatan diri... Hehehe.. ;)

Sunday, April 1, 2012

Tupperware Lovers

Assalammualaikum semua.... Alhamdulillah, hari ini kita dah masuk April 2012.. sekejap je kan.... :)
So, mcm mana kehidupan anda semua sehingga sekarang?? harap2 semuanya baik2 saja....

ok..entry hari ni aku ingin mengisahkan yg aku sekarang ni gila sgt memborong barang2 tupperware!! adoi... kalau murah tak apa..huhuhu... tapi kualitinya sgt bagus ok!! dan aku juga ialah member utk Tupperware ni.. jadi,kalau nak order kat aku pun boleh jg.. aku bagi special price punya!! :p

membeli segala tupperware ni bkn apa... ini pun sebab aku bakal berpindah ke rumah baru.. tupperware ni adalah utk melengkapkan keperluan rumah baru juga lah....

jom lah tgk collection aku setakat ini....

polkadot...




colourful kan??
actually baru 2 koleksi saja yg aku beli... ada lagi satu koleksi yg sedang diorder...
ada beberapa koleksi yg bakal aku miliki. tapi bkn sekarang. insyaallah bila berpindah nanti aku akan order... satu daripadanya utk mengisi beras.. sgt cantik! satu lagi utk mengisi air.. senanglah kalau nak minum. tak perlu isi di dalam botol....

rice dispenser



water dispenser 
nice bukan???

ada juga beberapa koleksi yg aku masukkan dalam list.. tapi masih lg dalam pertimbangan mahu beli atau tidak... iaitu tempat utk mengisi bawang...

cantik bukan??
tupperware ada juga buat keluaran utk baby tau... BPA free yg penting!! tp bagi botol susu, aku memilih Avent sahaja.....

cute.....

utk mengisi ikan atau ayam atau daging atau sayur pun ada.. dan ianya akan membuat makanan mentah tu fresh tau....
tapi aku rasa,aku tak akan beli yg ini.. aku isi makanan mentah tu, dlm bekas biasa saja...


utk ikan,ayam,daging dan sayur


yang koleksi satu lagi ni, aku dpt hadiah masa hari perkahwinan aku 2 thn lalu....



so macam mana?? anda rasa teruja tak bila melihat warna warni Tupperware ni??? salah satu sebab org suka beli tupperware ni, ialah makanan mmg tak akan masuk angin... kalau bekas utk mengisi kuih raya pun ada juga... mmg tak akan lemau lah kuih raya anda tu nanti. percayalah!! :)