everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, November 28, 2011

cuti 4 hari mcm 4 jam

Mulut dan hati dah mula mengeluh.oleh kerana esok dah kerja!!haaiisshh.rasa mcm malas sgt2.mana x nya,dah 3 hari cuti kan.sebenarnya semalam jatuh public holiday sempena Awal Muharram.so,hari isnin adalah gantinya hari cuti tersebutlah..emmm,aku dah start cuti hari jumaat lg..sj ambik cuti rehat..yer lah.cuti byk lg..huhu.maknanya,dah 4 hari lah aku bercuti! Huuuwwaaa.. Malasnya nk keje esok!!

Dan aku rasa bkn aku je yg malas nak kerja esok.tp mesti ramai org2 di luar sana yg malas kan???kan?kan? Hehehhehe..
Buktinya,aku membaca beberapa status ttg kemalasan yg melanda diri mereka kerana esok mula bekerja laaah...huhuhu.aku pun sama,malas!!

*kalau lah dpt cuti bergaji tapi x pergi kerja selama sebulan.(Ckp mcm epf tu atuk aku yg punyer) (>_<)'

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah..

Assalammualaikum...

Salam Maal Hijrah semua...

Apa itu Maal Hijrah?Maal membawa maksud 'bersama'.Hijrah bermaksud 'berpindah'.jadi,Maal Hijrah boleh membawa maksud bersama berhijrah atau bersama berpindah.

Hijrah haruslah difahami dgn berpindah ke satu keadaan yg tidak elok kepada satu keadaan yg lebih baik.jadi,kita seharusnya memasang niat yg baik utk mengubah diri kita ke arah yg lebih baik...

Doa menyambut tahun baru islam ni,kita jgn lupa membacanya yer..doa awal tahun dibaca selepas solat maghrib sebanyak 3 kali..Doa akhir tahun juga harus dibaca iaitu selepas solat asar juga 3 kali..

Sempena Maal Hijrah ni,aku mengharapkan ,aku akan menjadi seorang hamba Allah yg lebih beriman dan bertaqwa..Insyallah..aku ingin sekali membersihkan jiwa ini,yg aku rasakan kotor.mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa aku dan juga dosa-dosa keluarga ku,sahabat-sahabat ku juga dosa umat islam di dunia ini..Amin...aku hanya insan yg kerdil dan tdk pernah lari dari dosa..Ampunkan aku Ya Allah...

Wassalam..terima kasih kerana sudi membaca.. :)

*bersama lah kita memantapkan iman,menambahkan amalan,bersama memperjuangkan Syiar islam seiring dgn zaman yg penuh cabaran ini..Insyaallah...

Friday, November 25, 2011

Rindu sekolah...rindunyerr!!!

sekolah selayang ku sayang...
dah 8 thn rasanya aku meninggalkan zaman sekolah.wah!lama jgk kan.tp kenapa rasa mcm baru je thn lepas aku abis sekolah??(bajet muda lg kot...padahal dah tue!) apasal tiba2 aku teringat zaman sekolah ni??hurmmm...gara-gara aku menerjah blog jiran aku ni laaa....jiran aku ni bdk sekolah lg.bila dia post gambar2 kwn2 dan kwn2 beliau memakai baju sekolah,mula lah aku terbayangkan aku dan baju sekolah aku....dan baju yg dah lapuk tu,aku masih lagi simpan utk kenangan.cewah..

setuju x klu aku kata,zaman yg paling best ialah zaman sekolah??10 tahun kita semua pakai baju sekolah yg berwarna putih.(kecuali pengawas lah...)boleh jumpa dgn ramai kwn! bila sekolah ni lah kita akan buat geng.huh!pastu adalah BFF.....kadang2,gaduh jgk dgn kwn2 kan...alah...gaduh2 manja jew.....hehehehe...
apa yg best ttg zaman sekolah ni ialah bila dpt study sama2...tiru jawapan kwn...(sayful mazlan selalu wat keje ni) hehheheee...jgn marah apul...nnti kena jual! lagi2?? apa yg best?? hurmmm....usha boyfren...........kutuk megutuk.(aku wat kdg2 je...) :P 


bila dah keluar dari zaman persekolahan ni,mmg rasa rindu sgt2 kat kwn2..tp sykur Alhamdulillah kami geng2 sekolah,masih lagi keep in touch kerana adanya FACEBOOK ni kan! ini lah kebaikkan laman2 social ni kan....dpt jumpa blk kwn2 sekolah....

meh la layan gambar pakai baju sekolah ni...... :)

geng bdk sekolah menengah


gambar masa form 1


dari dulu aku mmg gila camera! :)


byk lg sebenarnya gambar2 masa zaman sekolah ni....semua aku simpan sebagai kenangan.kdg2 bila rindu tu,mesti buka album blk...senyum sorg2 lah aku.... :)

SMEKSES tetap dihati!!!

Tuesday, November 22, 2011

Bola ooh Malaysia ku...

Dia hero negara kita........
sape lagi..........


Khairul Fahmi Che Mat


Alhamdulillah!tahniah utk skuad pasukan negara kita, Harimau Muda kita ni....akhirnya,tertebus segala hinaan,cacian dan segala cemuhan terhadap Malaysia dari Indonesia. Mereka menghina Malaysia tanpa sedar diri.lihat saja di akhbar2 dan berita ttg bagaimana indon ni mencemuh Malaysia! oleh sebab perangai2 penyokong indon yg x semenggah tu, Malaysia menang lah kan! sapa suh maki2 malaysia Allah tu kan x suka dgn org yg jahat.....


Seronok btl menonton bola mlm td. aku,en.hubby dan qistina lah menonton bola tu.(macam lah qis tu faham bola tu apa..) :) mmg syok tgk bola beramai2..kami berdua ni mmg minat bola..lagi2 en.hubby tu..hehehehe...tapi kesian btl kat Fakri tu..asyik kena kutuk jer....baca status2 kat fb tu,asyik keluar nama fakri je...kesian dia kan....


apa2 pun,penalti menentukan segalanya.syukur lah kan..mmg stress betul tgk bola smlm.sampai ada masa tambahan lg.aduyai...tp akhirnya Malaysia menang!!! Yahhhoooo... Tahniah Harimau Muda!!!!

Sunday, November 20, 2011

Benci atau Tak Suka

Assalammualaikum....

First of all nak ckp yg entry kali ni bukanlah utk menyakitkan hati sapa2..hanya sekadar luahan hati aku...tp mungkin utk insan yg aku benci. apa beza antara perkataan benci dan x suka?? Bg aku dua perkataan tu mmg byk beza. Klu benci seseorg,bila kita dgr nama dia je,kita dah rasa menyampah.tp klu kita x suka kan seseorg tu,mungkin kita x kisah lg klu ada org yg menyebut nama org yg kita x suka tu...

Seumur hidup korg,ada x org yg korg pernah benci atau x suka??mcm aku,aku mengaku,mmg ada sorg manusia yg aku benci.seseorg yg pernah singgah dlm hidup aku.dan kehadiran dia tdk lah memberi keuntungan mahupun kerugiaan. Aaaip!aaiip! Bkn boyfren daaa..hehehe..so,pompuan lah?? Jwpannya,yes!pompuan. Klu kita benci seseorg tu,adakah maksudnya kita sebenarnya bermasalah??fair ke kita judge mcm tu?xkan..mungkin kebencian kita pada org itu bermulanya dari pihak dia.mungkin 30% dari pihak kita.mestilah kesalahan pihak dia lebih besar berbanding kita.klu x,xkan lah kita benci dia kan..

Dari pengalaman aku,bencinya aku terhadap dia adalah kerana beliau mempunyai satu sifat yg buruk,iaitu tidak boleh dipercayai dan sifat dengki yg teramat sgt!mcm mana cerita yg sebenarnya,rasanya x perlulah aku ceritakan disini.kerana ianya dah bertahun2 pun berlalu..cuma disini aku nk menekankan,kdg2 org yg ada sifat yg aku sebutkan di atas ni,adalah seorg yg tdk boleh melihat org lain bahagia.dan sebenarnya,sifat dia tu,lansung tdk memberi kesan yg negatif terhadap hubungan aku dan husband aku.Alhamdulillah..malah ianya membuat hubungan aku dan husband makin kuat..

Hurmmm...yer...sy tahu,membenci seseorg itu adalah sesuatu perkara yg x baik dan satu dosa.aku hanyalah insan biasa dan bknlah Nabi atau Malaikat utk tdk membenci org..dan kebencian itu dtg bknlah permintaan aku.sebelum ini,aku tdk pernah membenci sesiapa.kerana aku tdk pernah dan tdk mahu mempunyai masalah dgn sesiapa pun.bkn nak kata aku baik. tp itu lah realiti kehidupan.aku hanyalah hamba Allah yg kerdil dan tdk lari dari dosa..sepanjang umur aku 25 thn,inilah kali pertamanya,aku AMAT BENCI seseorg itu.kesilapan itu dtg dari aku juga.kerana,sifat aku yg mudah utk mempercayai org lain .hanya kenal beberapa jam sahaja,aku dah percayakan dia.ohh damn it!! kerana sebab itulah KEBENCIAN itu hadir.dan sampai skrg,hati aku belum bersedia utk memaafkan insan itu.mungkin satu hari nanti.ya!mungkin lah! kdg2 percubaan dia utk menegakkan benang yg dah basah itu,amatlah membuang masa.

Moral of the story,jgnlah kita terlalu mempercayai dgn org yg kita baru kenal...ianya akan memakan diri kita sendiri.w/pun,pengalaman tersebut mmg btl2 mengajar aku di dunia ini,mmg byk jenis manusia.dan pengalaman tersebut buat aku semangat utk hidup.Allah sentiasa bersama dgn org yg teraniaya..

*cerita ni dah lama pun...cuma ingin berkongsi pengalaman hidup dgn kwn2...hati2 lah bila memilih teman utk bercerita.... :)

Friday, November 18, 2011

Teksi tapi BUKAN teksi tunai.?????

Byk betul tanda tanya kat tajuk kat atas tu kan???hahahaha.entry kali ni aku nak cerita ttg cas yg dikenakan utk aku apabila aku menaiki sebuah kenderaan awam iaitu teksi.bkn TEKSI TUNAI tau(dlm rancangn astro ria).klu terkena teksi tunai tu,kayo lah mak! Yerrkkkk??apo aku merepek ni???!!

Ok.ok..hari ni first time aku naik teksi setelah beberapa tahun aku x naik teksi lah.dr lapangan LRT Tmn Melati.wei nor,ko ingat ,ko naik kapal terbang ke,nak guna perkataan 'lapangan' konon.ahaks! Ok sila gigit hidung aku. Ok.ok. Sambung blk lah. So,abg teksi tu tanya aku nak pegi mana.aku jwp la gombak.abg teksi tu pun kata ok.kita lalu highway je la.sb klu lalu jln kat greenwood tu,boleh jd gila..bila dia kata mcm tu,mata hitam aku pun terus pandang ke atas sambil terfilr. Agak lama aku nk jwp ok kat abg teksi tu.sebabnya aky blur.rupa2nya abg teksi tu x nak lalu greenwood sb jln tu jammed...oooo..kisahnyer...

Ok.otw blk tu,abg teksi tu pun,tanya lah mcm2 psl kwsp ni kan...aku pun dgn rajinnya,jwp lah segala soalan yg diberi.tp x dpt duit lah.sb bkn TEKSI TUNAI.harap maklum.hehehehehe. Ok..bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla...."ok abg kona kiri pastu kona kanan pastu kona kiri blk,pas2 benti kat dpn umah yg ada pokok mangga tu k.ok..dh sampai pun...bape ringgit yer??"Tanya aku.. "Sebelas ringgit je.." Owh ok...dlm hati aku, "JE???" Aku byr dan terus keluar.mak aaii..gila kan..tambang teksi je dah sebelas ringgit.sebelas ringgit tu boleh beli mainan qis tau. ;p

Hurrrmmm,tp klu nk difikir2 kan,mmg skg ni nilai duit tu dah jatuh.rasa mcm segala bendanya mahal.klu dulu,tambang sebelas ringgit tu,boleh kira dari gombak ke chow kit tau..skg ni?? Jgn harap laaa..
X per laa.. Apa nk wat..dah rezeki abg teksi tu dpt penumpang arah tujunya jauh(padahal x jauh mana pun)

Wednesday, November 16, 2011

Kenapa mesti RETRO???

60-an??70-an??? Aduish...kenapa mesti retro menjadi pilihan utk tema dinner tahun ni??? Bukan...bukan x cantik...tp aku rasa agak susah nk mencari pakaian2 zaman retro ni. Internet??dah..dah tgk dh kat google..tp x byk kot! Lelaki senang skit nak cari pakaian tu.tp pompuan..alahai..entah.x byk pun..atau pun aku ni yg x reti nk mix and match?? Klu pakai skirt labuh n pakai kemeja skali dgn belt besar,ok x agaknya??tp aku rasa mesti ramai yg pakai mcm tu kan..x mau la sama...hehehe.

Aku ada terfikir nak pakai jumpsuit..cantik kan???huhu..tp ada yg memberi idea supaya aku memakai palazo n kemeja n belt besar..cantik jgk tu..sb die kata aku ni tggi ,so sesuai pakai palazo..huuurrmmm...tgk lah mcm mana dulu.wiken nnti bole la pegi cari..lebih kurang ada 22 hari lagi masa utk mencari segala pakaiaan yg bertemakan retro ni...


contoh gaya retro..cantik kan yg seluar purple tu??
any idea x yg boleh share dgn aku......???

Sunday, November 13, 2011

Qistina dah 6 Bulan.Alhamdulillah.....

entry kali ni,nak cakap psl qistina dah 6 bulan..Alhamdulillah...dan apa yg paling excited buat aku,ialah qis dah boleh mamam! dari sebelum 6 bln lg sebenarnya aku x sabar nk kasi qis mamam...tp pakar mengatakan baby yg belum berumur 6 bln,tidak boleh makan apa2 selain minum susu ibu...

mmg betul,org2 dulu beri makan pada baby masa dlm pantang lagi..dan ianya tiada apa2 yg berlaku.tp ,kajian telah buat bahawa baby yg bwh 6 bln,ususnya tidak matang lg.jadi,takut nanti usus tidak boleh menerima makanan pejal tersebut.baru2 ini anak kepada kwn aku,telah meninggal dunia akibat usus pecah kerana telah diberi makan nestum dan sbgainya pd baby tersebut...bukan apa,mungkin kandungan sekarang yg ada pd nestum ada bahan yg tidak sesuai.dulu,mungkin tiada campuran bahan2 yg bukan2..oleh sebab itu,tiadalah kes2 kematian bayi akibat usus pecah...

so,hari ini,aku dh bagi qis nestum cerelac menggunakan sudu...sgt teruja tgk qis mkn td...sblm ini pun aku dh bagi nestum.tp campur dlm susu yg qis minum saje...itu pun sedikit..dan ianya adalah arahan dari doktor pakar di tawakal ..klu x,aku x akan bg qis mkn sehinggalah cecah 6 bulan....bila dah 8 bulan nnti boleh la bagi qis makan bubur nasi yg telah di blander hancur pulak....

bila qis dah 6 bln ni,qis dah pandai meniarap dan mengesot ke belakang...lps ni apa pulak yer....merangkak kot...dan duduk mungkin.....

aku berdoa supaya qis sihat hendaknya dan cepat2 besar ye anak ibu.....amin....

*x sabar nak tgk qis pandai jalan.... :)


Thursday, November 10, 2011

saya nak 'like' gambar ini sejuta kali

first of all,nak ucapkan tahniah la pada Duffy Zaynal,kerana menghasilkan hasil kerja yg sgt mamtoooppp..hehhe.
pujian ni bkn lah nk dibalas eh..ikhlas dari hati..sumpah!

gambar yg sy maksudkan tu adalah.....



Duffy ialah seorg fotografer sewaktu aku kawin last year...dan rasanya gambar2 dia lah paling the best skali compared dgn yg lain2..gambar di atas ni ialah di Pavi...cantek kan????

harap duffy ni akan lebih maju jaya sehingga menjadi terkenal hingga ke peringkat antarabangsa.cumanya,bila dh berjaya nanti,jgn lah lupe diri eh.......hehhehhee..

*sori duffy i pinjam gambar u..... :)

Monday, November 7, 2011

Pretty Like Mommy!

hehehhehe...qistina pakai baju yg ada tulisannya "pretty like mommy"..... actually baju ni aku beli secara online...daripada Lovely Fea..harganya x lah mahal..rm36 jew...free postage plak tu!mari lah kita sama2 tgk gambar2 dan aksi2 qis pakai baju yg comel ni...





















comel kan..........

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam..

Esok semua umat islam akan meraikan raya kedua terbesar iaitu raya korban..para peserta haji juga berada di Mekah utk menunaikan haji.Amin.

So,raya haji thn ni,turn raya di rumah mak aku lah di selayang..hehhehe.begitu lah gamaknya bila kita dh berumah tangga..mesti lah sama adil..kg aku di Kl.yg bestnya kg di kl ni,x perlulah rempuh2 jammed kan..dan suasana beraya di kl ni best juga.x kisah lah di mana pun kita menyambut raya.yg penting kita bersama keluarga tercinta.wlupun ada yg mengatakan,kesian aku x ada kg.huh!skg aku dh ada kg k.kg hubby di penang.kira kg aku jgk lah!

Skrg ni aku dan mak sibuk memasak lemang.sempat lg aku nk mengupdate blog kan!ahaks!alah..sementara tggu rendang ayam tu kering.pas2 nk letak kerisik je..pas2 dh siap pun! Lps tu,masak daging masak kicap pula..itu lah menu keluarga ku jika hari raya menjelma.kebiasaannya,kuah lodey pun akan dibuat jg..jadi,menu utama utk raya ialah rendang ayam,daging masak kicap dan kuah lodey(kuah lemak kuning).lauk2 ni dimakan bersama lontong,lemang atau nasi impit..sedapkan! :)

Klu rajin,biasanya,raya kedua mak atau kakak aku akan buat menu lain pula..tgk mood lah.tp biasanya akan buat nasi hujan panas..dimakan bersama ayam msk merah dan kuah kurma..wooowww!meleleh air liur.huhu..

Apa2 pun,selamat menyambut hari raya aidil adha kpd semua..apa saja pengorbanan yg kita lakukan,biarlah ke jalan Allah.. :)

*rendang mak jgk yg sedap! :)