everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Tuesday, October 30, 2012

Farewell

Assalammualaikum....

Email dari bos....

First of all, aku nak meluahkan rasa kesedihan di hati..... kerana hanya tinggal hari esok saja utk aku berada di office Setapak. bermula 1Nov 2012, aku perlu melaporkan diri di EPF PJ. tempat yg aku dah tinggalkan 5 tahun dulu.... 5 tahun aku berada di EPF Setapak sebagai  Front Counter Executive. berhadapan dgn customer yg bermacam-macam ragam. pahit manis di kaunter mmg tak dpt digambarkan. mmg stress bila perlu melayan customer yg mcm-mcm ragam. tapi ada byk kebaikan kerja di front liner ni....

So, hari ini ada 2 jamuan perpisahan utk staff yg dpt transfer tu... satu jamuan dari anjuran pihak cawangan dan lagi satu dari pihak services sendiri. ada 5 staff yg akan transfer. 2 orang dari bahagian Enforcement dan 3 orang lagi dari Services. kali ni di cawangan Setapak, mmg betul2 ramai yg dpt transfer. aku pun terkejut sebab nama aku ada dlm list tu... hurm.....

Jamuan yg pertama diadakan di tkt 1. dpt hadiah... lps tu kena bagi ucapan. aku siap bagi pantun lg okay! hahahaha.. menggigil jgk nak ucap tu. dah lama tak pegang mic. lps tu, dpt mkn kat meja VIP. alamak! segan plak aku. dah tu, kena la mkn sikit tanpa tambah nasi. malu punya pasal, sb satu table dgn bos besar... adeh... -.-'

Lagi satu jamuan, diadakan pada jam 5.30 ptg. bertempat di TFC restoran berhampiran dgn office je.... tempat yg sgt selesa dan makanan pun sedap! tempat yg tepat! hehehe.



TFC Restoran

Bila kami masuk je ke dalam restoran tu, makanan semua dah siap sedia di atas meja. makanan tu semua adalah makanan ala carte yang telah kami order awal-awal. makanan buffet pun ada juga... tapi tak banyaklah.. hanya nasi goreng kampung, meehoon goreng, ayam goreng dan satay. makanan ala carte tu, ialah makanan western.. Chicken chop, lamb chop dan fish and chip.



Sebelum menjamu selera tu mesti ada upacara penyampaian hadiah lah..... upacara memberi ucapan terakhir lah.... masa ni lah kami semua nak enjoy each other. sebab bila time kerja tu, mmg tak ada masa untuk kami borak berborak bagai. sebabnya kami ni bertugas di kaunter....


kak jai....
Sekali pun waktu tu, hati ni tak rasa apa2.. tapi hakikatnya, rasa sangat sedih bila perlu dan harus meninggalkan mereka pada hari esok.. 5 tahun di Setapak banyak memberi pengalaman yang tak ternilai rasanya. bekerja di Front Liner bukan sesuatu benda yang mudah. cabaran  dan rintangan yang dilalui itu memberikan aku banyak pengetahuan yang bukan semua orang ada. Syukur kepada Allah, kerana memberi banyak ilmu dengan memberi peluang pada aku bekerja sebagai Front Counter Executive selama 5 tahun. memang memerlukan kesabaran yang tinggi bila hari-hari perlu menghadap customer yang bermacam-macam ragamnya...

Orang yang paling aku rindui, ialah Kai Jai.. dialah seorang kawan dan kakak yang sangat baik.. berkawan dengan orang yang lebih berumur daripada kita ni, memang banyak mematangkan diri kita sendiri... Syukur pada Mu Ya Allah... aku hanya berharap Allah akan memberi rahmat dan keberkatan pada akudi tempat baru nanti... Amin Ya Rabb....

kaunter no. 3 ialah tempat ku... akan merinduinya... :')


Post a Comment