everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, October 24, 2012

Memo Pertukaran

Assalammualaikum....

Jiwa rasa kacau jugak bila dapat memo pertukaran. nak kata happy, tak sangat lah.... tapi diri sendiri yang cari pasal hantar borang untuk tukar penempatan ke EPF PJ. Kononnya senang nak pergi kerja dengan en.hubby..

Ceritanya mcm ni... tahun lepas bila kami decide nak beli rumah kat pinggiran ni, mula lah fikir mcm mana nak cut cost untuk belanja bila dah kena bayar duit rumah bulan-bulan nanti... So salah satu cara ialah tidak menggunakan kereta ke pejabat. Sebab duit minyak saja dah mencecah RM150 sebulan. So, duit tu boleh kami gunakan untuk bayar bil maintenance rumah. Almaklumlah.. tinggal di rumah Apartment. kena lah bayar maintenance kan... klu rumah flat or terrace , tak perlu lah spend duit bulan-bulan utk bil tu kan...

Oleh kerana office aku di Setapak dan office en.hubby di PJ, mmg aku terpaksa menggunakan kereta. So, aku pun berbincang dgn en.hubby, mcm mana klu aku isi borang pertukaran ke PJ untuk memudahkan kami ke office sama-sama menunggang motorsikal.. minyak pun jimat kan. klu kereta, lg byk nak pakai minyak utk ke PJ. Aku pun isi borang pertukaran dan minta penyelia, ketua perkhidmatan dan pengurus cawangan untuk sign borang aku tu.. mula-mula, bos tak bagi aku keluar dari situ... tapi bila aku cerita kan masalah aku, dia pun melepaskan aku... so, lps bos tempat aku ni sign, aku pun pergi berjumpa bos di PJ untuk sign borang aku tu... sb procedure klu nak pindah ke penempatan baru tu, mmg kena sign bos kat situ.. bila dah dpt sign bos di PJ aku pun menghantar borang pertukaran tu ke HR.  masa tu baru bulan Januari.

Bulan Mei yg lalu aku pun pindah ke rumah baru. aku ke office tak menaiki kereta pun! sb en.hubby hantar aku ke office Setapak dulu dan baru lah en.hubby ke office PJ. tuuuu!! tak perlu pun kan nak tukar office klu semata-mata tak nak guna kereta. padahal, en.hubby boleh je hantar aku ke pejabat guna motor kan. hurrmmm, tak terfikir pun.... aduhai... dah terlambat nak patah balik dari menarik borang pertukaran tu...

Email pertukaran tu dapat pada 12 oktober 2012. hari jumaat... kebetulan aku bercuti exam pula pada hari tu. ptg tu, tiba2 dapat missed call dari bos,en.hubby dan kwn2. aku tak angkat call sebab tgh tidur. tak dengar. hahahaha. punya lah pekak sampai call pun tak dengar, so aku return call en.hubby dulu. dan dia lah org yg bagi tahu nama aku ada dalam senarai pertukaran tu. aku pun mcm tak percaya. main2kah husband aku ni??? sebab aku pun tgh amai2 baru bgn tidur.... percaya atau tak, terpaksa jgk lah aku percaya kan! dah mmg aku yg hantar borang untuk tukar. so, bila dah dpt, mula lah fikiran bercelaru. hati kecik kata, "tak naaaakkkkk!!!!" huuuwaaaaaa!! kenapakah nama aku dipilih???? sob. sob. :'(

Dan memo tu mengesahkan bahawa aku perlu melaporkan diri di tempat baru pada 1 November 2012. Seminggu je lagi aku di Setapak ni.. sedih nak tinggalkan kwn2.. dah 5 tahun aku di situ.. dan aku terpaksa pulang kembali ke PJ setelah 5 thn jgk aku tinggal kan PJ... dulu kt PJ tu, 1 thn lebih je.. lps tu dpt transfer Setapak. 5 thn kat Setapak, dan  kini aku perlu pulang semula ke PJ. haisshh!! tak mo! tak mo! walaupun kerja sekarang agak stress skit, sb kerja di bahagian perkhidmatan, tetapi ianya menyeronokkan! duduk branch kecik yg tak ramai staff, mmg selesa sebenarnya... tapi apa kan daya... dah dpt pun kan... tak kan tak nak pergi kot... kang kena tindakan tata tertib, lagi susah!

So, lepas ni, pergi office dgn en.hubby lah menunggang motor EX5 merah tu..

Ya Allah, aku memohon kepada MU permudahkan lah perjalanan ku di tempat baru nanti... semoga keputusan ini, mendapat rahmat MU... semoga semuanya berjalan dgn lancar pada 1 November nanti... Amin Ya Rabbal Alamin... :))      

No comments: