everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Saturday, October 27, 2012

Kak Jai a.k.a kakak angkat belanja makan!







Sob. Sob. Sedih sgt bila fikir dah tak lama aku di office Setapak ni.. Next week dah kena pergi dah... Haish!
Gambar-gambar di atasbtu ialah masa hari selasa baru ni... Kak Jai a.k.a kakak angkat belanja makan.. Ye lah.. Bila lagi nak belanja aku, katanya.. Ni lah terakhir kali sebelum aku pindah ke PJ. Hurmmm... Sedih. Sedih.
Kami makan di Restaurant D'Temple, terletak di Tmn Melati. Betul-betul tepi highway MRR2.. Sebelah kedai satay haji samuri. lama dah aku mengidam nak makan di situ. So, kak Jai jg yg merialisasikan impian ku itu. Hahaha! Aku hanya mengidam Butter Prawn je.. Org kata Butter Prawn kat situ, terbaik...
Aftet blk dari office lebih kurang jam 6ptg, kami pun gerak ke restaurant tu... Hujan lebat dan jalan pun jammed. Nak or tak, redah kan aje... Nasib kami baik, parking pun senang. Kat situ biasanya parking susah..
So, duduk je kat meja, terus order. Kak Jai suruh aku order apa saja. Ish! Segan plak aku nk order. Hahaha. Jadinya, kak Jai yg order. Kami order nasi putih, Tom Yam campur(memang kaw2), Butter Prawn dan sayur campur goreng. Yum. Yum. Mmg sedap! Hehehe.. Aky ni, semuanya sedap! Lagi-lagi, org belanja. Bertambah sedap lah!
Total bill ialah RM75.20. mahal nyer... Tu untuk 2 orang makan tu.... Segan aku. Aku nak bayar separuh, tapi kak Jai tak kasi! Hurmmm... Apa boleh buat... Terima je lah... Huhhu.. So, blk tu kami singgah beli Satay Kajang Haji Samuri pula... Aku belikan en.hubby 20 cucuk Satay. Kak Jai pun belikan husband and anak dia...
Hurmmm... Kak Jai ni ialah kawan baik aku.  Dia ni dah berumur lah... Dah 42 dah.. Aku selesa lah kawan dgn dia. Aku mmg lebih suka berkawan dgn orang yang lebih tua dari aku. Sebab mereka punya pengalaman hidup yg banyak. Apa yg mereka nasihat tu, mmg selalunya betul. Dan kak Jai ni, mmg jenis yg positif! Alhamdulillah aku berkawan dgn org yg mcm kak Jai... Kak Jai ni pun, klu dari segi kerja, mmg sgt bagus. Tiap-tiap tahun dapat prestasi cemerlang. MC dan EL mmg tak ada lansung! Bagus kan??! Dia dah aku anggap mcm kakak aku sendiri. Mmg sedih nak tinggalkan dia. Dia pun asyik ckp dgn aku, yg dia pun rasa sedih sb aku nak tinggalkan office Setapak ni... Apa kan daya kak... Dah dpt kelulusan pertukaran kan... Kena lah pergi.. Walaupun hati rasa berat sgt! Huuuwwaaa!! Sedihnya....!
Terima kasih kak Jai, belanja sy mkn.. Dan sentiasa jadi pembimbing saya selama 5 thn saya di Setapak tu.... :')
Published with Blogger-droid v2.0.8
Post a Comment