everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Tuesday, September 9, 2014

Pengalaman Operate Cyst

Assalammualaikum...

Hai uuooollsss.. Apa Khabar semua... hope semua sihat di dalam lindungan Allah...

Badan dah rasa cergas sikit. So, baru lah boleh update blog yang sekian lama kesepian ni.
Buat pengetahuan semua, operation cyst aku telah pun dilakukan pada 21 Ogos 2014(khamis). Syukur Alhamdulillah operation telah selamat. Cyst yang berada di kedua-dua belah ovari aku telah selamat dikeluarkan.

Meh aku ceritakan pengalaman operate cyst dan hari-hari yg aku lalui di hospital kpj Tawakkal.

20 Ogos 2014 - Pada jam 3 ptg aku check in di hospital. perlu admit awal kerana doktor nak monitor BP aku... demam aku... klu BP tinggi atau rendah, mmg operation tak boleh dilakukakan. Jika demam juga operation tak boleh dilakukan. Alhamdulillah, BP dan suhu badan aku normal..Cumanya, 2 kali nurse cuba ambil darah, tapi urat kat tangan tak keluar2. bila nurse cucuk tu, masuk, tapi darah tak keluar. sakit oooiii!!! percubaan kali ke-3 berjaya pada malam . darah diambil adalah untuk check sama ada oksigen dalam darah aku cukup atau tidak... aku kena start puasa pada jam 12 tgh malam tu. nurse bagi ubat tido. kononnya nak patient tido dgn nyenyak malam tu. tapi aku tak makan pun ubat tu.. aku tido je mcm biasa. mmg la hati berdebar. fikiran pun tak bole nak relax... mana x takut ooii... ada ke org yg x takut. uuhuhuu...

21 Ogos 2014 - Pagi tu aku bangun jam  pagi. nak solat subuh tapi tak boleh.. masih dalam period. Mcm biasa. nurse akan ambil bacaan BP dan suhu badan. nurse juga bagi ubat utk buang air besar. tak sampai 5 minit aku telah, terus nak g toilet. huhuhu.. pada jam 8 mcm tu, nurse datang utk membawa aku ke bilik OT. hubby teman kan sampai pintu masuk ruang legar bilik OT. masa ni aku dah menggigil2. rasa mcm nak lari pun ada! aku tanya, kenapa awal sangat? operation patut jam 9 pagi. tapi jam 8 dah kena masuk bilik OT. nurse tu cakap, yelah.. nak masuk kan ubat bius dulu lah.. itu lah.. ini lah... sebelum tu, aku kena telah ubat tido. dalam 20 min lepas tu, aku rasa mengantuk sgt. tapi aku masih lagi sedar dgn keadaan sekeliling aku. nampak nurse lalu lalang. pas2 nampak patient kuar masuk dari bilik OT. Masa ni aku masih di luar bilik OT. air mata aku dah mula bertakung. takut.. seram... semua rasa ada. aku selawat byk2.. zikir.. mengucap. pukul 8.50 pg mcm tu, aku ditolak masuk bilik OT. Nurse tanya nama aku dan tanya pada aku, operation apa yang hendak aku lakukan ini. aku jawap dengan keadaan menggigil2. bila doktor bius masuk, air mata aku mula mengalir deras. doktor bius suruh aku bertenang. masa doktor cucuk epidural kat belakang aku, aku nangis teresak2. dan doktor o&g aku pun masuk... aku dibaringkan. dan doktor bagi aku sedut ubat tido. tak sampai beberapa satu minit, aku pun terlelap........ teettttttttt....

tetiba aku disedarkan. nurse menyeru2 nama aku. masa ni aku rasa mcm nak terbatuk2 dan aku muntah. sedar2 aku dibawa masuk ke dalam wad biasa. aku rasa kaki aku tak boleh gerak. lepas tu perut mcm tegang bila batuk dan muntah. sakit tu tidak, sebab ubat bius masih lagi dalam badan. aku dah sedar. tapi masih lagi amai2. mata mngantuk sgt. aku tgk jam di dinding, dah hampir kul 1. maknanya 4 jam lah aku duduk dlm bilik OT tu. tak lama kemudian tu, doktor datang bersama nurse dgn membawa 3 bekas. bekas2 tersebut berisi cyst dan apendiks. doktor tunjuk pada aku dan hubby. cyst aku tidak lagi berbentuk bulat. kerana ia dah pecah menjadi air sahaja. air dan bercampur darah sikit. bekas yg satu lagi tu, ialah apendiks aku. doktor dah maklumkan awal2 pada aku, bahwa dia akan check apendiks aku juga. klu kelihatan merah, doktor akan buang juga.. tak kisah lah.. asalkan semua nya selamat. doktor juga kata, keputusan aku utk buat operation ini adalah amat tepat. sebab, cyst tu agak teruk. dah melekat di usus. doktor kata, dia terpaksa panggil doktor usu pula utk check usus aku. tp Alhamdulillah... cyst tu, dpt dikeluarkan dgn selamat tanpa usus tu terkoyak. klu x..... lagi doktor nak kena tampal usus aku tu. cyst aku tu di bawa ke lab.. doktor akan bgtahu keputusan nya pada esok hari. aku pun sambung tido.... sampai lah jam 4 ptg mcm tu.

23 Ogos 2014 - masih lagi di hospital. Jam 7 pagi epidural dah stop. 3 botol epidural dimasukkan di dalam badan aku sejak hari operation. Doktor kata, hari ini tiup kencing dah boleh buka dan aku boleh cuba duduk dan bangun perlahan-lahan. mula2 tu, mmg agak pening kepala. rasa mcm nak pitam, tapi aku gagah jugak bgn.. 3 hari kot terbaring je kat atas katil. badan dah belengas dan gatal2, aku tak sabar nak mandi!! ok. pasal mandi ni, aku tanya kat nurse, sama ada aku boleh mandi atau tidak. dan nurse tu jawab, boleh je... sebab perut aku ada plaster pd luka tu. aku pun mandi dgn girangnya. tp aku mandi duduk lah kat atas toilet. gila kau nak berdiri. kepala pun pening2 lagi. tapi... sebenarnya, mana boleh mandi ooii!! wpun ada plaster, tapi tetap air tu boleh masuk. aku tanya 2 kali kot kat nurse. nurse yg kata boleh!

ok. buat pengetahuan korang, nak duduk, nak bangun, nak baring dari katil, mmg azaaaabbbbb!! perut ni rasa berat. dah lah aku batuk2. tekak gatal2. sebab masa operate tu, ada tiup kena masuk kat dalam mulut. so, tekak akan luka. tu yg gatal. pas2 batuk. bila batuk, perut ko rasa pedih wehhhh.... azab betul. sakit!!! berpeluh2 aku klu thn nak batuk tu. sob.. sob...

25 Ogos 2014 - pagi ni doktor datang jumpa aku. nak tukar plaster operation. pas2 doktor buka je, doktor tgk luka perut aku melepuh. aku mmg x nak tgk lah! sebab aku penakut! aku kata kat doktor, yg aku mandi. pas2 doktor terus marah aku. 3 hari dah aku mandi! doktor kata, kenapa awak mandi. wpun ada plaster, tapi tak boleh kena air. jadi plaster tu lembab. aku ckp lah, yg aku dah tanya kat nurse. nurse yg bg mandi. terus doktor minta nama nurse tu. tapi aku x de lah ckp nama nurse tu... kesian plak nnti nurse tu kena marah... huhuhu...

Dalam tengahari mcm tu, aku dah boleh discharge. 6 hari juga aku dok hospital. doktor bagi 2 bulan MC. Wooowwww!! ;p

*gambar cyst akan ku update pada next entry ok....! 

No comments: