everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, July 14, 2014

Operation Cyst.... Bila???

Assalammualaikum uuoollsss...

Alhamdulillah kita dah masuk hari ke 16 Ramadhan.. tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. So, mcm mana persiapan uuoolss?? mesti dah mcm2 shopping kan.. klu tanya aku, mmg belum shopping apa-apa pun... entah bila nak shopping. hati tak berapa excited nak sambut raya.. fikiran dibelenggu penyakit tegar aku ni. apa lagi, klu bkn Endometriosis.. 

Ok.. berikutan pada previous entry. mesti ada yang nak tahu kan, apa dah jadi dengan appoinment pada 6 Mei yang lalu... Ok.. mcm biasalah.. doctor akan scan dulu perut aku ni.. dan result nya, sebesar 4.9cm(left) dan 4.5cm(right). yang sebelah kiri tu tak jauh beza.. cuma yang sebelah kanan tu mmg membesar.. tak ada apa sgt yg nak dibincangkan dgn doctor.. cuma aku tanya bila operation nak buat. pada mulanya, doctor kata pada awal bulan Jun nak operate.. tapi, masa tu saiz cyst aku, masih lagi di bawah 5cm. Jadi, doctor kata, ada peluang lagi nak bagi mengandung. tapi hati aku, kuat mengatakan yang peluang utk mengandung tu sgt tipis. dan naluri aku selalunya betul... aku terus ckp pada doctor, yg aku dah redha utk operation dilakukan. mmg lah... ada sapa2 ke yg suka operate??? tapi, utk pengetahuan uuoolss, buat apa nak simpan benda kotor dalam perut ni. klu jalan yg terbaik adalah operate, lebih baik buang saja... Allah dah rancang hidup kita sebaik2nya... tak perlu nak menidakkannya lg. 

So, doctor tanya pada aku, bila nak operate?? sebelum raya atau after raya?? Jawapan aku, ialah selepas raya lah.... mmg kwn2 bg pendapat bahawa eloknya buat saja operate sebelum puasa hari tu.. tapi, aku rasa mcm tak sanggup pulak nak ganti puasa selama sebulan. huhuhu.. klu bersalin ok jgk.. sebab ada baby kan... hehehe.. so.. keputusan muktamad adalah selepas raya. Kemungkinan besar seminggu sebelum habis syawal.. bagi lah peluang aku nak makan rendang, ketupat  dan lemang kan... hehehe...

Cuma sekarang ni, aku fobia sgt nak menunggu next period. Sebabnya, last period pada bln July hari tu, senggugut aku teruk sgt.. makan ubat pun tak jalan.. dan sakit senggugut tu hingga hari ke 5 period tau... selalunya hari ke 2 dah ok.. tapi kali ni, lama sgt sakitnya... dah tentu2 penyebabnya adalah Cyst aku tu... masa time sakit tu, mmg asyik mengeluh je.. mulut asyik berkata, "kenapa aku yg dipilih sakit mcm ni, Ya Allah....." mmg sakit sgt...... sakit dia mcm sakit nak beranak tau.... perut rasa ditekan2.. rasa mcm dlm perut ni membengkak je... issh... tak tahu nak bayangkan lg mcm mana.... 

So, pada hari isnin iaitu cycle day 3, aku pergi ke klinik panel utk ambil injection dan MC... mmg sakit mcm ni, tak boleh lansung nak berjalan.... di rumah aku mengesot je... nampak tak betapa teruknya sakit tu. sampai jalan pun tak boleh. alang2 aku jumpa doctor di klinik pusrawi tu, aku pun minta doctor tu keluarkan surat utk mohon GL. aku nak jumpa doctor lain... second opinion.. so, aku nak jumpa doctor pakar di hospital pusrawi... malangnya semua doctor perempuan tak available... hanya doctor Daud saja yg available.. ok tak apa... aku pun just nak second opinion je kan... 

Appoinment aku pada petang jam 3.. bila dah sampai turn tu, aku pun cerita lah history aku pada doctor tu... and then, doctor daud scan perut aku... dan...... apa yg agak mengejutkan, saiz cyst aku sgt besar.... 8cm(left) dan 8cm(right). cuba korang amik pembaris dan ukur sendiri betapa besarnya 8cm tu. dan doctor Daud kata, "awak mmg kena operate dan buang cyst ni... sebab dah terlalu besar". Aku mcm agak tak percaya, kenapa cyst aku boleh besar begitu sedangkan baru 2 cycle period selepas bln Mei hari tu. tau apa kata hati aku? "owh.. cyst ni besar sebab aku tgh period". maybe kecil lagi dari tu. ok.. statement tu utk aku sedap kan hati. aku dah bercelaru sgt... kenapa besar sgt ni... hati kata, jangan lah kena operate bila puasa nanti... tak nak mengalah jgk tu! tp doctor Daud sendiri kata... lepas raya pun boleh operate... awak raya lah dulu.. katanya... 

Bila ke office, perut tetap sakit.. tak selesa... kwn2 dan bos pun kata, kenapa nak tunggu lagi lama.. pergi saja operate.. aku tetap degil dan pelbagai alasan aku bagi. diantaranya, nak raya dulu!! hahaha.. tapi, korang kena tau.. bahayanya cyst ni, bila dia pecah.... jadi, aku tidak boleh melakukan aktiviti lasak buat masa ni... sebab risau nanti, cyst aku akan pecah... 

Insyaallah, pada 23 July ni, aku akan follow up dgn doctor Tawakal... dan itu adalah penentuan tarikh utk operation cyst tu dijalankan.... lagi beberapa hari, aku akan period... jadi, hati dah fobia... sebab terbayangkan kesakitan yang akan melanda.... 

Dan sempena bulan ramadhan ni, aku tak putus2 berdoa agar semua berjalan dgn baik... Uuoollss pun, doakan utk aku yer.... ;)

No comments: