everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, September 21, 2014

30 Hari Selepas Operation Cyst.

Assalammualaikum...

Hai uuollss..

Ehem. Sedar tak sedar, dah sebulan berlalu iaitu aku menjalani operation for remove cyst di ovari. Alhamdulillah keadaan aku pun makin baik. Dah boleh jalan laju2 dah. Hehe..

Minggu pertama lps operate tu, mmg seksa rasa. Nak bgn katil pun payah.. Nak duduk payah. nak bangun payah. Semua payah!

Minggu kedua, Alhamdulillah rasa tak sakit sgt. Cuma masih tak boleh buat kerja berat2. Tapi setakat nak jemur kain tu boleh dah..  cuma tak boleh lah nak angkat bakul yg ada isi kain tu. Jgn cari hal weh.. tak pasal2 terburai perut ni kang. Huhuhu. Minggu kedua ni juga aku dah start kuar rumah. Bosan kot 2 minggu kat rumah je. Aku keluar pun bukan pegi mana... nak pegi klinik je.. nak buka plaster kat perut dan nak buat dressing kat luka tu.. masa doctor buka plaster tu, aku mmg tak berani lansung nak tgk mcm mana rupa luka perut aku tu. Aku mmg penakut! Doctor kata, luka aku ok je.. lps tu, masa nurse buat dressing tu, aku tutup mata gak. Rasa jugak lah nurse tu tekan2 kat luka tu.. tak sakit pun.. kebetulan pulak, ada Matta Fair kat dewan umno kat jln ipoh tu. Aku apa lagi.. pujuk lah en suami ke situ. Lps tu kena pulak membebel2 dgn en suami. Katanya, klu sakit buat lah cara sakit. Hambik ko. Alaa.. dia bukan tak tau isteri dia ni degil. Hehehe. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia ikut juga.. tapi malangnya, Matta Fair tu dah tutup. Aku terlewat setengah jam. Tak apa lah.. tak ada rezeki. Klu x, dah tentu duit melayang sebab ada destinasi terpilih utk pegi thn depan. Hehehe. Ok.. blk tu, aku pujuk lagi suami bahawa isteri nya nak pegi makan Burger Byte kat Dato Senu. Mcm biasa lah. Dia tak nak! Tp akhirnya berjaya juga pujuk dan kami lepak makan burger yg sgt awesome! 

Minggu ketiga, rasa ok.. cuma bdn rasa  penat sgt. Mcm bisa2. Sengal2. Aku rasa sebab badan dah masuk angin. Aku nak mengurut,  tapi mak cik urut tu asyik sebuk je.. jalan tak boleh laju2 lagi. Masih lagi jalan tunduk2.. tido pulak, dah makin selesa. Klu tak, tido jadi serba tak kena. Ke kiri sakit,  ke kanan pun sakit. Masa minggu ketiga ni aku dah pergi shopping. hik. ala... shopping kat giant je. beli barang2 dapur. Jalan pun masih slow2.. tapi apa yg aku rasa, aku cepat letih bila jalan lama2...

Minggu ke empat.. dah kira sebulan lah.. Alhamdulillah. Dah boleh jalan laju2 dah. Lompat je aku tak berani lagi. Hik hik. Cuma klu salah tido, mmg rasa sakit kat tempat operate tu. Luka aku pun, makin cantik dah rupanya. Dah berani tgk lah... masa blk dari klinik tu je, aku dah tgk. Ye lah.. sampai bila nak takut kan! Hehe.

Memang aku rasa, hari demi hari rasa badan tu makin sihat. Contohnya, kata hari ni rasa tak selesa kat tempat operate tu, tup tup esok dah ok.. Insyaallah.. harap2 dapat lah sembuh sepenuhnya. Sebab tak lama lagi, aku dah nak kena masuk office! Arghhh..  malasnya!!


Posted via Blogaway

No comments: