everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Friday, March 16, 2012

Nursing Wear

Assalammualaikum....

Wanita dan shopping ni mmg tidak boleh dipisahkan lah kan.... hehehe.... sejak bersalin dan punya anak ni, aku lebih suka shopping baju untuk breastfeed. Baju2 lain tu mmg ada beli juga.. Itu pun kena pilih jenis yg senang utk BF Qis.. Syukur Alhamdulillah rezeki Allah beri sehingga sekarang aku masih lagi BF anak ku itu.. Jadi pembelian nursing wear atau nursing bra ni amat diperlukan utk keselesaan diri apabila kita BF anak. Dan favourite butik yg aku suka shopping barang2 utk BF ni ialah, Fabulous Mom. Harga yg dijual disitu amat berpatutan. Dan apa saja barang yg berkenaan BF ni mmg ada dijual di situ. Ia juga boleh dibeli secara online! Tapi aku rasa kalau nak beli baju atau bra better pergi terus kedainya. Sebelum ini aku selalu beli di outlet FM ni di TTDI. Tapi sekarang dah ada outlet yg berhampiran dgn rumah aku iaitu di Ulu Kelang. Berhampiran dgn Zoo Negara.

ini baju t-shirt utk BF yg dijual di FM

aku amat suka dgn baju t-shirt BF yg di atas ni.. Sekarang aku mempunyai 5 helai baju t-shirt dari FM ni... ada juga dijual dalam beberapa warna,seperti kelabu,hijau dan merah.. dan harganya ialah sekitar RM31.90-RM49.90... murahkan??? aku mmg ingin membuat collection utk t-shirt ni... hehhehe.. so,klu aku pakai baju ni, aku akan memakai bersama Poncho. apa itu Poncho?? Poncho ini ialah cover utk si ibu bila nak BF anak di Public.... aku akan bawa ke mana saja poncho ini bila ingin keluar bershopping atau keluar makan.. Jadi senang lah utk aku BF Qistina ... tidak susah pun utk si ibu BF anaknya. sekarang bermacam2 barangan utk BF bayi...

Poncho
Di FM ni, selain t-shirt ada juga jual blouse yg cantik2 utk BF. tapi aku rasa agak mahal kerana design dan material kain yg digunakan sgt berkualiti. mmg sesuai utk ibu-ibu yg sukakan fashion tetapi BF anak. so, tiada alasan utk si ibu yg gemarkan fashion tidak boleh melaram oleh kerana BF anak... betul tak....??


ini baju fashion utk si ibu yg BF. cantikkan.....
aku amat sokong kepada org2 yg menjual baju2 atau barang2 keperluan, utk memudahkan si ibu Bf anaknya dan memberi keselesaan juga keyakinan pada si ibu utk berkata tidak pada SUSU IBU. :)
Post a Comment