everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, September 26, 2012

Procedure Untuk Tukar Nama Bil TNB

Assalammualaikum semua!

Entry kali ini aku nak share tentang macam mana nak tukar nama pemilik untuk bil elektrik. Dah hampir 5 bulan aku berpindah ke rumah baru ni. tapi bil TNB masih tak bertukar. Alasannya ialah tiada masa! haha! tapi kalau aku tahu proses nak tukar nama ni begitu cepat, dah lama dah aku pergi tukar. haish!!

Aku ambil borang di Kedai Tenaga di cawangan Taman Melawati. So, petugas kaunter tu beri aku check list  untuk rujukan dokumen apa yang diperlukan.

Ini senarai dokumen yang diperlukan :-


  1. Borang Pertukaran Nama(dapatkan di Kedai TNB)yang perlu dimatikan setem hasil RM10 di LHDN terlebih dahulu.
  2. Borang Aku Janji Pertukaran Nama(dapatkan di Kedai TNB) juga perlu dimatikan setem hasil RM10 di LHDN. So, total bayaran di LHDN RM20.
  3. Salinan Perjanjian Jual Beli Rumah(S & P).
  4. Salinan IC owner baru. 
  5. Wang cagaran. Jumlah bayaran untuk cagaran ini, tak sama dgn semua jenis rumah. Kalau rumah teres   RM240-RM260. Kalau rumah Apartment Medium Cost RM320. Kalau rumah Kondominium RM400-500. Dan kalau rumah flat low cost RM150. So, bayaran yang aku perlu bayar utk jenis rumah aku ialah RM320. Ada bayran tambahan untuk proses pertukaran nama iaitu RM3. Total bayaran ialah RM323. 
So, lepas je ambil borang di Kedai TNB tu, terus aku ke LHDN Wangsa Maju. Dekat je kalau dari Taman Melawati. Selepas isi borang di LHDN dan submit pada kaunter tu, lebi kurang 1 jam utk menunggu borang aku di stem. adoi.. lama juga nak menunggu. Sebabnya LHDN tu ramai yg dtg utk buat stamping dokumen yg byk. Sampaikan ada customer yang complain sebab tunggu lama sangat. huhuhu.. 

Dah selesai berurusan di LHDN, terus aku dan Encik Hubby bergerak ke Batu Caves dan hujan turun dgn lebatnya... Malas nak pergi balik ke Kedai TNB cawangan Tmn Melawati tu. Sebabnya, ramai sgt org. Aku pun tak tahu kat mana Kedai TNB Batu Caves tu. Nasib baik ada Tab dan aku gunakan application Google Map! hah! senang ko cari! rupa-rupanya sederet dgn EPF Selayang dan dekat dgn Majid Amaniah..

Masuk-masuk je Kedai TNB tu, wow!! tak ada customer lansung. hehehehe.. mungkin sebab hujan kot.. Nasib baiklah kan.. Lepas ambil nombor giliran , terus je nombor kami dipanggil. hehehe. Masuk kaunter 5. Pegawai kaunter yang attend kami tu sgt friendly! Tgk muka garang, tapi bila dah bercakap, mmg baik. hehehe. Tak sampai 10 minnit, selesai dah pertukaran nama tu. Alhamdulillah.. pegawai tu cakap, next bill nanti akan appear nama aku... Senang kan???

Cuma sekarang ni aku perlu tukar nama dalam bill maintenance pula... Procedure nak tukar bill maintenance pula, perlu ada geran atas nama aku. Cumanya geran rumah ni masih floating di Pejabat Tanah Shah Alam. Mungkin ambil masa 6 bulan lagi. So nak kena tunggu geran tu dulu baru boleh tukar.. huhu..

Semoga entry ini dapat membantu you all yg nak buat pertukaran nama dalam bill TNB tu yerr!!! :D

4 comments:

Unknown said...

As'salam.nak tanya mana tnb taman melawati.blh bg landmark?

Hawa Suib said...

Waalaikumslm..

Klu dr selayang, tnb tu btl2 sblh kiri yg byk shop lot tu. Awk akan nmpak maybank.
Sebelum zoo negara.. Berhadapan dgb giant tmn permata.

No one said...

thks for ur sharing ^.^

No one said...

No useful for me