everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, July 4, 2012

Buku Panduan Menguruskan Jenazah

Assalammualaikum....

Entry hari ni, aku nak kongsikan apa yang aku beli pada ptg td..
Alhamdulillah, hikmah disebalik aku pergi makan di Restoran Ayam Penyet di Setapak telah menyebabkan aku membeli sebuah buku utk aku meningkatkan ilmu ttg Fardu Kifayah.

sedang aku menunggu makanan sampai, tiba-tiba ada seorang budak lelaki(saleman) ni, menegur aku dan menunjukkan buku yang dia jual. Kataknya buku ni amat bagus untuk kita belajar cara menguruskan jenazah.. terfikir aku sejenak, sekurang2nya, aku boleh belajar dgn bacaan kerana kekangan waktu utk ke masjid dan mempelajari Fardu Kifayah ni... Lebih elok daripada membuang masa membaca novel kan... huhuhu

Tanpa aku buang masa, aku pun membeli buku tersebut  dengan harga RM15 sahaja... dan pembelian buku tersebut disertai dgn DVD untuk melihat sendiri cara-cara pengurusan jenazah.


Dalam islam sendiri menuntut  supaya belajar ilmu ttg Fardu Kifayah... bkn sekadar Fardu Ain sahaja.
Mudah-mudahan ilmu dari pembacaan buku ini, dapat aku kongsi dgn sahabat-sahabat yg kurang ilmu .. Insyaallah... :)
Post a Comment