everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Friday, July 27, 2012

Tempat yang sesuai utk berbuka puasa

Assalammualaikum... Alhamdulillah hari ini kita dah sampai hari ke 7 Ramadhan... Memang sekejap je dah seminggu kan?! huhuhu..

Macam biasa lah.. klu tiba je bulan puasa ni, mesti nak kena buat event berbuka puasa utk kwn2 sekolah.. mmg setiap tahun pun event ini akan dibuat. sekarang ni, tgh mencari2 tempat yg sesuai di mana perlu mengambil kira adakah di tengah2 kL atau nun jauh tercerok dari kL?

pada mulanya ramai yg mencadangkan event tersebut dibuat di Restoran Ikan Bakar yang terletak di Jeram , Kuala Selangor. tetapi ada juga yg tidak bersetuju kerana terlalu jauh dan mempunyai anak yg masih kecil. dan aku bersetuju jika tidak dibuat di situ, kerana lokasinya agak jauh. so, masing2 perlu lah mencari idea lain.


So, aku pun mencadangkan satu tempat ni.. iaitu buat saja di Dewan Felda Perdana yg terletak di Jln Semarak. Berhampiran dengan Keramat tu... tempat memang sgt selesa dan makanan pun boleh tahan sedap! tapi bila aku survey harga di web site felda Dsaji tu, tgk harganya agak mahal. Rm65 per head. 2 tahun lepas aku pergi harganya baru RM47 per head. hurmmm, cepat btl harga naik!




Emmm, tempat yg ketiga pula, aku bagi cadangan buat saja di Restoran Malaya Steamboat yg terletak di Prima Sri Gombak sahaja. Harganya pun amat murah! RM27 per head. Lepas tu boleh makan sampai lebam! hahaha.. tapi aku pun tak tau kenapa ada yg tak setuju buat di situ. Mungkin kerana alah makan makanan laut kot... Resdung kuat kot! huhuhu.


Ok. aku dah bagitahu mereka yg nak join tu, tlg lah jgn membuang masa.. sebab event dah decided nak buat pada 4 Ogos ni.. tapi tempat belum booking lagi. So tempat yg terakhir kami decide ialah di Garden Mid Valley. Nampak mcm ok. Price pun ok.. so, aku ok je lah!! klu buat kat Mid Valley, boleh lah jln2 shopping raya baju Qistina kan..... hehehehehe....



So mudah-mudahan event ini akan berjalan lancar seperti yg dirancang... Amin.. tak sabar nak jumpa kawan2 semua!! :D

2 comments:

Unknown said...

kalau tempat kat mid tu, berapa harga per head eyh?? sory ganggu..

Unknown said...

Western rm37 per head. Klu asian rm43.. Ni price buffet. Klu nk ala carte pun bole jgk.... So byr apa yg kita order je laa....