everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Friday, February 3, 2012

Tersentuh Hati.. :(

Sedang aku memandu kereta myVi milik en.hubby waktu pulang dari office td, terlihat sebuah motosikal yg pemandunya terdiri daripada sepasang suami dan isteri juga seorg budak. Hujan turun renyai2.. Si suami tadi menunggang motosikal dan isteri menjadi penumpang di belakang. Di tgh tempat duduk tersebut aku perasan ada seorang budak mungkin itu anak mereka. Lebih kurang umur anak itu 2 tahun..

Jalan agak sesak waktu itu. Mungkin kerana hujan turun dan membuatkan semua pemandu lebih perlahan memandu kereta.. Dan motosikal td meneruskan perjalanannya. Hujan makin lebat. Dalam hati aku berkata, 'Ya Allah, kesiannya aku melihat orang ni,bawa motor waktu hujan macam ni..mcm mana anaknya itu??tidak demamkah nanti budak itu??' Berbagai-bagai pertanyaan dalam kepala aku ni... Sungguh kasihan melihat keadaan keluarga itu.. Aku yg memandu kereta ini, sgt bersyukur kerana tidak terkena hujan.. Sedangkan mereka?? Mungkin keluarga itu sudah biasa dgn keadaan begitu..

Jalan masih sesak dan motosikal itu masih teruskan perjalanan. Kebetulan pula aku kereta yg aku pandu itu lalu di tepi motosikal itu.. Dan isteri penunggang itu tiba-tiba memandang aku, dan aku juga memandang dia.. Wanita yg berkulit putih itu tiba-tiba senyum pada aku... Aku senyum kembali.... Dari air muka dia, nampak gembira. Kelihatan seperti tidak mengeluh walaupun terpaksa menaiki motor walaupun hujan.

Mungkin disebalik kisah di atas ni, ada yang menganggap kemungkinan suami isteri tersebut sebenarnya mempunyai kereta.. Mungkin mereka tidak mahu menempuh jammed jika mereka menaiki kereta. Tetapi jika benarlah mereka hanya memiliki motor yang agak usang itu, tidakkah tersentuh hati kita jika melihat anak kecil mereka itu terpaksa merempuh hujan?? Kita ni yg cukup bersyukur dgn adanya kereta utk pergi ke mana-mana membawa anak-anak kita dan juga niat tidak mahu anak kita berdepan dgn bahaya jika kita sebagai ibu bapa membawa anak-anak kita menaiki motor.. Akan tetapi pasangan tersebut?? Mungkin mereka juga merasakan sudah begitu bersyukur dgn adanya motor yg boleh menbawa mereka ke mana jua. Hati aku melihat keadaan mereka tu pun, rasa sebak sgt. Rasa mcm nak menangis.. Terfikir, bagaimana jika aku berada di tempat mereka.. Anak kecil mereka itu, aku bayangkan Qistina.. Ya Allah.. Sungguh kasihan kan..

Moral of the story, kita sepatutnya bersyukur dgn apa yg kita punya sekarang.. Punya pekerjaan yg baik.. Punya keluarga yg harmoni.. Punya kereta dan harta yg memberi kesenangan pada kita.. Alhamdulillah.. Mmg kadang kala sukar utk kita mengelak dari keluhan yg merasakan ada sesuatu yg tdk cukup utk kita.. Biasalah. Kita hanya manusia biasa. Tetapi kita selalulah memandang org yg bawah dari kita, supaya kita sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada kan... Insyaallah... :)

Harap entry ini dpt memberi sesuatu yg baik pada anda semua.. Waallahualam...
Post a Comment