everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Thursday, February 9, 2012

Cameron Highland Part 2

Syukur Alhamdulillah semalam lebih kurang jam 8 malam kami tiba di KL. Jam 5 petang bertolak dari CH. Jalan pun tidak jammed.. Aktiviti dihari kedua kami di CH, ialah bershopping sakan sampai nak tercabut rasa kaki ni. hehehe... Pagi tu kami breakfast di pekan Brinchang. Makan nasi lemak. Dan nasi lemak tersebut tidak sehebat di KL!! Di KL nasi lemak dgn lauk pauk yg mengancam. tapi di CH, nasi lemak yg kurang lemaknya.... huhuhu..

nasi lemak lauk HOTDOG!

Selepas breakfast kami pun bergerak ke Ladang Teh Boh. Di sini kita boleh lihat bagaimana teh di proses. Tapi jalan utk ke ladang teh tu, amat menakutkan. Jalan begitu sempit dan bengkang bengkok. Berdebar jgk lah bila berselisih dgn kereta yg nak turun tu..... hurmmm, di ladang tu kami membeli teh2 yg dijual di situ.. agak murah harganya berbanding yg dijual di pasaraya... kami juga menikmati teh tarik juga makanan yg disediakan di situ.. sambil merasakan udara dan pandangan yg segar dan hijau..

kami!


di dalam kilang teh


restoran teh BOH

Lebih kurang 2 jam jgk kami di ladang teh boh tu, kami bergerak pula ke Rose Valley. Di sini ada bunga2 rose yg cantik2.. jika mahu masuk di situ, bayaran yg dikenakan Rm4 seorang.. tapi aku tidak masuk pun... lepak luar tu jer.. kakak aku dan kakak ipar aku saja yg masuk...


bermain dgn my lil qistina main di perkarangan Rose Valley


Sempat berpossing sambil tggu mereka

Lepas di Ros Valley, kami pun pulang ke rumah istirehat kami... kerana dah petang. kami membuat keputusan utk sambung pada esok hari pula... malam tu kami dinner di Restoran 1 Malaysia. Service amat memuaskan hati kerana amat cepat makanan yg di order tu siap. Bila dah pulang ke bilik, aku pun bantai tidur dahulu.. En. hubby keluar ke bilik yg lain utk bermain PS2. aku dah agak mengantuk. Jadi tidur je lah di dalam bilik dgn Qistina....

Bangun seawal 7 pagi. Qistina bgn dulu kerana dia "uk uk". huhuhu.. tak lah awal sgt. kerana aku pun dtg bulan. tidak boleh solat. jadi, jam 7 lah baru bgn.. mandikan Qistina dan Jam 9 lebih kami keluar breakfast di tempat yg sama.... kali ni aku memilih roti canai sebagai menu makan pagi.

Selapas breakfast kami terus pergi ke Kea Farm. Di sini pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran segar dijual. Aku memborong ubi keledek dan sayur... harga mmg sgt murah.

Kea farm


Jambu Pelik


whatever!


kakak ipar ku dgn strawberry cantik


pilih jgn x pilih


Jagung sedap n manis!


Setelah berhabis duit di kea Farm kami pun pergi ke next destination. iaitu Strawberry Farm utk memetik strawberry sendiri. tapi malangnya, tutup pula tempat itu... jadi kami membuat keputusan utk pulang ke bilik dan berkemas-kemas. kerana jam 2 ptg kami harus check-out dari rumah istirehat itu... tepat jam 2 ptg, kami meninggalkan rumah istirehat itu dan menuju pulang ke KL. Tapi sebelum itu kami singgah di Big Red Strawberry Farm.. Untuk apa lagi... membeli strawberry la.... tapi sayangnya, strawberry di situ sgt masam! mungkin byk yg masih muda lagi... aku hanya membeli 2 kotak sahaja... yang lain2 pula,ada yg memborong sayur. segar2 juga sayur yg dijual itu...

sayur segar

huh!! apabila jam telah menunjukkan pukul 5 ptg, kami pun bergerak terus ke KL... lebih kuran jam 8 malam kami sampai di KL... Alhamdulillah sampai juga kami....

Actually, ini adalah family gathering walaupun tak semua ahli keluarga aku bersama dalam percutian ini... last kami berkumpul bersama adalah pada tahun 2004. Di PD... bukan senang utk kami sekeluarga berkumpul begini. Harapkan hari raya sahaja boleh bertemu muka. Dan aku rasakan percutian kali ini sgt terbaik!! Syukur padaMu Ya Allah.... Mudah-mudahan, dapat bercuti begini lagi... Insyaallah... :)


hanya suku dari family kami..... :)
Post a Comment