everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Tuesday, February 28, 2012

First Aid

Assalammualaikum...

Huh... Badan rasa keletihan akibat drive lebih 1 jam dan terpaksa menempuh jammed disebabkan utk menunaikan kewajipan sebagai anggota KWSP bagi menghadiri kursus di Bangi. Tajuk kursus tersebut ialah First Aid. Dijalankan selama 2 hari.. Alhamdulillah aku berjaya menamatkan kursus tersebut. :)

Trainer utk kursus tersebut didatangkan khas dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dan trainer tersebut sgt tidak membosankan! Apa yg hendak disampaikan oleh trainer2 tersebut ialah bantuan awal apabila ada kecemasan berlaku. Trainer mengajar bagaimana utk menghadapi saat2 kecemasan. Contohnya jika ada orang yg pengsan atau kemalangan di depan mata kita.. Mereka juga mengajar teknik CPR.. Dan kami semua peserta juga melakukan CPR! Menggunakan patung ok.... Bila buat CPR ni, barulah tahu bahawa CPR ni mmg agak memenatkan! Itu baru buat kat patung, yg dadanya lembut. Kalau manusia?? Huhuhu.. Lg lah penat.. Kursus ini ada juga mengajar bagaimana utk menyelamatkan org dewasa atau bayi yg tercekik.. Lansung aku tidak pernah bayangkan teknik yg begitu utk menyelamatkan org yg tercekik!

Selain daripada itu, trainer tersebut ada mengajar cara utk membuat balutan utk mangsa yg mengalami luka atau patah di mana2 bahagian badan. Dan kami juga menjalani ujian utk menguji tahap kefahaman tentang apa yg disampaikan oleh trainer. Ada ujian amali dan bertulis. Yg amali tu,masih boleh dibuat. Tetapi, ujian bertulis tu,agak pening sedikit.huhuhu.. Walau apa pun, aku amat berpuas hati dgn kursus yg dianjurkan oleh pihak JRC ini. Pengetahuan yg diberikan ini, amat2 lah berguna dalam menjalani hari2 kita.

Dan apa yg best bila menghadiri kursus ni, ialah makan makanan yg sedap2!! Hehehe.. Catering yg pihak pengurusan pilih, amat memuaskan!


*Insyaallah nak buat knowledge sharing pada kwn2 di office.. :)

No comments: