everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, October 5, 2011

Berkecil Hati

Assalamualaikum..

sekadar perkongsian bersama

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah
berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

... I'm so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn
penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari
dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada
Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari
Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak
mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil
hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang
Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi
kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. "Dia dah
banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan
kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. "Kesian kawan kita tu..
budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." jadi keredhaan kita terhadap
ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na'uzubillah.

* "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa
malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan
Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
Post a Comment