everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Tuesday, July 23, 2013

Lagu Raya Dah Berkumandang Di Corong Radio!!

Assalammualaikum...

Haiiiii uuu oollsss..... Hari ini Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke-14. Kejap je kan???? Sooo.... mcm mana dgn puasa u oollss semua?? Hope ok lah yer....

Pagi td di ofis tetiba dengar lagu raya berkumandang di corong radio!! hati pun rasa teruja.. hehehe.. yelah... kita pun dah masuk 2 minggu berpuasa. Insyaallah lagi 2 minggu kita nak meraikan hari raya. so, sebab itu lah lagu raya dah boleh dimainkan kan....!!

Klu cerita psl lagu raya, u oollss mesti ada lagu raya favourite kan???  mcm aku lah.... byk sgt lagu raya yg menusuk di jiwa bila dengar kan.... mmg akan terkenang zaman kecik2 dulu. mmg sgt excited bila nak sambut hari raya! sekarang pun excited jgk... lagi2 bila dah berkeluarga ni.. hehehhe..

Antara lagi favourite aku ialah.........



'Indahnya beraya di desa' By Azlina Aziz.  Lagu ni mmg sesuai utk org yg ada kampung halaman.. so berdasarkan liriknya, suruh org yg tinggal di bandar pulang ke kampung.. hehehe. walau pun aku ni org KL tp aku tetap suka lagu ni! Lagipun aku dah ada kampung jgk... kampung en suami. hehehhe..


Lagu no.2 yg aku suka ialah......



"Satu Hari Di hari Raya' By M Nasir. Lagu ni klu dengar mmg riang je rasa hati ni. mmg tambah excited nak sambut raya! kih kih kih.

Lagu no.3 ialah.....



"Sesuci Lebaran" By Siti Nurhaliza. Lagu ni mmg rancak dan sgt best!! penyayinya pun mmg suara sedap kan. Ingat dulu ms kecik2, lepas sahur je, mesti buka radio dan pasang lagu ni berkali2. klu tak dengar lagu ni, mmg tak sah.


Actually, byk lagi lagu raya yg best2 yg menjadi kesukaan aku... Sekarang ni, sampai je ofis mesti suruh jiran sebelah buka lagu raya. hehehehe..


Post a Comment