everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, April 28, 2013

Yaya dan Tonsil nya....

Huhhh....

Selepas seminggu pulang dari bercuti dan selepas seminggu aku demam, kini berjangkit kat anak aku pula... Yaya diserang demam panas dan tonsillitis. Aduhai... apalah nasib anak aku... kesian sgt. Aku penah rasa mcm mana sakitnya tekak bila tonsil membengkak. makan, minum dan bercakap pun tak boleh.. nak tau mcm mana tonsil tu?? tgk gambar ni...



Ya Allah... sedih sgt aku tgk Yaya. yg paling kesian, bila tonsil tu membengkak, penafsan yaya tak begitu baik. yaya start berdengkur. Ni first time aku tgk yaya tido berdengkur. Dan yaya tak boleh tido dgn nyenyak pun! aku tak tau tahap mana tonsil yaya tu bengkak sampai boleh jadi mcm ni..

Suhu badan, panas on off. tapi memang kalau panas tu, terus naik mendadak. smapi terpaksa masuk ubat dari punggung. 3 kali ulang drai klinik. dan doktor menaihatkan supaya, beri antibiotic sehingga habis. in medication, bila demam dan tonsil, hanya antibiotic saja yg dapat membantu utk kecutkan tonsil tersebut.

Aku pernah baca dalam internet, bahawa virgin coconut oil boleh merawat tonsil. bila rasa nak demam dan sakit tekak, terus je minum satu sudu VCO tu.. Insyaallah baik sebelum jadi lebih teruk. So now, yaya alhamdulillah dah sihat. Dan setiap pagi dan malam, aku amalkan satu sudu kecil VCO dan beri pada yaya.. usaha dan tawakal tu penting.. Setiap penyakit ada ubatnya.

antara khasiat minyak kelapa dara ni ialah :

  • Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.
  • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.
  • Di dalam usus kecil dan besar, ia akan memusnahkan organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengannya, penghadaman mencapai tahap maksimum.
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. 
  •  Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap lagi.
  • Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang. 
  • Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengannya, bertambah kuat sistem kekebalan tubuh.
  • Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
  •  Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung. 
  • Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit. 
jadi, eloklah kita amalkan virgin coconut oil ni utk kesihatan.... Insyaallah....

No comments: