everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, April 3, 2013

Penamaan KWSP

Assalammualaikum.....




Ok... entry kali ni, aku nak share tentang penamaan atau waris. Sudahkah anda mengemaskini nama penama di akaun KWSP anda?? Kalau belum, cepat-cepatlah pergi ke mana-mana cawangan KWSP untuk anda mengemaskini penamaan tersebut.

Kenapa mesti update penama?? Ia akan memudahkan kepada waris kita untuk menuntut wang KWSP sekiranya kita telah meninggal dunia. Bukan lah bermaksud susah atau lansung tidak boleh mengeluarkan wang sekiranya ahli tersebut telah meninggal dunia...  Tapi sekiranya ada dokumen yang tidak boleh dikemukakan oleh waris yang memohon, ia akan mengambil masa yang lama dan memerlukan waris ke sana sini utk dapat dokumen yang tidak lengkap itu.

Kalau ada penamaan, penama hanya perlu isi borang, salinan ic dan salinan akaun bank sahaja. Kalau tiada penamaan, selalunya kita perlu bukti pertalian. Contoh, sijil kahwin, sijil kelahiran.. tetapi katakan lah sijil nikah kita hilang, perlu pergi ke pejabat agama utk dapat semula dokumen tersebut. Soalannya, adakah pejabat agama akan mengambil masa yang singkat utk menyemak rekod nikah yang dah bertahun2 lama tu kan??? Mesti akan mengambil masa juga utk pejabat agama menyemak rekod. Di situ kita dah membuang masa. betul??

Contoh lagi, kalau tiada penamaan dan ahli bujang, ibu bapa pula meninggal, adik beradik datang memohon, pihak KWSP bukannya terus buat bayaran kepada pemohon iaitu adik beradik tersebut. Kalau kata amaun si mati banyak, sudah tentu perlukan surat kuasa dari mahkamah atau amanah raya. Kalau orang islam, kena lah dapatkan sijil faraid dari mahkamah syariah..... Dan ianya bukan sehari boleh dapat surat kuasa tersebut. Akan mengambil masa sebulan, dua bulan atau tiga bulan..... Jadi sangat lah penting utk kita update penamaan tersebut. Bukan di KWSP sahaja. Tapi mana2 agensi lain lah... seperti Tabung Haji ke.... ASB ke....

Apa yang penting lagi, kalau nak buat penamaan tu, mestilah kita namakan orang yang sepatutnya... jangan lah namakan kawan-kawan pula... Kesian kat waris kita yang lain.... Kalau korang ada hutang banyak, dah tentu waris korang nak guna duit KWSP korang tu utk membayar hutang2 tu..... Macam orang islam, apabila penama tersebut dah dapat duit KWSP si mati, beliau perlu faraid kan duit2 itu. Ramai orang islam yang tidak tahu akan perkara ini. Duit KWSP ialah harta pusaka ahli. Jadi bagi waris atau penama si mati tersebut, perlu mengikut perintah Allah dgn faraidkan wang itu. Bahagian nak faraid tu, perlu rujuk kepada mahkamah syariah yer.... saya tidak arif. dalam perkara tersebut.

Bagi yang beragama islam, penama atau waris dipanggil wasi iaitu orang yang di amanahkan untuk menguruskan wang tersebut. Faraid kan lah.....

Jadi, harap entry ini berguna dan dapat menyedarkan anda semua, betapa pentingnya penamaan ni..... Ok.... Kalau tak faham, boleh lah tinggalkan comment kat bawah nu..... hehhehehee..

Contoh borang penamaan KWSP
Kalau nak borang ni, boleh lah pergi ke pejabat KWSP atau download di website KWSP. www.kwsp.epf.gov. Ok!!!
Post a Comment