everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, April 17, 2013

Star Cruise Libra

Hai semua!!!

Entry kali ni, aku nak share pengalaman aku bercuti di atas kapal, iaitu Star Cruise Libra yang terletak di Pulau Pinang.

Memang tempat yang aku idamkan untuk bercuti, telah termakbul. Alhamdulillah. Percutian kali ini, agak seronok kerana adanya kawan baik aku, Abby bersama suaminya dan anaknya , Danish. Tidak lupa juga, nadiah dan suami pun turut serta utk percutian kali ini. mereka ni, pasangan baru saja berkahwin. elok lah honeymoon sekali kan! Kami booking kapal ni, lebih kurang hujung bulan februari. Dan total price utk 6 dewasa dan 2 kanak-kanak ialah RM1800. Murah kan??? Untuk aku dan husband dan juga yaya, ialah RM590. Ok lah... Untuk 2 hari 1 malam..

Pada malam 12 April tu, aku dah rasa badan tak sedap. nak demam. menggigil2 dan kepala mula rasa sakit. Aduh! nak demam aku rupanya! apa lagi, cepat2, aku telan panadol. Esok pagi bgn, kepala rasa berat lagi. Tapi gagah juga kemas barang2 semua..

Jam 10 pagi, aku bertolak dan berjanji dgn kwn2 berjumpa di perhentian restoran jejantas di sg Buloh. Janji aku pada mereka jam, 9 pagi. tapi aku sampai jam 10 stgh pagi. huhuhu.. harap maaf lah kwn2.. den domam.. jadi, rasa pergerakkan agak slow lah... huhuhu..

Lepas je breakfast, terus kami bertolak ke Penang. Dalam jam 11 pagi. Lebih kurang jam 3 ptg, kami sampai ke Penang. Badan aku memang rasa sgt tak sedap, dan suhu makin panas. So, en hubby bawa ke klinik utk ambil ubat.. Doktor kata, badan aku panas sgt... kena rest.. hurmmm... sgt lah spoil, bila time nak bercuti mcm ni, mula demam... tapi aku kuatkan semangat juga. huhuuhu..

Kami pergi ke Pulau Pinang menaiki ferry yang terletak di Butterworth. Malas nak ikut jambatan pulau pinang tu.. saja nak bagi kwn2 merasa naik kereta atas ferry. hehehhe..

Nah! tgk gambar2 kami!!








Semua di atas ni gambar kami, atas ferry.. ferry ni lah bawa kami dan kereta kami ke seberang Pulau tu...

Kami tiba di Georgtown, lebih kurang jam 4 petang. Dan sesampainya kami di sana, kami terus mencari makanan utk mengisi perut yang lapar. baru lah nak lunch tau.... Kami lepak di Padang Kota Lama dan makan mee sotong terbaik di situ.

Jam 5.30 petang, kami check in di kapal Star Cruise. Jauh jgk nak berjalan dari parking ke kapal tu.. berpeluh mak nok! Semasa pendaftaran, kami diberi satu kad dan tercatat nama kami. Kad tersebut adalah digunakan utk membeli apa-apa saja di dalam kapal tersebut nanti. No cash ok! kad tu mcm credit card lah... Bila nak check out nanti, baru lah bayar... lupa pula nak capture gambar kad tu....

Selepas kami check in di bilik masing2, kami pun berehat beberapa minit. Jam 7 setgh ptg, kami keluar dan pusing2 di kawasan kapal tu..

Ni gambarnya...








Waktu dinner adalah dari jam 7 ptg - 9.30 mlm. Dinner adalah include dalam pakej ok... So makan pun buffet, apa lagi.. belasah lah kami.. hehehehe.. seronok suasana malam di atas kapal tu. angin yg sejuk.. ada pool lagi.. kapal ni pun mula bergerak. tak ke mana pun... ke tengah laut je... kata, 2 hari 1 malam. tak kan nak ke krabi pula kan??

Nah! gambar lagi! hehehe







Seronok bukan??? hehehhee... bercuti di kapal ni, ibarat kita bercuti di dalam hotel lah.. tapi lagi bes dari hotel ok.. macam2 ada dalam ni.. klu korg pernah tgk cerita Pisau Cukur yg di bintangi oleh Fazura, macam tu lah kami... hehehhee..

lepas je dinner, kami teruskan melawat kawasan di kapal tu lagi. Actually, ada jadual yang diberi kepada penumpang. Dan penumpang boleh memilih aktiviti mana yang dikehendaki. Ada certain tempat atau show, dikenakan cas. So,malam tu, kami menonton show dari mat and minah saleh. tapi, rasa tak sesuai sgt utk bdk bawah umur tgk show ni.. nasib baik yaya tak berapa nampak show tu.. hehehe



Selepas habis show tu, kami pun pulang ke cabin masing2.. hurmm.. aku ni dah la demam. mmg tak larat nak bersengkang mata lagi dah.. So, pulang ke bilik, telan ubat dan tidur!! Yaya pun dah kepenatan.. dengan bilik yg sejuk.. tidur nyenyak lah kami semua.

Esok jam 6 stgh pagi kami bgn dan lebih kurang 7 stgh pagi, kami naik utk breakfast dan menghirup udara pagi yg nyaman.. breakfast bermula jam 7 pagi - 11 pagi. So, sambil breakfast, sambil hirup udara. Kapal bergerak pulang dari tengah ke penang, pada jam 8 pagi. kerana check out time jam 10 pagi-12 tghari.








Haaaaiiihhh.... dah penat dah menaip. So, ini sajalah coretan dari aku... percutian yg agak pendek, tapi agak menyeronokkan.. kalau ada rezeki, boleh ke Krabi dan Phuket naik kapal ni... Insyaallah.... So, kepada korg yg rasa nk pergi naik kapal ni, elok lah pergi. Just nak merasa je kan... hehheheehe.
Post a Comment