everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, November 25, 2012

Annual Dinner 2012 Movie Ganza

Finally! selesai juga dinner untuk tahun ni. punya lah pening nak cari costume utk malam tu.... mmg costume aku tu cari last minute. Malam ni nak dinner, tengahari baru pergi cari. tapi..... memang sgt penat!

Mulanya aku mmg dah beli dress utk dinner tu. tapi mmg tak ikut tema lah.. just dress biasa jer.. tapi malangnya, dress yg aku beli dari online tu, tak sempat nak sampai sebelum hari jumaat. so, penjual return balik duit kat aku dan aku terpaksa mencari costume semula! pening lah kepala.

tengahari tu, aku dan en. hubby perg ke Wisma Cental yg terletak di Jln Ampang bersebelahan KLCC/ aku merempit dgn en. hubby. hehehehe. dah lah dngn panas nya.. sampai di kedai tu, aku pun tgk album dan terus mencuba 3 pasang baju dan akhirnya aku memilih utk menyewa baju Princess Josephine. dari filem apa, aku tak tahu. hahahaha! en. hubby pula, memilih costume Edwrad Scissorhands. apa2 je lah...

Dinner tersebut diadakan di SACC Shah Alam. lebih kurang jam 8 setengah aku dan hubby sampai. tak sempat nak carpet merah. hehehehe.. sampai2 je tgk kat stage ada persembahan laser man.


laser man
stage

tak sampai beberapa minit duduk kat meja , MC announce ada game kat stage. dan memerlukan 5 org staff lelaki. dan dgn selambanya, en.hubby pergi naik ke pentas. tau tak game apa tu?? minum air coca cola dalam botol susu. hahaha! laki aku kalah dpt nmbor 2.. tp semua org dpt hadiah. dapat RM50. ok lah tu....

Edward menang 50 ringgit. hehe
Dan bila dinner mesti ada persembahan artis kan... artis malam tu ialah, Asmidar dari Vocal bkn sekadar rupa, Jamal Abdillah, dan Helmi. Helmi ni paling best! dia bkn penyanyi rasanya. dia pelawak. mmg habis2san dia buat lawak dan buli Tan SRi. Tapi dinner kali ni tak boring sebab dia lah... pecah perut aku gelak dgn lawak dia tu.

aku dan en. hubby
merah dan hitam

Princess Josephine versi muslimah


geng satu meja . meja no. 31
Edward tgh makan




time makan






posing lepas habis dinner


Alhamdulillah,  aku dpt lucky draw. bertuah nombor tu...

Published with Blogger-droid v2.0.8
Post a Comment