everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, December 19, 2012

Lawatan ke Penjara Sg Buloh

Assalammualaikum semua!!

Entah kenapa, rasa sungguh rajin pula nak update blog yg dah agak berabuk ni... huhuhu..
Ok... Last week dapat email dari pegawai dari bahagian kursus ni. Tawaran kursus yang diberi tajuk
"Intergriti dan Fraud". Dua hari kena attend kursus ni pada 17 dan 18 Disember. Semalam lah! Kursus ni membawa maksud untuk memberi kesedaran kepada anggota, apabila kita berkerja sikap Intergriti perlu ada pada semua. Intergriti ni boleh membawa maksud "jujur" atau "amanah" atau "telus". kalau dalam bidang kerja di KWSP ni, kita kena amanah dan jujur kerana bekerja dgn duit "orang". huhuhuhu... betul tak?? klu pekerja bank pun mcm tu jgk lah kan...

So, pengurusan memberi kesedaran kepada anggota dengan membawa anggota KWSP yang terpilih sahaja ke Penjara Sg Buloh. Memang tidak pernah terfikir pun nak jejak kaki ke mana-mana penjara dalam dunia ni!! dan ini lah kali pertama aku jejak ke situ. ye lah... dalam fikiran semua orang, bahawa penjara ni adalah tempat orang yang buat salah kan... so, mana lah pernah fikir nak buat salah dan masuk dalam penjara. semua orang tak nak kan??

Dalam jam 9 pagi kami bertolak dari office menaiki bus KWSP. Lebih kurang dalam 30 orang yang pergi. Semuanya dari Department yang sama. Iaitu Withdrawal Department. Perjalanan lebih kurang 50 minit dari PJ ke Sg Buloh. Sampai je di situ kami dijemput masuk ke dalam dewan untuk mendengar ceramah dan berkongsi sedikit pengalaman dari pegawai polis di situ..

Mula sekali pegawai polis tersebut menceritakan sejarah penjara sg buloh. Penjara Sg Buloh telah mula beroperasi pada tahun 1996. Ia nya adalah kerana penjara Pudu hendak ditutup. dan berpindah ke Penjara Sg Buloh. Penjara Pudu tidak sesuai lagi untuk beroperasi kerana terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Tempatya yang tidak lagi strategik.. oleh sebab itu penjara Sg Buloh ditubuhkan..

Dan selepas itu pegawai itu menceritakan lagi pakaian seragam yang dipakai oleh banduan. ish... mcm-mcm colour lah... ada colour putih,hijau,ungu.. itu je yang aku ingat. huhu.. Dan pegawai polis mula bercerita bagaimana menjaga banduan di dalam penjara. buat pengetahuan semua, bukan mudah untuk bekerja sebagai seorang polis. lagi-lagi yang bekerja di bahagian penjara. mendengar cerita beliau, hati ni dah dapat rasa begitu payah nak jaga banduan. aku harap mereka tabah bekerja. huhuhu..

Ada benda baru aku dapat tahu iaitu "artikel barang terlarang". maksudnya barang-barang yang terlarang dibawa masuk ke dalam penjara. dan yang paling mengejutkan, mmg ada kes banduan membawa masuk barang terlarang ni. contohnya handphone, dadah, duit dan sebagainya. yang paling mengerikan, banduan-banduan ini membawa masuk barang telarang ini dengan menelan dan memasukkan ke dalam dubur untuk mengelakkan dari terkantoi dengan pihak polis!! agak ngerikan???!! mcm mana lah mereka ni boleh berfikir sampai ke tahap itu... hish....meremang bulu roma aku dengar!!

Dan topik yang juga agak mengerikan iaitu hukuman rotan dan hukuman gantung sampai mati. mula2 dengar tu , tak adalah terasa sangat. tapi bila pegawai polis tu tunjuk gambar bagaimana hukuman  tersebut dijalan kan, mmg dah meremang semula bulu roma aku. huhuhu.. sangat ngeri ok!! pegawai polis tu siap tunjuk lagi, rotan yang digunakan utk merotan tu... cara merotan pun pegawai tu tunjuk. korang bayangkan orang main golf pukul bola golf tu.. mcm tu lah tukang pukul tu, pukul banduan yang kena hukuman rotan. adoi!! sakit weh... nak baik tu, mmg mkn masa berbulan-bulan katanya..

Yang kedua ni, hukuman gantung sampai mati.. yang ni mmg aku seriau. tali gantung ditunjukkan oleh pegawai tu. nak pegang mmg tak berani lah.. yang paling latest hukuman gantung dijalankan di penjara Sg Buloh sendiri. Pesalahnya Amin. Yang kes serang agong tu.. nak tahu lebih lanjut, boleh Goggle erk tuan n puan-puan sekalian. hehehhee...

Dan apa yang aku baru tahu ialah, hukuman gantung sampai mati ni bukanlah terus boleh dijalankan. makan masa bertahun-tahun ok... Hukuman gantung sampai mati ni, boleh dibuat rayuan dengan meminta pengampunan dari Agung. Dan 3 kali rayuan kalau tidak silap. aku pun dah lupa.. huhuhu..

Apa yang aku dapat dari lawatan ini ialah dapat menginsafi diri.... itu yang penting. klu kita buat salah kat dunia ni hukuman akan dapat dengan setimpal. belum lagi di Akhirat.. Na'uzubillah..

Buat pengetahuan semua, aku bengang sebab tak dapat shot gambar kat sana. sebabnya bateri hp dan tab aku dah kong!!! huaawaaaaaa.....!!!

No comments: