everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, December 9, 2012

Resepi Ikan Siakap Masak Sweet Sour

Assalammualaikum semua!

Hari ni, hari ahad..... jadinya, hari yang sesuai utk masak memasak. hehehe..
so, aku hendak kongsi resepi ikan siakap sweet sour... masak untuk dinner tadi! :




Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap atau ikan bawal.
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia dipotong halus
3 tangkai cili padi
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji timun dipotong dadu
1 tangkai cili merah utk dibuat hiasan
1 sudu sos tiram
1 sudu cili mesin
2 sudu sos tomato
1/2 cawan air
1/2 sudu garam
sedikit tepung jagung

Cara-cara :

cuci ikan sehingga bersih. boleh cuci dgn air asam jawa dan garam. mcm aku, aku lebih suka cuci ikan dengan limau kasturi dan garam.. bau ikan akan tidak hanyir lansung....

selepas cuci, lumurkan ikan tersebut dengan kunyit,garam dan sedikit tepung jagung. peram sebentar. selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali dan masak ikan tersebut sehingga garing.


bawang merah dan bawang putih tadi, ditumbuk. selepas itu, panaskan 3 sudu minyak di dalam kuali dan masukkan bawang yg telah dipotong tadi. masukkan halia yg telah dipotong. selepas itu masukkan cili mesin dan masak sehingga cili itu masak. masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air. kalau anda suka kuah banyak, masukkan byk air.. terpulang lah...

selepas itu, masukkan timun dan tomato yg telah dipotong dadu tadi.. dan masukkan garam secukup rasa. kalau nak letak gula bagi manis pun boleh... bg aku gula kat sos tadi dah cukup manis dah.... last sekali, masukkan cili merah sebagai hiasan...

ok dah siap. ikan yg telah digoreng td, boleh letak di pinggan dan siramkan dengan kuah sweet sour itu...
Post a Comment