everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Saturday, June 2, 2012

Kisah Loo Jo Yee

Assalammualaikum.... selamat pagi sabtu semua!! bila hujung minggu dah tiba, mmg seronok kalau aktiviti mengemas rumah,mencuci kain dan masak memasak dilakukan. cuaca pun agak cantik utk menjemur kain kan.... :)

Apa pula entry aku kali ni?? aku ingin kongsikan kisah seorg remaja kristian telah memeluk agama ISLAM yg suci ni... tapi entry ttg Loo Jo Yee dah byk ada dlm blog blogger yg lain.... entah aku yg ke berapa agaknya. ;p

Mcm biasa setiap ptg aku akan mendengar radio IKIM.fm utk mendengar slot "Islam Agamaku". mmg byk pengalaman yg dikongsi oleh tetamu jemputan oleh radio Ikim tersebut utk kongsi kisah hidup mengenai apabila mereka memeluk agama islam. so, pada 31 mei 2012 jam 5 ptg, Loo Jo Yee menjadi tetamu di radio Ikim.. mendengar pengalaman beliau bagaimana mengenal islam ni, mmg agak menyentuh hati. walhal, beliau mengatakan cita-cita beliau sebelum ini utk menjadi Paderi dan berdakwah  utk agama kristian amatlah kuat. Klu berdasarkan apa yg diceritakan itu,dapat dilihat beliau amat kuat agama di dalam kristian. tapi Alhamdullilah hidayah Allah telah beri pada beliau. beliau mendapat dugaan bahawa beliau menghidap tyroid di leher dan doktor ada mengatakan pd beliau bahawa kemungkinan beliau akan menghidap Cancer. beliau amat takut dan beliau cuba berdoa pd Allah dan menyebut "Allah" memohon agar beliau tidak menghidap penyakit Cancer. dan beliau berjanji jika Allah makbulkan doa beliau, beliau akan memeluk agama islam...

dan pada keesokan hari, beliau pergi berjumpa doktor, dan doktor telah mengesahkan bahawa beliau tidak menghidap Cancer. dan sejak itu beliau percaya pada Allah dan terus memeluk agama Islam. Alhamdulillah...
begitulah sedikit kisah yg aku tahu dan ingin kongsikan pada kwn2 semua...

satu lagi kisah, beliau juga pernah berdebat dgn kwn2 beliau ttg agama kristian dan beliau mencuba utk menarik kwn2 beliau yg beragama islam utk memeluk agama kristian. apabila beliau makin mengkaji ttg agama islam beliau merasakan agama islam adalah benar. dan beliau merasakan byk "error" dalam sejarah agama kristian. dan beliau mengatakan bahawa beliau pernah membenci Rasulullah dan apabila beliau mendalami kisah Rasullullah,beliau mula cintakan Rasulullah.. beliau merasakan Rasulullah seorang yg amat menjaga wanita... Alhamdulillah dgn apa yg beliau rasakan...


Moral of the story, kita sebagai hamba Allah sepatutnya selalu berdoa dan mengadu pada Allah sekiranya kita mendapat dugaan atau musibah dlm kehidupan kita... kerana Allah itu amat mengasihani setiap hambanya.

Mudah-mudahan Loo Jo Yee dapat meneruskan dakwah beliau ttg agama Islam yg suci ini.... Amin...

comelkan Loo Jo Yee ni??

5 comments:

Unknown said...

Good topic! ! Me like it

Unknown said...

Good topic! ! Me like it

Unknown said...

Good topic! ! Me like it

Unknown said...

Good topic! ! Me like it

Unknown said...

Thank you.... :)