everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Friday, May 18, 2012

Setahun sudah berlalu...

Assalammualaikum...

Qistina dah tidur... jadi, boleh lah update blog! :D Alhamdulillah, hari ni genap umur Qistina 1 tahun.. sgt pantas waktu berlalu.. masih teringat lagi setahun yang lalu waktu aku melahirkan Qis.


Nur Qistina Miasara bt Muhammad Fahzal telah dilahirkan pada 18 Mei 2011, hari rabu pada jam 1.44 ptg. sgt happy waktu itu. petang hari selasa tu aku kena tahan wad kerana pembukaan serviks telah buka 2cm. pada pagi rabu serviks pun dah buka 3 cm dan aku dimasukkan terus ke labour room pd jam 9 pagi. selepas nurse pecahkan air ketuban, aku hanya menunggu pembukaan serviks buka sehingga 10cm.. epidural?? ye aku ambil epidural?? jadi? ada masalah ke kalau ambil epidural? sekurang2nya aku tidak lah menahan sakit yg terlalu. jadi aku ada tenaga untuk teran. dan sekurang2nya Qistina keluar tanpa menggunakan vacum atau fosep yg boleh menyebabkan kepala bayi lonjong.. Alhamdulillah. orang kata ambil epidural akan menyebabkan sakit dibahagian belakang? ye ke?? tapi yg ckp tu bukanlah seorang DOKTOR. ;p

hehehe.. hampir 4 jam menunggu permukaan serviks tu buka 10cm. hampir 44 minit aku meneran untuk keluarkan Qistina... Alhamdulillah Qistina selamat dilahirkan.... syukur juga dpt melahirkan secara normal... selepas satu jam melahirkan Qistina, aku terus memberi susu badan pd Qistina.. kakak aku yg ajar mcm mana nak BF qis.. dan nurse di Hospital Pakar Al-Islam juga mengajar mcm mana cara utk menyusukan bayi... Alhamdulillah ramai yg bg support utk BF..

Pada esok harinya, aku dah boleh balik rumah.... masalah yg pertama aku dpt ialah tak boleh menyusukan Qistina bila dah sampai ke rumah.. tak tahu lah kenapa tiba2 qistina tak pandai nak menyusu... pd keesokkan harinya aku pergi ke hospital Pusrawi utk berjumpa dgn pakar kaunselor Breastfeeding. dan Alhamdulillah berjaya... pada hari ke-5 berpantang, aku start mengurut badan. dan selepas tu, susu keluar dgn meriahnya! rezeki utk qistina.. Alhamdulillah....



Pada hari ke-6 berpantang, Qistina kena Jaundice pula... tapi nasib baik tak begitu teruk. aku teruskan bagi susu badan dgn lebih kerap untuk menyembuhkan jaundice. ingat! susu ibu adalah TERBAIK utk bayi yg baru dilahirkan. dalam waktu yg sama, aku bagi qistina ubat homoepati.. dan setiap pagi, en.husband akan menjemur qistina.. Alhamdulillah tak sampai seminggu, jaundice qistina dah baik... syukur jgk qistina tak ada lah sampai kena ambil darah....

Dan...... hari hari berlalu dgn melalui waktu berpantang sgt bosan sebenarnya...... aku tak kisah sgt tentang makan makanan apa yg tidak boleh. cuma yg sgt bosan ialah kena pakai bengkung. adoi... mmg malas!hahahaha.. tapi sebenarnya pantang dgn cara yg betul amat lah penting. mcm org tua selalu ckp, "badan ni nak pakai lama.. nanti laki cari lain!" huhuhuhu... org tua ckp tu, kena ikut... jgn nak moden sgt. ;D

apa2 pun, aku  bersyukur sgt dggn kehadiran qistina dpt memberi keceriaan kepada aku dan husband...

No comments: