everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, October 1, 2014

Perbezaan sebelum dan selepas cyst dibuang

Assalammualaikum..

Welcome october!! 
Eh. rasanya mcm dh byk entry aku psl cyst ni kan.. alaa... tak apa lah.. aku just nak share saja. sharing is caring ok! ;))

Ok. di sini aku nak share kat korang apa beza yg aku rasa sebelum dan selepas cyst ni dibuang.

  • Sakit tumit hilang - sebelum ni, aku selalu sgt sakit tumit. lagi lagi bila bgn tidur pagi2. rasa bisa sangat tumit bila pijak lantai. aku pernah dgr, org kata klu sakit tumit, peranakkan turun. aku pun pergi lah mengurut. lepas urut tu, still sakit tumit jgk. tapi hari tu lepas operate cyst ni, aku dah mula perasan yg tumit aku dah tak sakit. Alhamdulillah. sampai sekarang tak sakit. kesimpulannya, sakit tumit ni bukanlah merujuk kepada peranakkan turun sahaja. mungkin ia nya berkait dgn sakit di sekitar bahagian peranakkan wanita.

  • Senang buang angin - buang angin tu, maksudnya kentut. sebelum ni, aku rasa susah sgt nak buang angin. lagi lagi klu time period. aku rasa angin perut aku ni tersekat sekat. tu yg sampai kena gastrik tu. sebab angin susah nak keluar. sapu minyak angin pun tak jalan. sebab susah nak buang angin ni adalah kerana cyst aku tu telah melekat kat usus. doktor yg ckp.. so cyst tu lah penyebabnya.. nak membuang air besar pun dah tak sakit tau. now, alhamdulillah. rasa senang hati dan lega bila angin keluar dgn mudah. hihihi. ;p

  • lendir seperti keputihan tiada - sebelum ni, aku ingat kan aku kena jangkitan keputihan. sebab lendir yg keluar tu kaler putih + hijau. tapi tidak gatal. aku pelik sebab lendir ni akan keluar sebaik sahaja aku habis period. contohnya, hari ke5 period tu, dah tak ada darah atau coklat. tapi yg keluar ialah lendir warna putih hijau ni. tak byk. tapi, rasa tak selesa sgt. aku ada bg tau pada doktor. dan doktor buat pap smear. resultnya hanya infection biasa saja. doktor bg ubat insert dan antibiotik utk dimakan. tapi masih lagi keluar. aku hairan sgt. aku beli jamu pun still tak jalan. cecair tu keluar start bulan 11 thn lepas. sebelum2 ni mmg tak ada. hanya keluar cervical fluid yang kaler putih jernih tu. waktu subur akan keluar. tapi aku mmg perasan sejak awal thn hari tu, lendir subur tu dah tak bape nak keluar. klu keluar pun, campur dgn kaler hijau iaitu lendir yg aku ckp tu lah. tp hari tu, lps operate cyst, masa cycle day ke 10 miss v aku kering. lansung tak keluar cecair hijau tu. aku operate masa cycle day ke 5. cycle ke 13 start keluar lendir jernih(egg white) tanda waktu subur hanpir tiba. alhamdulillah. aku rasa normal blk seperti sebelum sebelum ni.. 

  • tidak lagi sakit waktu bersama - hahaha.. yg ni aku tak sure. sebab belum ber baby dance lg dengan hubby. sebelum ni mmg aku rasa sakit klu bersama dgn suami. rasa senak sgt perut. so, bila dah buang cyst ni, tak sure pulak rasa sakit lg ke tak.. huhuhu..

So, klu korang ada simptom mcm yg aku share ni, baiklah berjumpa dgn doktor. takut rasa sakit lagi teruk... utk pengetahuan korg, klu doktor advice utk operate cyst ni, lebih baiklah ikut ckp doktor tu yer... jgn tunggu lama2...

No comments: