everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, March 30, 2015

Miss P datang selepas 179 hari kerana Lucrin 11.75mg

Assalammualaikum.

Hai hai hai...

Hehe.. seperti yang dijanjikan.. entry ni adalah utk share bila kawan baik iaitu Miss P datang selepas injection lucrin... hehehe.

Merujuk kepada previous entry, lucrin 11.75mg ni akan stop kan 3 bulan terus period kan? Walaubagaimanapun, period aku stop bukanlah 120 hari iaitu bersamaan 3 bulan.. tapi period aku stop sehingga 179 hari!! Kalau tambah 1 hari iaitu 180 hari, memang cukup-cukup 6 bulan lah period aku tak datang. Huhu..

Memang pada mulanya, doktor nak suruh amaku ambil lucrin yang tiap tiap bulan tu.. untuk 6 bulan. Tapi aku yang tak nak.. sebab tak tahan akan kesan ubat Lucrin tu.. so, Dr . Siti buat keputusan utk beri aku lucrin 11.75mg utk stop period 3 bulan terus.. aku pun ok jer...

2 bulan lepas injection lucrin tu, aku ada follow up dengan Dr. Siti lagi.. just check up biasa. Dr. Siti tgk luka perut aku.. dan doktor bagi krim Dermatix utk hilangkan parut tu... aku tak pakai pun. Huhuhu. Sebabnya kdg2 tu terlupa. Pagi2 nak pakai mmg tak sempat mengejar masa kan.. banyak benor alasan aku ni haa.. kalau dah malas tu, cakap je laaaa... hehe.

Ok berbalik cerita td. Masa check up tu, Dr. Siti kata, yang period aku akan datang pada awal bulan February 2015. Hasil pengiraan aku pula,  kalau 3 bulan, maknanya, period aku akan datang pada bulan January 2015. Lebih kurang pertengahan bulan lah mcm tu... tapi,  tunggu punya tunggu,  period tak datang-datang. Aku mula lah risau. Eh. Mengandung kah aku?? Haha. Buat pengetahuan korang,  lucrin ni bukan ubat utk cegah kehamilan ok. Memang boleh je pregnant. Tapi mmg tak digalakkan pregnant masa ambil rawatan lucrin ni. Sebabnya aku kurang pasti..

Bulan February tak datang lagi.. sampai hujung bulan pun tak datang-datang. Buat upt test, mmg negative.. so, aku pun tunggu je laaa..  tapi ada satu hari tu, awal bulan Mac hari tu, kepala aku sakit sangat sangat. Migraine attack. Tapi aku tau, kalau aku sakit kepala tu, mmg maksudnya period aku akan datang tak lama lagi.. perut pun dah rasa cramp je.. rasa cramp tu seminggu sebelum miss p datang.

Pada 14 Mac 2015, miss p aku pun datang... dan period pain mmg ada... hurmm.. senggugut ni mmg payah benor nak hilangnya. Tapi aku tak makan pain killer pun.. aku just tuam je perut aku dgn tungku bantal moden tu.. Alhamdulillah,  darah ketul2 keluar. Macam hati ayam darah ketul tu...

Salah satu sebabnya ialah aku pakai sanitary pad avail.. ada masa nanti aku share pasal pad ni ok...

Terima kasib kerana sudi baca entry den ni yer... sharing is caring ok!!

No comments: