everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Saturday, January 18, 2014

Jus Royal Syifa Utk Cyst

Assalammualaikum....

Selamat bercuti kpd yg bercuti.... Entry hari ni, aku nak share tentang jus Royal Syifa yg boleh kecutkan cyst.

Aku tahu tentang produk ni adalah daripada kakak aku. kakak aku pernah tgk rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. Dan salah satu slot dlm rancangan tu ialah tentang produk2 Dihatiku Marketing. Kakak aku bgtau yg ada satu produk Dihatiku ni boleh kecutkan cyst. Tapi dia tak tahu apa nama produk tu.. Jenuh juga aku nak Google. Usaha penat meng Google, aku terjumpa satu page ni dan menjual produk keluaran Dihatiku. Aku dapat je akaun dia di FB, terus aku pm. Mulanya aku tanya, ada ke produk utk kecutkan cyst?? sebab ada diberitahu di dlm rancangan TV Al-Hijrah... Lepas tu, dia tidak begitu pasti, dan berkata yg akan diberitahu kpd saya..

Tidak lama selepas tu, dia memberitahu bahawa produk utk cyst tu ialah Royal Syifa. Harga nya ialah RM200. Aku pun beli pada dia secara online. Lebih kurang pd 24 Feb 2013, produk tu sampai ke rumah. Aku pun mengikut arahan bagaimana cara pengambilannya. 2 sudu besar pagi dan 2 sudu besar malam. Masa ni, cyst aku sebesar 7cm dan 4cm. Pada 3 April 2013 aku ada check up dgn pakar sakit puan di Tawakal Hospital.  So, lebih kurang sebulan aku consume Royal Syifa ni. On that day, doctor scan, dan kelihatan cyst aku mengecut sebanyak 1cm. Doctor tanya pada aku, ada ambil ubat apa2 ke? dan aku beri tahu lah yg aku ambil air dari ustaz. huhuhu... aku tak mahu bgtau yg aku consume Royal Syifa ni.. bkn apa... sebab kdg2 ada jenis doctor yg tak percaya ubat2 atau supplement luar ni. ada jenis doctor yg menentang habis-habisan. tapi... bila aku bgtau kat doctor ni, dia kata Alhamdulillah.... Dia kata good good...

Kalau korg nak tahu, aku minum jus Royal Syifa ni tak consistent.. kejap minum, kejap tak.. sb kdg2 tu terlupa.. tapi yg amazing nya, boleh kecut 1cm. Alhamdulillah. Kuasa Allah....Lps habis satu botol tu, aku tak repeat order. sebab bajet lari... huhuhu... nak tgk mcm mana rupa Royal Syifa tu??

Ehsan dari Google

About cyst ni, aku ada terbaca kat page Dr Hamid Arshat. Beliau kata, yg cyst ni juga disebabkan gangguan jin dan syaitan. Waallahualam... Sebelum ni, anak buah aku yg belajar di sekolah pondok di Kelantan ada bgtau yg senggugut setiap bulan tu, sebenarnya ada gangguan jin dalam rahim. Tapi aku tak percaya. Bkn tak percaya pd benda2 mistik ni.. entah. aku sendiri tak tahu kenapa aku tak percaya. tapi... bila aku terbaca post dari Dr Hamid Arshat tu, aku mula percaya. Dan bila aku fikir2kan blk, masa aku consume Royal Syifa ni, cyst boleh mengecut ia mungkin kerana ada bacaan doa dari Ustaz Datuk Dr Khairuddin tu... Sewaktu kita tgh period, sememangnya kita tak boleh solat dan mengaji kan... dan dah tentu jin dan syaitan lebih suka dekati kita kan... Dr Hamid Arshat siap bgtau lagi, klu sedang period, bykkan zikir.. Korang boleh tgk di page Dr Hamid Arshat di FB tu sendiri utk lihat cyst yg ada rambut,. Subahanallah.. sumpah aku takut tgk rupa cyst tu. Beberapa malam aku tak boleh tidur terfikirkan cyst aku ni.. 

Pernah aku terdengar satu ceramah oleh ustaz. tapi aku tak ingat ustaz apa.. bahawa sakit cancer tu pun adalah penyakit jin dan syaitan. Sb tu klu korang pernah tgk rancangan kat astro oasis tu, ada tunjuk perubatan di Darul Syifa iaitu perubatan secara islam. Dan ada diantara nya pesakit yg sembuh kan.. Semua ialah kuasa Allah Taala... 

Sekarang ni, nak tunggu gaji akan datang utk aku beli Royal Syifa ni.. Satu lagi aku nak beli air penawar Za'fraan. 

Ehsan dari Google

Mudah2an penyakit cyst aku ni mengecutlah... Klu tgk kandungan Royal Syifa tu, ada Habbatussawda. Di dalam Al-Quran juga ada sebut tentang Habbatusawda ni.. Insyallah... kita percaya dgn kuasa Allah. Aku insan terpilih diberi ujian penyakit. Aku tidak akan berputus asa dan terus berusaha dan tawakal kpd Allah..

No comments: