everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, February 29, 2012

Anak Sakit dan Sedekah

Sharing is caring. Jadi aku hanya ingin berkongsi entry ini utk kwn2...

Biasanya anak sakit , sebagai ibu bapa kita akan mula risau. Orang yang menjadi rujukan utama kita ialah tuan doktor. Jika nasib yang baik, doktor tersebut akan nasihatkan perkara yang baik supaya si ibu mahupun si bapa akan tenang semula. Jika nasib kurang baik, ada doktor yang akan menyarankan perkara yang kadang-kadang diluar jangkaan kita dan bila perkara demikian berlaku semestinya kita perlu dapatkan nasihat doktor yang kedua [ 2nd opinion].

Namun ingin saya kongsikan satu perkara yang bagus untuk diamalkan....saya masih ingat lagi saya mendapat ilmu ini dari ceramah pagi di radio [ maaf saya terlupa ustaz mana yang kongsikan petua ini] ...Apa kata ustaz tersebut?

Bila anak sakit, mak bapak akan terus cari doktor....ianya merupakan satu kesilapan. Hakikatnya penyakit itu datang dari ALLAH. Maka kepada ALLAH kita utamakan. Alangkah bagus jika dijadikan amalan, apabila anak sakit, hantarkan sedekah. Sedekah pada tabung masjid atau anak-anak yatim atau golongan asnaf. Kenapa kita digalakkan sedekah?

Hakikatnya anak sakit adalah teguran dari ALLAH. Adakala kerana kita terlalu alpa atas urusan dunia, maka kita diuji dengan anak yang sakit. Anak ini memerlukan lebih perhatian sebenarnya.

Kisah yang menarik hendak dikongsi:Asfaza [ bukan nama sebenar] beliau adalah seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta yang bekerja sebagai kerani. Beliau sering menggunakan harta benda pejabat untuk kepentingan peribadinya. Tidak kurang dari itu, beliau sering menggunakan masanya apabila bos tiada dipejabat dengan mencari pendapatan sampingan. Beliau mempunyai tiga orang anak....dua  anaknya sering demam dan seorang lagi perkembangan otaknya lambat. Bermacam ikhtiar yang dilakukan demi memastikan anak-anaknya sihat. Ditambah beliau sering mengambil cuti menguruskan anak-anaknya yang sering sakit. Sehinggalah beliau ditegur oleh seorang rakan sekerja yang prihatin dengan keadaannya. Teman ini menasihatkan agar amanah dalam menjalankan tugas walau hanya seorang kerani. Beliau mencari pendapatan sampingan namun menggunakan harta pejabat...maka hasilnya tetap salah. Niat Asfaza mungkin baik kerana nak cari duit lebih menyara keluarga namun caranya tetap salah kerana menggunakan masa pejabat ditambah penggunaan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Teman sekerjanya juga menggalakkan beliau memberi sedekah atas niat kesihatan untuk ketiga tiga anaknya.

Semenjak dari itu Asfaza insaf...beliau cuba elakkan menggunakan masa kerja dan harta pejabat untuk pencarian pendapatan sampingannya selain beliau banyakkan bersedekah atas niat si anak tadi. Kini anaknya semakin sihat, jarang sakit dan Asfaza beroleh ketenangan.

Terutama mereka yang bekerja, adalah menjadi amanah untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pekerjaan yang diamanahkan ...namun adakala kita alpa, kita tidak lakukan dengan baik maka tidak mustahil anak sakit adalah kifarah atas perbuatan kita sendiri?

Kadangkala kita datang lambat, adakala masa bekerja kita gunakan untuk berbiz MLM, adakala dalam berjual kita tidak jujur, adakala duit kita tidak digunakan pada jalan ALLAH....semua itu adalah antara kesilapan yang tidak kita sedari dan akhirnya anak yang mendapat kifarah....

Hanya kita sahaja yang tahu diri kita...tak perlu tanya orang lain. Jangan sesekali menyalahkan takdir...aturan ALLAH adalah yang terbaik. Bila anak sakit, hakikatnya kita perlu balik kepada ALLAH kerana penyakit itu datang dari ALLAH jua.

Apa kata, mulai saat ini, kita jadikan amalan pada setiap bulan apabila kita menerima gaji...kita sediakan bahagian sedekah atas niat moga anak kita sihat, dijauhkan dari segala yang tidak baik dan selamat aqidahnya dan selamat dunia dan akhirat. InsyaALLAH kita akan ditemukan dengan pintu hikmah dan betapa ajaibnya amalan sedekah itu..

Waallahualam...

No comments: