everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Friday, February 17, 2012

Rindukan Sukan...

Assalammualaikum... dah seminggu tak update blog! huhuhuhu..

eemmm, entry kali ni aku nak meluahkan betapa rindunya aku terhadap aktiviti sukan! rasanya telah hampir 2 tahun aku tidak menyertai aktiviti-aktiviti sukan ni... setelah aku mendirikan rumah tangga lah aku tidak aktif lagi.. ye la... kalau nak bersukan pada lepas kahwin tu, agak risau jgk. manalah tahu aku mengandung ke waktu tu. dan aku tak tahu. aku main futsal,terlompat sini,terlompat sana, tiba2 aku keguguran ke.... huhuhuhu... kapten futsal aku ada juga bertanya pada aku utk menyertai team futsal EPF.... tapi aku mmg menolaknya....

Ohh bola futsal........


so, bila aku dah disahkan pregnant, selamat 9 bulan jugalah tidak bersukan. mmg lah.. org pregnant mana boleh bersukan... dan bila dah melahirkan, pun tidak lah terus bersukan... kenalah rehatkan badan dulu. org baru bersalin mana boleh terus melakukan aktiviti lasak.... sekarang anak aku dah berusia 9 bulan. tapi masih lagi tidak bersukan.huh!! bila melihat status2 or foto2 kwn di FB ttg futsal, mmg sgt cemburu. dalam hati dok berkata, bilakah mahu kembali bermain futsal???!!

mmg sebelum mendirikan rumah tangga aku agak aktif dalam aktiviti sukan ni... dulu, balik je dari ofis, mesti singgah di Taman Tasik Sri GOmbak utk berjogging. ambil masa 30 minit cukuplah! kita ni mestilah jaga kesihatan juga.. dgn melakukan sedikit senaman kan... bukan semata2 utk kuruskan badan! tapi utk kesihatan jantung juga!

macam en.hubby, dia mmg org yg bersukan. main bola, futsal dan sukan berbasikal... aku pun nak berbasikal jg... :)

huummm, pada 10 march ni, ada perlawanan futsal EPF inter-department. cawangan aku lansung tak hantar team... kapten futsal aku dah sibuk tanya... aku mmg nak join... tp.... mcm mana... hinggakan department lain email pada aku menyuruh aku join team mereka utk futsal tersebut... tapi aku cuma risaukan,aku tdk dpt commit sepanjang latihan. mcm aku mmg kena fit kan badan semula ,sebab dah lama tak bersukan. nanti lari pun tak larat.... huhuhuhu... sedih jer.....

walauapa pun, niat hati ni mmg mahu mula semula aktiviti sukan ni. berjogging,futsal,badminton dll akan aku jadikan sepruh dalam hidup aku kembali. aku akan cuba membahagiakan masa utk aktiviti ini semula. Insyaallah.... :)

*nak jadi seorg isteri dan ibu yg sihat! Insyaallah. :)

No comments: