Wah.wah.wah... Cuti 4 hari ni bukan main lg aku dan family pergi holiday. Destinasi kali ini ialah di Cameron Highland, Pahang. Bermalam di rumah istirehat EPF selama 3 hari 2 malam. 5 buah kereta yg pergi kali ini. Actually, hari ini dah masuk hari kedua kami di sini.. Cuaca di sini pula, sgt sejuk!! Bersin tak berhenti2 aku ni.. Huhuhu..
Semalam lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak dari KL. Dan tiba di Cameron jam 3 ptg. Jalan di Cameron agak jammed. Mungkin kerana ramai org yg bercuti di sini juga. Kalau nak makan tu, sampai kena tunggu 1 jam atau lebih!! Jadi, semalam kami membuat keputusan utk membeli fast food iaitu KFC dan makan di bilik sahaja.. Perut masing2 dah sgt kelaparan sebenarnya. My Lil Qistina pun tak sempat nak makan apa2.. Hanya minum susu badan saja. Kesian dia...
tapau KFC makan di bilik. :) |
Lepas solat semua, dalam jam 7 lebih tu, kami pergi ke pasar malam utk membeli sayur-sayuran dan bahan2 lain utk aktiviti malam itu, iaitu steamboat. Biasa org buat BBQ kan. Tapi di sini tidak dibenarkan membuat BBQ. Kerana ada family lain juga menginap di rumah istirehat EPF ni.. Tapi steamboat kami mmg terbaik lah! Kalah di restoran2 steamboat. Dan amat menjimatkan juga sgt memuaskan hati!! :) hampir jam 12 tengah malam aktiviti steamboat kami selesai. Dan masing2 pulang ke bilik utk tidur! Kepenatan jgk seharian tdk duduk diam kan. :)
steamboat kami :) |
So, aktiviti pagi ni, kami semua mahu keluar ke pekan utk bershopping2! Yeay! Seronok cuci2 mata.. Nantikan entry Cameron part 2 pula yeee.... :)
No comments:
Post a Comment