everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, February 29, 2012

Anak Sakit dan Sedekah

Sharing is caring. Jadi aku hanya ingin berkongsi entry ini utk kwn2...

Biasanya anak sakit , sebagai ibu bapa kita akan mula risau. Orang yang menjadi rujukan utama kita ialah tuan doktor. Jika nasib yang baik, doktor tersebut akan nasihatkan perkara yang baik supaya si ibu mahupun si bapa akan tenang semula. Jika nasib kurang baik, ada doktor yang akan menyarankan perkara yang kadang-kadang diluar jangkaan kita dan bila perkara demikian berlaku semestinya kita perlu dapatkan nasihat doktor yang kedua [ 2nd opinion].

Namun ingin saya kongsikan satu perkara yang bagus untuk diamalkan....saya masih ingat lagi saya mendapat ilmu ini dari ceramah pagi di radio [ maaf saya terlupa ustaz mana yang kongsikan petua ini] ...Apa kata ustaz tersebut?

Bila anak sakit, mak bapak akan terus cari doktor....ianya merupakan satu kesilapan. Hakikatnya penyakit itu datang dari ALLAH. Maka kepada ALLAH kita utamakan. Alangkah bagus jika dijadikan amalan, apabila anak sakit, hantarkan sedekah. Sedekah pada tabung masjid atau anak-anak yatim atau golongan asnaf. Kenapa kita digalakkan sedekah?

Hakikatnya anak sakit adalah teguran dari ALLAH. Adakala kerana kita terlalu alpa atas urusan dunia, maka kita diuji dengan anak yang sakit. Anak ini memerlukan lebih perhatian sebenarnya.

Kisah yang menarik hendak dikongsi:Asfaza [ bukan nama sebenar] beliau adalah seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta yang bekerja sebagai kerani. Beliau sering menggunakan harta benda pejabat untuk kepentingan peribadinya. Tidak kurang dari itu, beliau sering menggunakan masanya apabila bos tiada dipejabat dengan mencari pendapatan sampingan. Beliau mempunyai tiga orang anak....dua  anaknya sering demam dan seorang lagi perkembangan otaknya lambat. Bermacam ikhtiar yang dilakukan demi memastikan anak-anaknya sihat. Ditambah beliau sering mengambil cuti menguruskan anak-anaknya yang sering sakit. Sehinggalah beliau ditegur oleh seorang rakan sekerja yang prihatin dengan keadaannya. Teman ini menasihatkan agar amanah dalam menjalankan tugas walau hanya seorang kerani. Beliau mencari pendapatan sampingan namun menggunakan harta pejabat...maka hasilnya tetap salah. Niat Asfaza mungkin baik kerana nak cari duit lebih menyara keluarga namun caranya tetap salah kerana menggunakan masa pejabat ditambah penggunaan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Teman sekerjanya juga menggalakkan beliau memberi sedekah atas niat kesihatan untuk ketiga tiga anaknya.

Semenjak dari itu Asfaza insaf...beliau cuba elakkan menggunakan masa kerja dan harta pejabat untuk pencarian pendapatan sampingannya selain beliau banyakkan bersedekah atas niat si anak tadi. Kini anaknya semakin sihat, jarang sakit dan Asfaza beroleh ketenangan.

Terutama mereka yang bekerja, adalah menjadi amanah untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pekerjaan yang diamanahkan ...namun adakala kita alpa, kita tidak lakukan dengan baik maka tidak mustahil anak sakit adalah kifarah atas perbuatan kita sendiri?

Kadangkala kita datang lambat, adakala masa bekerja kita gunakan untuk berbiz MLM, adakala dalam berjual kita tidak jujur, adakala duit kita tidak digunakan pada jalan ALLAH....semua itu adalah antara kesilapan yang tidak kita sedari dan akhirnya anak yang mendapat kifarah....

Hanya kita sahaja yang tahu diri kita...tak perlu tanya orang lain. Jangan sesekali menyalahkan takdir...aturan ALLAH adalah yang terbaik. Bila anak sakit, hakikatnya kita perlu balik kepada ALLAH kerana penyakit itu datang dari ALLAH jua.

Apa kata, mulai saat ini, kita jadikan amalan pada setiap bulan apabila kita menerima gaji...kita sediakan bahagian sedekah atas niat moga anak kita sihat, dijauhkan dari segala yang tidak baik dan selamat aqidahnya dan selamat dunia dan akhirat. InsyaALLAH kita akan ditemukan dengan pintu hikmah dan betapa ajaibnya amalan sedekah itu..

Waallahualam...

Tuesday, February 28, 2012

First Aid

Assalammualaikum...

Huh... Badan rasa keletihan akibat drive lebih 1 jam dan terpaksa menempuh jammed disebabkan utk menunaikan kewajipan sebagai anggota KWSP bagi menghadiri kursus di Bangi. Tajuk kursus tersebut ialah First Aid. Dijalankan selama 2 hari.. Alhamdulillah aku berjaya menamatkan kursus tersebut. :)

Trainer utk kursus tersebut didatangkan khas dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dan trainer tersebut sgt tidak membosankan! Apa yg hendak disampaikan oleh trainer2 tersebut ialah bantuan awal apabila ada kecemasan berlaku. Trainer mengajar bagaimana utk menghadapi saat2 kecemasan. Contohnya jika ada orang yg pengsan atau kemalangan di depan mata kita.. Mereka juga mengajar teknik CPR.. Dan kami semua peserta juga melakukan CPR! Menggunakan patung ok.... Bila buat CPR ni, barulah tahu bahawa CPR ni mmg agak memenatkan! Itu baru buat kat patung, yg dadanya lembut. Kalau manusia?? Huhuhu.. Lg lah penat.. Kursus ini ada juga mengajar bagaimana utk menyelamatkan org dewasa atau bayi yg tercekik.. Lansung aku tidak pernah bayangkan teknik yg begitu utk menyelamatkan org yg tercekik!

Selain daripada itu, trainer tersebut ada mengajar cara utk membuat balutan utk mangsa yg mengalami luka atau patah di mana2 bahagian badan. Dan kami juga menjalani ujian utk menguji tahap kefahaman tentang apa yg disampaikan oleh trainer. Ada ujian amali dan bertulis. Yg amali tu,masih boleh dibuat. Tetapi, ujian bertulis tu,agak pening sedikit.huhuhu.. Walau apa pun, aku amat berpuas hati dgn kursus yg dianjurkan oleh pihak JRC ini. Pengetahuan yg diberikan ini, amat2 lah berguna dalam menjalani hari2 kita.

Dan apa yg best bila menghadiri kursus ni, ialah makan makanan yg sedap2!! Hehehe.. Catering yg pihak pengurusan pilih, amat memuaskan!


*Insyaallah nak buat knowledge sharing pada kwn2 di office.. :)

Friday, February 24, 2012

Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus

Assalammualaikum. Actually soal jawab ni aku copy dari email yg aku dapat di office.. Aku rasa ceramah ustaz Idrus ni amat bagus dan ianya bermanfaat utk kita jadikan rujukan pada hidup seharian kita.. Dan ceramah ini diberi oleh Ustaz Idrus pada 25/1/2012(Rabu) di Masjid Al-Falah Sg.Isap. Marilah sama2 kita baca soal jawab di bawah ini. Waallahualam.... :)


1. Marhaban oleh wanita ketika mjlis perkahwinan/ di khalayak ramai =-Mengangkat suara dgn melagu2 kan utk di dgr oleh bkn mahram, maka Haram... contoh, perempuan azan hukum haram, iqamat hukum makruh bila didengar ajnabi.. Jika buat utk pendengar pmpuan shj maka boleh..

2. Pergolakan rmh tgga kerana suami tlh kawin lain.. si isteri/ibu menghasut anak mereka supaya benci kan ayah mereka = -Haram. berdosa besar walaupun ayah mereka seorang kapir. Orang yg memutuskan silaturrahim, amalan dia tak kan diterima..nk mrh boleh,tp jgn smpai mcm tu..jgn melebihi sempadan..(hukum syarak)..

3. Apakah ibadat yg baik selain tawaf dan umrah ketika berada di Mekah @ Madinah? = Ziarah makan RASULULLAH SAW. mendapat ganjaran pahala yg sgt besar, kerana bila kita ziarah makam Baginda ibarat kita berjumpa dengan Baginda.. duduk/iktikaf dkt Raudhah..(madinah)..

4. Hukum menggayakan baca Al-Quran seperti lagu Hindustan dan Melayu = Tak boleh. baik hias suara dgn gaya Arab..ikut cara org arab baca..

5. Isu suara dr langit = dekat kiamat mmg byk dgn bunyi2..tetapi tu bkn tanda nk kiamat.. Nabi ckp, berpeganglah kpd Quran dan Sunnah(hadis) maka kamu akan selamat biar dtg Dajal pon..kamu xkan disesatkan oleh dajal ataupon yakjuk makjuk.. drpd kaji kiamat, baik buat kursus mandi mayat!!

6. "Saya curi ayam..wajib x sy sembelih ayam itu sebelum mkn?" = 'Boleh tahan jugok org Sg.Isap nih.. Hukumnya haram kerana mencuri ayam.. hukum sembelih harus,kerana jika xsembelih ayam itu menjadi bangkai..tetapi hukum memakannya haram kerana mkn aym curi..

7. Soalan boleh tahan nih... (i) Batal tak wudhu' jika pegang zakar yg terputus? = Jika zakar itu bentuk sempurna lg, batal.. jika bukan bentuk sempurna, tidak batal.. (ii) Batal ke x wudhu' jika pegang mayat perempuan bukan muhrim? = Batal..

8. Aqidah ASWJ tentang titian Sirat = mengikut Rasulullah saw.. Di bawah titian sirat ada api neraka (hadith riwayat Muslim)... di dalam Al-Quran, tiada seorang pon yg dpt lari..melainkan semua kena lalu titian sirat ni..Allahurobbi..

9. Kerja di pelantar myk 1bulan, solat jumaat 4kali xpegi.. = Jika dia syif 2minggu duduk di pelantar tetapi sengaja pilih syif untuk duduk dipelantar 1bulan, maka haram.. jika mmg ditetapkan dlm jadual, xharam..10. Suami xberi nafkah, xbertanggungjawab, xleh ditegur, xsolat..apakah yg patut dibuat.. = Siapa tiada solat baginya maka tiada agama baginya..amal ibadat x diterima.. Silap kita, siapa suruh gi nikah dgn dia.. nk pilih bakal suami, elok2..jgn pndang rupa n harta bnda.. nasi dh jd bubur... cuba bincang dgn ahli keluarga suami yg terdekat,yg suami hormat/malu padanya..suruh nasihat suami..jika xjd jgk, pergi pjbt agama..pjbt agama akan siasat..jika betul,boleh minta cerai..

11.Boleh x, kain ihram (kain yg pakai masa pegi haji) di guna utk buat kain kafan? = Hukumnya harus(boleh)...

12. "Boleh x khwin dgn ibu susu adik ipar sy?"... = Boleh.. dgn susu2 boleh..

13. Baca surah An-Nas sebelum solat, sunat ke? = kata ulama drpd uni.Al-Azhar tdk sunat..tetapi jika niat utk mengelak drpd gangguan syaitan, harus..dlm keadaan aman..jika imam tgh rukuk,kemudian tggu sebentar kite yg dtg lewat, xboleh lah nk bace surah An-Nas..angkat takbir terus rukuk la..

14. Hukum tutup aurat dpn lelaki buta bkn mahram..?? = Apa itu aurat? kalau kite fhm,maka tahulah jwpnnya.. Aurat wajib ditutup drpd org yg haram tgk.. dpn org buta maka sunat tutup.. Xharam buka aurat dlm masjid..jika xdk org tgk.. tak wajib tutup aurat drpd Allah dan malaikat kerana Allah dan Malaikat sentiasa bersama kita..

15. Tengah ambil wudhu' di bhgian kepala, terkentut.. = ade perbezaan pendapat... Sunat ulang semula...bg meraikan pndpt yg kata wajib kena ulang semula..

16. Darah nifas.. = paling lama keluar, 60hari..BUKAN nya wajib pantang 60hari..jika lebih dprd 60hari,wajib kena solat,puasa.. Bila rasa xdk dh, periksa kemaluan dgn cara : duduk cangkung,jirus air ke dlm kemaluan untuk mencuci,biarkan kering skjap,kemudian masukkan dgn kapas sedalam 1jari..jika tgk bersih/xdk drh dh..maka wajib solat walaupon ketika itu baru 34hari..

17. Apa sebab Nabi Isa diturunkan semasa akhir zaman..? = sebab Nabi Isa belum wafat..drpd hadis2 sahih menyatakan, Nabi Isa a.s akan turun ke bumi utk 'mematahkan' salib yakni menceritakan bahawa Baginda tidak disalib dan memberi tahu semua org yg ISLAM itu benar dan agama kristian dan yang lain tu adalah agama yang BATIL..

18. hukum potong rambut di kedai prmpuan kafir = ada yg kata haram, ada yg kata boleh.. sebaiknya xpayahlah.. kerana membantu ekonomi mereka..dan juga qias kpd, pmpuan kafir boleh menzahirkan(cerita) tentang aurat kita kpd llaki ajnabi/ kafir..

19. Nasihat bg orang yang BERCOUPLE??? = KAHWIN lah!!!..boleh mencintai prmpuan dgn tujuan nk nikah dgnnya..

20. Suami tiada dirumah, spupu dtg..boleh x bg masuk.. = xleh bg masuk tnpa izin suami..

21. Mandi di tempat terbuka seperti air terjun,pantai,tmn tema.. = x boleh.. solat dlm msjid pon xleh cmpur2..letak tabir/hijab..

22. Hukum cari nafkah atas tanah org lain = haram..

23. nk beli emas dgn cara menukar emas kite yg lama dgn emas yg hndak dibeli = kena sama timbangan n nilainya..

24. mcm mne pkai tudung yg betul = wajib tutup bentuk/bahagian dada..

25. Apakah hukum pelihara burung walit(layang2) di kwsn perumahan..? = "boleh bela..yg tdk bersuara"....=) jika mudarat kpd org seperti bunyi bunyi, maka haram.. dia masuk pitis, org msuk kapas dlm telinga..

26. Org yg buat tatu,kemudian bertaubat..wajib x buang..? = Jika org kafir masuk islam xwajib buang..Jika org islam,bertaubat..wajib buang walaupon sakit..

27. Org kirim beli brg, bg duit dgn jumlah tertentu.. kite beli brg tu dpt diskaun/hrga murah drpd sebenar n dpt hdiah..maka jd milik siapa duit lebih n hdiah itu..boleh x kite ambil..?? = Milik tuannya..yg kirim itu.. kerana kite tukang beli sahaja..melainkan tuannya halalkan..

28. Quran ada 7 lapis..betul ke x..? = Xbetul..yg betul ade 7 ayat dan 7 bunyi..


29. Suami n isteri solat berjemaah.. imam batal solat..siapa yg kena ganti..? = isteri teruskan solat sperti biasa.dan masih dpt pahala berjemaah..

30. Kongsi 1 bahagian dlm lembu korban.. 1bahagian RM350..kumpul dgn 7org (RM50 seorang)...boleh x..?? = Boleh...tp xsah.. 1bahagian untuk 1 org shj...

31. Ketika iktidal, hayun tangan... = Jika berayun bkn dibuat2, xbatal..

32. Doktor yg buat pembedahan, terlepas solat zohor..boleh x jamak...? = Mazhab Syafie...boleh qada,jika slmtkan nyawa org lain..dengan syarat... pembedahan yg besar dan xdk org yg ganti....


sabda Nabi: "sampaikanlah bagi ku walau satu ayat

Wednesday, February 22, 2012

Orang Gila selalu sihat???

Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila selalu sihat? Tidak pernah kita melihat ada orang gila berguling di tepi jalan sakit batu karang,terhencut-hecut kaki kena gout, minum ubat batuk, memakai koyok atau bahkan sakit gigi sekalipun.

Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!1. Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing. Sudah ada nasi lemak, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan yang bermacam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Malah nasi basi pun mereka makan, burger 2 hari pun OK lagi bak kata Nabil Kedua, orang gila itu QANAAH. Mereka rasa bersyukur. Menerima apa pun pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita. Sudah diberi basikal, masih minta motor. Sudah ada motor, masih minta kereta. Sudah ada kereta nak juga jeling MPV atau SUV. Rumah dah cantik, masih saja selalu merasa ada yang kurang. Akhirnya beli ini beli itu, renovate ini renovate itu. Akhirnya hutang sana sini untuk keperluan tersebut. Apabila ketika hutangnya sudah menggunung, jatuh sakitlah dia.Orang gila itu entah ada pakaian ataupun tidak, mereka santai saja. Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak perlukan tikar, apalagi katil dan tilam empuk.

Ada kan antara kita yang tidak boleh tidur di atas tikar. Kerana sudah terbiasa tidur di springbed. Malah ramai yang tak boleh tidur tanpa air-cond.Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu berbahagia. Mereka kan kelihatan selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running well, semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Tidak pernah ada masalah. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang menyenangkan. Sebab tu diaorang sentiasa tersenyum.Kesimpulannya, kalau korang hendak selalu sihat jadilah “orang gila”.Maksud saya, hiduplah dengan Qanaah,  kawal stress,  control keinginan yang hendak bermacam-macam itu dan selalulah tersenyum.  

*tapi penah tak anda terfikir,kenapa orang gila menjadi gila??? Mungkin mereka terlalu stress! Jadi, pandai2 lah kita mengawal perasaan stress kita tu ye....... :D

Monday, February 20, 2012

Cinta Kepada Allah dan RasulNya.

Firman Allah Surah At Taubah [9] : 24

 

ُُإِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

 

“Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik”

 

Dari Anas r.a, ia berkata telah bersabda Rasulullah saw :

“Tidak beriman seorang hamba sehingga aku lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia yang lainnya”

 

Cinta kepada Allah dan RasulNya adalah tuntutan keatas setiap muslim. Ia bukan hanya ucapan dibibir tetapi  dibuktikan dengan redha dan patuh terhadap semua perintah Allah serta mentaati semua ajaran RasulNya.

Friday, February 17, 2012

Rindukan Sukan...

Assalammualaikum... dah seminggu tak update blog! huhuhuhu..

eemmm, entry kali ni aku nak meluahkan betapa rindunya aku terhadap aktiviti sukan! rasanya telah hampir 2 tahun aku tidak menyertai aktiviti-aktiviti sukan ni... setelah aku mendirikan rumah tangga lah aku tidak aktif lagi.. ye la... kalau nak bersukan pada lepas kahwin tu, agak risau jgk. manalah tahu aku mengandung ke waktu tu. dan aku tak tahu. aku main futsal,terlompat sini,terlompat sana, tiba2 aku keguguran ke.... huhuhuhu... kapten futsal aku ada juga bertanya pada aku utk menyertai team futsal EPF.... tapi aku mmg menolaknya....

Ohh bola futsal........


so, bila aku dah disahkan pregnant, selamat 9 bulan jugalah tidak bersukan. mmg lah.. org pregnant mana boleh bersukan... dan bila dah melahirkan, pun tidak lah terus bersukan... kenalah rehatkan badan dulu. org baru bersalin mana boleh terus melakukan aktiviti lasak.... sekarang anak aku dah berusia 9 bulan. tapi masih lagi tidak bersukan.huh!! bila melihat status2 or foto2 kwn di FB ttg futsal, mmg sgt cemburu. dalam hati dok berkata, bilakah mahu kembali bermain futsal???!!

mmg sebelum mendirikan rumah tangga aku agak aktif dalam aktiviti sukan ni... dulu, balik je dari ofis, mesti singgah di Taman Tasik Sri GOmbak utk berjogging. ambil masa 30 minit cukuplah! kita ni mestilah jaga kesihatan juga.. dgn melakukan sedikit senaman kan... bukan semata2 utk kuruskan badan! tapi utk kesihatan jantung juga!

macam en.hubby, dia mmg org yg bersukan. main bola, futsal dan sukan berbasikal... aku pun nak berbasikal jg... :)

huummm, pada 10 march ni, ada perlawanan futsal EPF inter-department. cawangan aku lansung tak hantar team... kapten futsal aku dah sibuk tanya... aku mmg nak join... tp.... mcm mana... hinggakan department lain email pada aku menyuruh aku join team mereka utk futsal tersebut... tapi aku cuma risaukan,aku tdk dpt commit sepanjang latihan. mcm aku mmg kena fit kan badan semula ,sebab dah lama tak bersukan. nanti lari pun tak larat.... huhuhuhu... sedih jer.....

walauapa pun, niat hati ni mmg mahu mula semula aktiviti sukan ni. berjogging,futsal,badminton dll akan aku jadikan sepruh dalam hidup aku kembali. aku akan cuba membahagiakan masa utk aktiviti ini semula. Insyaallah.... :)

*nak jadi seorg isteri dan ibu yg sihat! Insyaallah. :)

Wednesday, February 15, 2012

Lil Qistina! Part 6

Sykur Alhamdulillah... my Lil Qistina dah pun mencapai umur 9 bulan... Syukur kerana Qis sihat sejahtera di bawah lindungan Allah s.w.t... Dan Qis sekarang dah pandai main2... cakap2 bahasa dia yg aku tak faham.. hehehe.. sgt cute bila tgk dia ckp sendiri.. ada kala sgt bising. Selain itu, Qis juga sudah pandai menyepahkan rumah... huhuhu... penat mak nok... ;p

Mainan di rumah pun, dah banyak.. kena lah beli mainan dia kan...

macam biasa, mari lah tgk gambar my Lil Qistina ni yg berumur 9 bulan.......

hehehe.. abah dia yg pakaikan topeng ni....

rimas la saya.....

tolong la buka topi ni.....

ish... sabar je laaa...

nasib baik sy ni cute.... hehehe

Sebagai ibu aku hanya mengharapkan Qis sihat sentiasa... Dan mudah mudahan Qis akan menjadi anak yg solehah.. Insyaallah....

Ibu dan Abah sy saaaannngaaaatt pada Qistina!!!! mmmuuaaaahhh!!

Saturday, February 11, 2012

Sebak ~~

• KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat....
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi...

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirkan lah...

Entry ini utk peringatan aku juga...


Nota ini dipetik dari,

Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid bin Abu Bakar
FAScNaib Canselor / President
Universiti Teknologi MARA

Thursday, February 9, 2012

Cameron Highland Part 2

Syukur Alhamdulillah semalam lebih kurang jam 8 malam kami tiba di KL. Jam 5 petang bertolak dari CH. Jalan pun tidak jammed.. Aktiviti dihari kedua kami di CH, ialah bershopping sakan sampai nak tercabut rasa kaki ni. hehehe... Pagi tu kami breakfast di pekan Brinchang. Makan nasi lemak. Dan nasi lemak tersebut tidak sehebat di KL!! Di KL nasi lemak dgn lauk pauk yg mengancam. tapi di CH, nasi lemak yg kurang lemaknya.... huhuhu..

nasi lemak lauk HOTDOG!

Selepas breakfast kami pun bergerak ke Ladang Teh Boh. Di sini kita boleh lihat bagaimana teh di proses. Tapi jalan utk ke ladang teh tu, amat menakutkan. Jalan begitu sempit dan bengkang bengkok. Berdebar jgk lah bila berselisih dgn kereta yg nak turun tu..... hurmmm, di ladang tu kami membeli teh2 yg dijual di situ.. agak murah harganya berbanding yg dijual di pasaraya... kami juga menikmati teh tarik juga makanan yg disediakan di situ.. sambil merasakan udara dan pandangan yg segar dan hijau..

kami!


di dalam kilang teh


restoran teh BOH

Lebih kurang 2 jam jgk kami di ladang teh boh tu, kami bergerak pula ke Rose Valley. Di sini ada bunga2 rose yg cantik2.. jika mahu masuk di situ, bayaran yg dikenakan Rm4 seorang.. tapi aku tidak masuk pun... lepak luar tu jer.. kakak aku dan kakak ipar aku saja yg masuk...


bermain dgn my lil qistina main di perkarangan Rose Valley


Sempat berpossing sambil tggu mereka

Lepas di Ros Valley, kami pun pulang ke rumah istirehat kami... kerana dah petang. kami membuat keputusan utk sambung pada esok hari pula... malam tu kami dinner di Restoran 1 Malaysia. Service amat memuaskan hati kerana amat cepat makanan yg di order tu siap. Bila dah pulang ke bilik, aku pun bantai tidur dahulu.. En. hubby keluar ke bilik yg lain utk bermain PS2. aku dah agak mengantuk. Jadi tidur je lah di dalam bilik dgn Qistina....

Bangun seawal 7 pagi. Qistina bgn dulu kerana dia "uk uk". huhuhu.. tak lah awal sgt. kerana aku pun dtg bulan. tidak boleh solat. jadi, jam 7 lah baru bgn.. mandikan Qistina dan Jam 9 lebih kami keluar breakfast di tempat yg sama.... kali ni aku memilih roti canai sebagai menu makan pagi.

Selapas breakfast kami terus pergi ke Kea Farm. Di sini pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran segar dijual. Aku memborong ubi keledek dan sayur... harga mmg sgt murah.

Kea farm


Jambu Pelik


whatever!


kakak ipar ku dgn strawberry cantik


pilih jgn x pilih


Jagung sedap n manis!


Setelah berhabis duit di kea Farm kami pun pergi ke next destination. iaitu Strawberry Farm utk memetik strawberry sendiri. tapi malangnya, tutup pula tempat itu... jadi kami membuat keputusan utk pulang ke bilik dan berkemas-kemas. kerana jam 2 ptg kami harus check-out dari rumah istirehat itu... tepat jam 2 ptg, kami meninggalkan rumah istirehat itu dan menuju pulang ke KL. Tapi sebelum itu kami singgah di Big Red Strawberry Farm.. Untuk apa lagi... membeli strawberry la.... tapi sayangnya, strawberry di situ sgt masam! mungkin byk yg masih muda lagi... aku hanya membeli 2 kotak sahaja... yang lain2 pula,ada yg memborong sayur. segar2 juga sayur yg dijual itu...

sayur segar

huh!! apabila jam telah menunjukkan pukul 5 ptg, kami pun bergerak terus ke KL... lebih kuran jam 8 malam kami sampai di KL... Alhamdulillah sampai juga kami....

Actually, ini adalah family gathering walaupun tak semua ahli keluarga aku bersama dalam percutian ini... last kami berkumpul bersama adalah pada tahun 2004. Di PD... bukan senang utk kami sekeluarga berkumpul begini. Harapkan hari raya sahaja boleh bertemu muka. Dan aku rasakan percutian kali ini sgt terbaik!! Syukur padaMu Ya Allah.... Mudah-mudahan, dapat bercuti begini lagi... Insyaallah... :)


hanya suku dari family kami..... :)

Tuesday, February 7, 2012

Cameron Highland Part 1

Assaalammualaikum...

Wah.wah.wah... Cuti 4 hari ni bukan main lg aku dan family pergi holiday. Destinasi kali ini ialah di Cameron Highland, Pahang. Bermalam di rumah istirehat EPF selama 3 hari 2 malam. 5 buah kereta yg pergi kali ini. Actually, hari ini dah masuk hari kedua kami di sini.. Cuaca di sini pula, sgt sejuk!! Bersin tak berhenti2 aku ni.. Huhuhu..

Semalam lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak dari KL. Dan tiba di Cameron jam 3 ptg. Jalan di Cameron agak jammed. Mungkin kerana ramai org yg bercuti di sini juga. Kalau nak makan tu, sampai kena tunggu 1 jam atau lebih!! Jadi, semalam kami membuat keputusan utk membeli fast food iaitu KFC dan makan di bilik sahaja.. Perut masing2 dah sgt kelaparan sebenarnya. My Lil Qistina pun tak sempat nak makan apa2.. Hanya minum susu badan saja. Kesian dia...


tapau KFC makan di bilik. :)

Lepas solat semua, dalam jam 7 lebih tu, kami pergi ke pasar malam utk membeli sayur-sayuran dan bahan2 lain utk aktiviti malam itu, iaitu steamboat. Biasa org buat BBQ kan. Tapi di sini tidak dibenarkan membuat BBQ. Kerana ada family lain juga menginap di rumah istirehat EPF ni.. Tapi steamboat kami mmg terbaik lah! Kalah di restoran2 steamboat. Dan amat menjimatkan juga sgt memuaskan hati!! :) hampir jam 12 tengah malam aktiviti steamboat kami selesai. Dan masing2 pulang ke bilik utk tidur! Kepenatan jgk seharian tdk duduk diam kan. :)

steamboat kami :)


So, aktiviti pagi ni, kami semua mahu keluar ke pekan utk bershopping2! Yeay! Seronok cuci2 mata.. Nantikan entry Cameron part 2 pula yeee.... :)

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assaalammualaikum ......

Hari ini adalah juga hari yg mulia kerana hari kelahiran Rasulullah SAW kita.... Di Putrajaya ada Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. KWSP juga ada menghantar kontijen bagi perarakan di sana.. Malangnya aku tak sempat nak menonton TV tadi. Ada live kat TV tu.... Aku terbongkang di atas katil bersama Qis kerana senggugut aku melanda..huhhuhu.. tak dapat aku nak tgk en.hubby berpakaian baju melayu lengkap berwarna ungu tu....

Emmm, sempena hari Maulidur Rasul ini, aku mengharapkan agar kita semua mencontohi Rasulullah dalam segala aspek bagi menjalani kehidupan seharian kita... Insyaallah... Sunnah-sunnah Nabi, kalau boleh marilah sama-sama kita ikuti... Sentiasalah menjadikan Rasulullah SAW kita sebagai role-model.. kalau artis kita selalukan jadi role-model, kenapa tidak Nabi kita sendiri kan.....



* pesanan di atas itu utk diri aku juga..... 


Waallahualam....

Friday, February 3, 2012

Tersentuh Hati.. :(

Sedang aku memandu kereta myVi milik en.hubby waktu pulang dari office td, terlihat sebuah motosikal yg pemandunya terdiri daripada sepasang suami dan isteri juga seorg budak. Hujan turun renyai2.. Si suami tadi menunggang motosikal dan isteri menjadi penumpang di belakang. Di tgh tempat duduk tersebut aku perasan ada seorang budak mungkin itu anak mereka. Lebih kurang umur anak itu 2 tahun..

Jalan agak sesak waktu itu. Mungkin kerana hujan turun dan membuatkan semua pemandu lebih perlahan memandu kereta.. Dan motosikal td meneruskan perjalanannya. Hujan makin lebat. Dalam hati aku berkata, 'Ya Allah, kesiannya aku melihat orang ni,bawa motor waktu hujan macam ni..mcm mana anaknya itu??tidak demamkah nanti budak itu??' Berbagai-bagai pertanyaan dalam kepala aku ni... Sungguh kasihan melihat keadaan keluarga itu.. Aku yg memandu kereta ini, sgt bersyukur kerana tidak terkena hujan.. Sedangkan mereka?? Mungkin keluarga itu sudah biasa dgn keadaan begitu..

Jalan masih sesak dan motosikal itu masih teruskan perjalanan. Kebetulan pula aku kereta yg aku pandu itu lalu di tepi motosikal itu.. Dan isteri penunggang itu tiba-tiba memandang aku, dan aku juga memandang dia.. Wanita yg berkulit putih itu tiba-tiba senyum pada aku... Aku senyum kembali.... Dari air muka dia, nampak gembira. Kelihatan seperti tidak mengeluh walaupun terpaksa menaiki motor walaupun hujan.

Mungkin disebalik kisah di atas ni, ada yang menganggap kemungkinan suami isteri tersebut sebenarnya mempunyai kereta.. Mungkin mereka tidak mahu menempuh jammed jika mereka menaiki kereta. Tetapi jika benarlah mereka hanya memiliki motor yang agak usang itu, tidakkah tersentuh hati kita jika melihat anak kecil mereka itu terpaksa merempuh hujan?? Kita ni yg cukup bersyukur dgn adanya kereta utk pergi ke mana-mana membawa anak-anak kita dan juga niat tidak mahu anak kita berdepan dgn bahaya jika kita sebagai ibu bapa membawa anak-anak kita menaiki motor.. Akan tetapi pasangan tersebut?? Mungkin mereka juga merasakan sudah begitu bersyukur dgn adanya motor yg boleh menbawa mereka ke mana jua. Hati aku melihat keadaan mereka tu pun, rasa sebak sgt. Rasa mcm nak menangis.. Terfikir, bagaimana jika aku berada di tempat mereka.. Anak kecil mereka itu, aku bayangkan Qistina.. Ya Allah.. Sungguh kasihan kan..

Moral of the story, kita sepatutnya bersyukur dgn apa yg kita punya sekarang.. Punya pekerjaan yg baik.. Punya keluarga yg harmoni.. Punya kereta dan harta yg memberi kesenangan pada kita.. Alhamdulillah.. Mmg kadang kala sukar utk kita mengelak dari keluhan yg merasakan ada sesuatu yg tdk cukup utk kita.. Biasalah. Kita hanya manusia biasa. Tetapi kita selalulah memandang org yg bawah dari kita, supaya kita sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada kan... Insyaallah... :)

Harap entry ini dpt memberi sesuatu yg baik pada anda semua.. Waallahualam...

Wednesday, February 1, 2012

Cuti di tengah minggu!

Selamat pagi! Subahanallah... Sekejap je dah bulan Februari kan! Rasa mcm baru je New Year hari tu. Bergitu pantas masa berlalu! Hari ni juga, warga pekerja di semua wilayah termasuk wilayah putrajaya, bercuti!! Hehe.. Dapat cuti di tengah2 minggu ni, seronok juga yer... Jadi, dah tentulah di kaunter2 perkhidmatan di Selangor ni, penuh dgn org yg membuat urusan. Mahu juling mata pekerja kaunter oleh kerana kesesakkan org ramai. Hehehehe..

En.hubby sepatutnya kerja hari ni. Sebab dia bekerja di Pj. Tapi en.hubby ambil cuti utk melepak2 dgn aku di rumah.hehehehe.. X der lah! Kami nak pergi uruskan kereta.. Nk servis kereta dan sebagainya. Insyaallah, next week, kami dan 4 lagi keluarga akan pergi bercuti di Cameron.. Insyaallah.. Jadi, aku mahu lah kereta MyVi tu dalam keadaan yg baik..
Dah setahun aku x pergi bercuti ke mana2..

Hurmmmmm, pagi ni terasa nak masak nasi lemak pula. Huhuhu.. X tahu lah jadi ke x.. Sebab first time ni! Kalau ikut apa yg diajar oleh mak, mmg nampak mcm senang je.. X per lah. Kalau x cuba, x tau lah kan.. Minta2 lah sedap! Insyaallah.. :p