Huuurrrmmmmm....kalau x tgk rancangan 999 mesti x tahu status makanan di restoran Subway tu tidak mendapat pengesahan halal Jakim..habis tu,yg logo halal kat restoran tu tipu ke??? Nak kata tipu atau tidak,aku tidak begitu pasti. Cuma, apa yang dipaparkan dalam rancangan tersebut mengesahkan Subway tidak mendapat kelulusan Halal Jakim. Logo halal yg ada di restoran tersebut hanya lah logo dari badan yang tidak diiktiraf. Macam mana ni??? Bahkan, di Facebook dan Twitter pun, sibuk membicarakan hal ini. Aku ni dah lah gila Subway. Paling tidak, seminggu sekali, mesti nak pergi makan Subway...huuurrmmm...
Dalam rancangan tersebut memaparkan bahawa pihak Jakim telah pergi membuat satu serbuan di sebuah shopping complex yang teletak di Seri Kembangan.. Serbuan tersebut adalah untuk memastikan bahawa setiap restoran yang beroperasi di situ mendapat pengesahan halal dari Jakim dan untuk memastikan tiada penipuan dalam menggunakan logo halal yg di keluarkan oleh Jakim. Tapi berdasarkan laporan rancangan 999 tersebut, dapat dilihat kebanyakkan restoran2 di situ sememanganya tidak mendapatkan kelulusan halal Jakim!! Termasuk lah Subway. Pengarah Jakim mengatakan, jika sesebuah restoran ingin beroperasi, pemilik harus menghantar permohonan kepada pihak Jakim. Dan Jakim akan melihat segala bahan2 yg digunakan pada restoran tersebut.. Bagi aku, kalau bahan2 tersebut mengikut hukum syarak, x ada masalah lah bg pihak Jakim meluluskan Logo halal tersebutkan! Dan pemilik pun boleh beroperasi dgn senang hati..bukan apa, bagi pemilik islam, benda2 ni semua akan disoal di akhirat nanti..
Semua orang tau, isu halal dan haram ni, sgt menyentuh sensitiviti umat Islam di negara kita. Kita bukan mcm negara Indonesia, yang boleh menjual daging ayam 'cucuk' dan 'sembelih' dalam kedai yg sama. Apa yang dibuat oleh pihak Jakim tu,amatlah bagus. Bagi menyedarkan umat islam negara kita ni, bahawa pentingnya makan makanan yang halal. Semua orang berfikir bahawa di Malaysia ni lah tempat yg paling senang utk makan di restoran2 yg ada di Malaysia ni. Tapi bila jadinya mcm ni, mulalah datang perasaan was-was dlm kepala ni. Kalau kita was-was dgn apa yg kita makan, ianya akan jatuh pada HARAM!! Ia dipanggil 'Syubahah'.. Waallahualam...
Lepas ni, kita semua kena lebih berhati2 untuk memilih restoran2 yg kita ingin makan..bukan apa..apabila kita salah makan, ingat,segala yg kita makan tu akan menjadi darah daging kita.. Ianya akan menentukan sikap kita semua.. Nau'zubillah...
No comments:
Post a Comment