everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, January 29, 2012

CINTA itu Indah atau Kejam??



Pertama sekali aku ingin memohon kemaafan jika entry aku kali ini, ada membuat sesiapa terasa hati.. Entry kali ini hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang ada.. Cukup utk renungan adik-adik aku di luar sana tu.. :)

'CINTA'. Adakah couple2 kat luar sana tu faham akan maksud CINTA itu sendiri?? 'Aku Cinta Padamu' atau 'I Love You' sering diungkap utk mengingatkan pada pasangan kita bahawa betapa cintanya kita pada dia. Pernahkah anda semua terfikir, ianya hanya ungkapan kosong dan sekadar kata 'yakin'. Seawal 14 tahun aku sudah pandai bercinta. Tapi bila diingatkan semula, itulah dinamakan CINTA MONYET. Bila difikir-fikirkan semula, kenapa perlu ada 'pak we' waktu itu. Sedangkan aku masih dibangku sekolah. Apa sebab? Mungkin hanya sekadar suka-suka dan tidak pernah memikirkan masa depan dgn hubungan itu. Tapi bila makin lama hubungan tersebut berjalan, sumpah setia mulalah diungkapkan dibibir masing2. Konon2 tidak mahu mencari yang lain. Mahu sehidup semati lah.. Alih2, aku hidup, kau mati. Janji, sumpah setia itu hanya diungkapkan adalah kerana kita merasakan dunia kita hanya bersama pasangan kita sahaja. Konon2, tiada orang lain dalam hubungan kita itu sehinggakan sanggup buat apa saja demi pasangan kita. Begitu BUTA diri kita dek kerana CINTA. Walhal, belum tahu arah tuju hubungan tersebut.

Surat atau kad-kad cinta mula lah dilayangkan ke rumah pasangan kita. Dengan ayat2 yang begitu mengasyikkan. Issshhhh... Itulah jadinya bila kita KEMARUK dgn namanya CINTA! Si Keras kata, mula menjadi lembut bila berada di awang2an dgn CINTA tersebut. Bak kata pepatah, kentut pun boleh menjadi wangi. Walau hakikatnya, kentut itu sgt busuk baunya! Ye lah. Semuanya indah kan! Memang benar, semua itu begitu manis, sehinggakan kita menyimpan surat2 dan kad2 dari kekasih hati dalam kotak CINTA. Dan aku percaya kotak tersebut akan menjadi kenangan dan sentimental value bagi seseorg yg pernah berCINTA. Even, aku sendiri ada benda serupa itu...

Ok... Kalau benar cinta itu begitu indah, kenapa kadang kala kita atau kekasih hati kita, sanggup melukakan perasaan kita?? Contohnya, bila janji dan sumpah setia itu diunggkap, tiba2 kekasih kita berlaku curang?? Kenapa??? Bila kekasih kita melakukan curang pada kita, masih ingatkah lagi dia terhadap janji dan sumpah setia itu??? Tidak kan??? Mula mencari pelbagai alasan utk diberi pada kita, supaya kesalahan 'curang' tersebut ditutupi dgn alasan bahawa diri kita ada kelemahan. Ish.ish.ish.... Sanggup buat begitu kan.. Biasanya, mangsa keadaan begini, adalah kaun perempuan.. Aku tidak menyalahkan lelaki! Tidak sama sekali! Kerana kaum perempuan pun ada juga melakukan hal yg sedemikian pada lelaki. Indah lagi tak CINTA itu??? Tidak kan??

Bila berjauhan, mula lah rindu-rinduan. Kalau zaman aku dulu, bergayut sampai berjam-jam. Sms? Huh! X terkira lah. X ke sebenarnya buang duit je semua tu?? Tapi yer la...bak kata aku tadi, cinta tu kan BUTA. Apa peduli kalau jadi miskin kerana kekasih hati pun.. Kepada remaja muda mudi di luar sana tu..adik2 ku sayang.. Sebenarnya ada lebih penting dlm hidup kita ni. Bukannya kekasih hati kita tu, yang nak dijadikan nombor satu. Betul tak, bila kita kecewa atau disakiti, mulalah kita menangis bagai nak terkeluar air mata darah?? Betul kan?? Rasa mcm dunia dah berakhir. Betul kan??? Tahukah anda, bila kita rasa sedih dan kecewa, siapa yg sentiasa ada di sisi kita?? FAMILY tau! family kita jgk yg akan jadi penyejuk hati yg lara...

Adik-adik tahu tak... Bila adik2 ada 'pak we' semasa di bangku sekolah lagi, hubungan itu sebenarnya tiada jaminan bahawa, hubungan itu akan sampai hujung nyawa.(Ye lah,kata dah janji sehidup semati). Haruslah berfikir, bahawa perjalanan hidup masih lagi jauh.. Sebab, lepas habis SPM, mungkin kita akan sambung pelajaran di Universiti. Lps habis U, nak kerja.. Tahu x, nanti kat U, adik2 akan jumpa dgn ramai lelaki. Dan bila kerja pula, jumpa dgn ramai lelaki jgk. Diri sendiri atau pasangan boleh bagi jaminan tak, bahawa akan setia dgn hubungan yg sedia itu??? Bukan senang nak maintain hati agar tidak goyang pada godaan2 syaitan ni... Nanti bila kekasih hati kita tu atau kita sendiri keluar makan bersama, dh tentu mula timbul masalah. Mula lah gaduh..hurmmm...

Cinta yg terlalu lama ni, boleh menyebabkan perasaan bosan sebenarnya.. Lagi2 kalau sampai ke jinjang pelamin. Jarang betul kita dgr pasangan yg ber pakwe mak we time sekolah ni, berjaya hingga kahwin! Contohnya aku sendiri. 7 tahun bercinta, tapi akhirnya kahwin dgn org lain jugak... Mcm sia2 je 7 thn tu. Nampak x adik2??? Bercinta bagai nak rak, tp habuk pun x dak! Buang duit, buang masa, buang air liur! Hahahahahahaha.. Sekarang aku alhamdulillah kahwin dgn org lain dan dah punya baby pun.. mudah-mudahan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhirat.. Insyaallah...

Entry ini adalah utk menyedarkan, tiada yg lebih Indah selain cinta kepada ALLAH.... Masa lalu aku itu, kadang kala membuatkan aku terfikir betapa pendeknya akal ku... tapi semua tu perancangan Allah... tiada siapa yg boleh mengubahnya. Cumanya, aku tidak mahu melihat anak-anak muda yg bakal menjadi pemimpin satu hari nanti, telalu taksub kepada CINTA. nak bercinta boleh..tapi jangan lah sehingga lupa diri dan sanggup menggadaikan maruah kita sebagai seorang perempuan. Fikirkan ibu dan bapa kita terlebih dahulu sebelum melakukan perkara-perkara yg merugikan diri kita nanti....

Waallahualam.....

No comments: