everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, January 29, 2012

CINTA itu Indah atau Kejam??



Pertama sekali aku ingin memohon kemaafan jika entry aku kali ini, ada membuat sesiapa terasa hati.. Entry kali ini hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang ada.. Cukup utk renungan adik-adik aku di luar sana tu.. :)

'CINTA'. Adakah couple2 kat luar sana tu faham akan maksud CINTA itu sendiri?? 'Aku Cinta Padamu' atau 'I Love You' sering diungkap utk mengingatkan pada pasangan kita bahawa betapa cintanya kita pada dia. Pernahkah anda semua terfikir, ianya hanya ungkapan kosong dan sekadar kata 'yakin'. Seawal 14 tahun aku sudah pandai bercinta. Tapi bila diingatkan semula, itulah dinamakan CINTA MONYET. Bila difikir-fikirkan semula, kenapa perlu ada 'pak we' waktu itu. Sedangkan aku masih dibangku sekolah. Apa sebab? Mungkin hanya sekadar suka-suka dan tidak pernah memikirkan masa depan dgn hubungan itu. Tapi bila makin lama hubungan tersebut berjalan, sumpah setia mulalah diungkapkan dibibir masing2. Konon2 tidak mahu mencari yang lain. Mahu sehidup semati lah.. Alih2, aku hidup, kau mati. Janji, sumpah setia itu hanya diungkapkan adalah kerana kita merasakan dunia kita hanya bersama pasangan kita sahaja. Konon2, tiada orang lain dalam hubungan kita itu sehinggakan sanggup buat apa saja demi pasangan kita. Begitu BUTA diri kita dek kerana CINTA. Walhal, belum tahu arah tuju hubungan tersebut.

Surat atau kad-kad cinta mula lah dilayangkan ke rumah pasangan kita. Dengan ayat2 yang begitu mengasyikkan. Issshhhh... Itulah jadinya bila kita KEMARUK dgn namanya CINTA! Si Keras kata, mula menjadi lembut bila berada di awang2an dgn CINTA tersebut. Bak kata pepatah, kentut pun boleh menjadi wangi. Walau hakikatnya, kentut itu sgt busuk baunya! Ye lah. Semuanya indah kan! Memang benar, semua itu begitu manis, sehinggakan kita menyimpan surat2 dan kad2 dari kekasih hati dalam kotak CINTA. Dan aku percaya kotak tersebut akan menjadi kenangan dan sentimental value bagi seseorg yg pernah berCINTA. Even, aku sendiri ada benda serupa itu...

Ok... Kalau benar cinta itu begitu indah, kenapa kadang kala kita atau kekasih hati kita, sanggup melukakan perasaan kita?? Contohnya, bila janji dan sumpah setia itu diunggkap, tiba2 kekasih kita berlaku curang?? Kenapa??? Bila kekasih kita melakukan curang pada kita, masih ingatkah lagi dia terhadap janji dan sumpah setia itu??? Tidak kan??? Mula mencari pelbagai alasan utk diberi pada kita, supaya kesalahan 'curang' tersebut ditutupi dgn alasan bahawa diri kita ada kelemahan. Ish.ish.ish.... Sanggup buat begitu kan.. Biasanya, mangsa keadaan begini, adalah kaun perempuan.. Aku tidak menyalahkan lelaki! Tidak sama sekali! Kerana kaum perempuan pun ada juga melakukan hal yg sedemikian pada lelaki. Indah lagi tak CINTA itu??? Tidak kan??

Bila berjauhan, mula lah rindu-rinduan. Kalau zaman aku dulu, bergayut sampai berjam-jam. Sms? Huh! X terkira lah. X ke sebenarnya buang duit je semua tu?? Tapi yer la...bak kata aku tadi, cinta tu kan BUTA. Apa peduli kalau jadi miskin kerana kekasih hati pun.. Kepada remaja muda mudi di luar sana tu..adik2 ku sayang.. Sebenarnya ada lebih penting dlm hidup kita ni. Bukannya kekasih hati kita tu, yang nak dijadikan nombor satu. Betul tak, bila kita kecewa atau disakiti, mulalah kita menangis bagai nak terkeluar air mata darah?? Betul kan?? Rasa mcm dunia dah berakhir. Betul kan??? Tahukah anda, bila kita rasa sedih dan kecewa, siapa yg sentiasa ada di sisi kita?? FAMILY tau! family kita jgk yg akan jadi penyejuk hati yg lara...

Adik-adik tahu tak... Bila adik2 ada 'pak we' semasa di bangku sekolah lagi, hubungan itu sebenarnya tiada jaminan bahawa, hubungan itu akan sampai hujung nyawa.(Ye lah,kata dah janji sehidup semati). Haruslah berfikir, bahawa perjalanan hidup masih lagi jauh.. Sebab, lepas habis SPM, mungkin kita akan sambung pelajaran di Universiti. Lps habis U, nak kerja.. Tahu x, nanti kat U, adik2 akan jumpa dgn ramai lelaki. Dan bila kerja pula, jumpa dgn ramai lelaki jgk. Diri sendiri atau pasangan boleh bagi jaminan tak, bahawa akan setia dgn hubungan yg sedia itu??? Bukan senang nak maintain hati agar tidak goyang pada godaan2 syaitan ni... Nanti bila kekasih hati kita tu atau kita sendiri keluar makan bersama, dh tentu mula timbul masalah. Mula lah gaduh..hurmmm...

Cinta yg terlalu lama ni, boleh menyebabkan perasaan bosan sebenarnya.. Lagi2 kalau sampai ke jinjang pelamin. Jarang betul kita dgr pasangan yg ber pakwe mak we time sekolah ni, berjaya hingga kahwin! Contohnya aku sendiri. 7 tahun bercinta, tapi akhirnya kahwin dgn org lain jugak... Mcm sia2 je 7 thn tu. Nampak x adik2??? Bercinta bagai nak rak, tp habuk pun x dak! Buang duit, buang masa, buang air liur! Hahahahahahaha.. Sekarang aku alhamdulillah kahwin dgn org lain dan dah punya baby pun.. mudah-mudahan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhirat.. Insyaallah...

Entry ini adalah utk menyedarkan, tiada yg lebih Indah selain cinta kepada ALLAH.... Masa lalu aku itu, kadang kala membuatkan aku terfikir betapa pendeknya akal ku... tapi semua tu perancangan Allah... tiada siapa yg boleh mengubahnya. Cumanya, aku tidak mahu melihat anak-anak muda yg bakal menjadi pemimpin satu hari nanti, telalu taksub kepada CINTA. nak bercinta boleh..tapi jangan lah sehingga lupa diri dan sanggup menggadaikan maruah kita sebagai seorang perempuan. Fikirkan ibu dan bapa kita terlebih dahulu sebelum melakukan perkara-perkara yg merugikan diri kita nanti....

Waallahualam.....

Saturday, January 28, 2012

Subway tak Halal????

Huuurrrmmmmm....kalau x tgk rancangan 999 mesti x tahu status makanan di restoran Subway tu tidak mendapat pengesahan halal Jakim..habis tu,yg logo halal kat restoran tu tipu ke??? Nak kata tipu atau tidak,aku tidak begitu pasti. Cuma, apa yang dipaparkan dalam rancangan tersebut mengesahkan Subway tidak mendapat kelulusan Halal Jakim. Logo halal yg ada di restoran tersebut hanya lah logo dari badan yang tidak diiktiraf. Macam mana ni??? Bahkan, di Facebook dan Twitter pun, sibuk membicarakan hal ini. Aku ni dah lah gila Subway. Paling tidak, seminggu sekali, mesti nak pergi makan Subway...huuurrmmm...




Dalam rancangan tersebut memaparkan bahawa pihak Jakim telah pergi membuat satu serbuan di sebuah shopping complex yang teletak di Seri Kembangan.. Serbuan tersebut adalah untuk memastikan bahawa setiap restoran yang beroperasi di situ mendapat pengesahan halal dari Jakim dan untuk memastikan tiada penipuan dalam menggunakan logo halal yg di keluarkan oleh Jakim. Tapi berdasarkan laporan rancangan 999 tersebut, dapat dilihat kebanyakkan restoran2 di situ sememanganya tidak mendapatkan kelulusan halal Jakim!! Termasuk lah Subway. Pengarah Jakim mengatakan, jika sesebuah restoran ingin beroperasi, pemilik harus menghantar permohonan kepada pihak Jakim. Dan Jakim akan melihat segala bahan2 yg digunakan pada restoran tersebut.. Bagi aku, kalau bahan2 tersebut mengikut hukum syarak, x ada masalah lah bg pihak Jakim meluluskan Logo halal tersebutkan! Dan pemilik pun boleh beroperasi dgn senang hati..bukan apa, bagi pemilik islam, benda2 ni semua akan disoal di akhirat nanti..

Semua orang tau, isu halal dan haram ni, sgt menyentuh sensitiviti umat Islam di negara kita. Kita bukan mcm negara Indonesia, yang boleh menjual daging ayam 'cucuk' dan 'sembelih' dalam kedai yg sama. Apa yang dibuat oleh pihak Jakim tu,amatlah bagus. Bagi menyedarkan umat islam negara kita ni, bahawa pentingnya makan makanan yang halal. Semua orang berfikir bahawa di Malaysia ni lah tempat yg paling senang utk makan di restoran2 yg ada di Malaysia ni. Tapi bila jadinya mcm ni, mulalah datang perasaan was-was dlm kepala ni. Kalau kita was-was dgn apa yg kita makan, ianya akan jatuh pada HARAM!! Ia dipanggil 'Syubahah'.. Waallahualam...

Lepas ni, kita semua kena lebih berhati2 untuk memilih restoran2 yg kita ingin makan..bukan apa..apabila kita salah makan, ingat,segala yg kita makan tu akan menjadi darah daging kita.. Ianya akan menentukan sikap kita semua.. Nau'zubillah...

Thursday, January 26, 2012

Setiap Orang Adalah Unik.

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya
yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w
kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali
daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara
lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik,
terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik
dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah
berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu
kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan
memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda
terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat
dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka?
Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh
terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang
manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh
berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di
Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang
cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas
rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana
disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal
memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita
itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia
sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan
ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa
paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang
buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia
dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan
anda mambuktikan kekuasaan ALLAH.

Tuesday, January 24, 2012

Lil Qistina! Part 5

Syukur Alhamdulillah...my lovely daughter dah pun 8 bulan..telah meningkat ke satu stage di mana,qis dah boleh mamam bubur nasi yg dimesin hancur..belum boleh mamam bubur nasi biasa..sebabnya qis belum ada gigi..qis pandai apa?? wat masa ni qis hanya pandai angkat punggungnya dan hampir2 nak merangkak...nampak mcm lambat sikit..huhuhu...

semalam pergi JJ AU2 dgn en.hubby..belikan qis Walker...emmm,org kata, x elok baby pakai walker..tp bagi aku kena lah pakai...sebeb senang sikit aku nak wat kerja umah..kalau tidak,si kecik tu asyik mengesot ikut aku ke dapur..hehehe...

mari lah tgk gambar qistina berumur 8 bulan!! :)


tgk rambut qis ni...dah pjg!


muka abah dia....

budak ni mmg x reti duduk diam!

lagi sebijik ikut abah dia..

qis ada toncet!!

uuweerrkkk..gaya dah boring lah tu...


sebagai ibu,aku hanya mendoakan qistina sihat sejahtera dilindungi Allah s.w.t..semoga qis akan menjadi anak yang solehah.Amin Ya Rabb!!

Ibu dan Abah saaaaaaaayyyyyyaaaaaannnngg Qistina saaaaaannngaaaat saaaannngggaaaattt!!!

Monday, January 23, 2012

Cook Is My Passion

Hehehehe..title tu mcm poyo pun ada kan!! Walau apa pun,Alhamdulillah, aku jadikan seorang isteri dan ibu yg ada kebolehan memasak. Sebenarnya,semua org boleh masak.bezanya sedap atau pun tidak je lah kan..buat masa ni, bakat masak yg aku ada ni,hanyalah en.hubby je yg selalu rasa.hehehehe..belum lg sampai tahap ke Master Chef lah...may be one day??! Who knows kan?? Berangan je lah! ;p

Masak di rumah ni, lebih terjamin kebersihanya..yer lah..klu kat kedai makan tu,mana lah kita tau, sayur,ayam dan segala bahan tu, dibasuh dgn bersih atau tidak kan.. At least kat umah, kita sendiri yg cucinya. Dan kadang2, makanan kat luar tu, byk sgt letak Aji No Moto..mmg sgt x elok! Sekali sekala nak makan di luar tu,x ade masalah pun...

So,cuti 4 hari ni, aku pun masak memasak lah! X benti2 dok dapur tu..hehehe.. Qistina?? En.hubby lah yg jaga..nasib baik ada en.hubby yg sgt rajin menjaga anak.mcm tu lah..klu isteri duduk di dapur, si suami bantu dari segi lain pula..jaga anak ke... :) itu lah dikatakan tolong menolong antara suami dan isteri.. :)

Eemmm, tp kalau dibandingkan perbelanjaan makan di rumah dan di luar,lebih kurang sama je..sama jika kita berdua sahaja dgn suami.tp kalau ada anak2 yg ramai,mmg sgt menjimatkan klu masak di rumah. Kemarin,pegi ke pasar utk beli ikan tenggiri..malangnya, harga ikan sekarang ni lebih mahal berbanding dgn harga udang atau ayam..yer lah.aku tau ikan tenggiri tu mmg mahal.sb sedap kan.tp mcm melampau sgt lah..2 potong ikan tenggiri tu,harganya Rm7. Klu ayam sebelah, baru Rm6. X ke mahal ikan tu??!! Apa boleh buat..sebulan sekali boleh lah mkn ikan tenggiri tu..klu selalu,x ke kopak duit en.hubby?? Hehehehe..

Saturday, January 21, 2012

Siput Sedut!

siput sedut

yuuummmmmyyy!! sedapnya siput sedut masak lemak ni......ini adalah salah satu makanan kampung kegemaran aku.kdg2 bila tgk siput sedut ni,mcm pelik dan agak buruk jgk rupanya kan???? tp rasanya mmg sedap! dulu mmg aku x suka makan siput sedut ni.tp pernah sekali tu,jiran aku pernah bagi aku rasa. mula2 tu,aku mmg x pandai sedut! sampai nak tercekik aku dibuatnya sb siput tu termasuk tekak.hahahaha.
pastu bila kali ke dua aku makan,dah ok dah....hehehehe..

kalau dilihat pada rupanya,mmg sesetengah org geli nak makan siput ni kan??! betul lah! mmg ada org yg x makan..sb geli...hahaha..tu lah..jgn lah nk tgk luaran siput ni je..cuba rasa dulu,baru tau kesedapannya.kiranya kalau makanan tu nampak pelik,kita x akan makan la kan...abis tu,klu makanan tu dibalut cantik tp rasanya hampeh, x guna jgk kan.mcm sushi lah! dibalut cantik.tp bila rasa,mak aaiii kembang tekak aku nok!! sorilah,aku bkn lidah jepun.hahahaaha.aku hanyalah lidah org malaysia.mmmmuuuaaaahahahahaa....!!

x kisahlah...apa2 pun,siput sedut ni mmg sedap.dan ianya sesuai bila dimasak lemak kuning tu aje....mmg terbaiklah klu siput sedut ni dimasak oleh org yg pro bila masak lemak ni.

Thursday, January 19, 2012

Kelulusan Pinjaman Perumahan

Syukur Alhamdulillah...semalam dpt email dari HR bahagian pinjaman mengesahkan pinjaman perumahan kami telah pun diluluskan...ambil masa 7 hari juga lah...sebenarnya boleh lebih awal dari 7 hari tersebut. tetapi ada masalah sikit dgn rekod aku dan en.hubby...

so,aku sendiri pun x tahu apa kah proses selepas ni..semuanya lawyer yang urus kan..hopefully Pn.zainab tu bertindak lebih cepat lah.bukan apa,takut kena interest pula..kena bayar pada penjual tu lah...hati ni mmg rasa x sabar nk berpindah ke rumah baru...mmg otak ni dah fikir2 mcm mana nak deco rumah tu nnti...hehhee..mcm poyo plak.panggil Eric Leong bole x???hahahaha.

hurrmmm,aku begitu bersyukur kepada Illahi kerana memberi rezeki kepada kami...sape yg x mahu ada rumah sendirikan...ini lah orang kata kehidupan...bila dah kerja,akan kahwin..lepas tu anak...lps tu harta....Alhamdulillah lah kan...

semoga Allah permudahkan segala urusan kami...Insyaallah..Amin....

Wednesday, January 18, 2012

Dugaan buat Wardina Safiyyah

Assalammualaikum..

Agak lama jgk aku x update blog aku ni eh..almaklum lah.masa tidak begitu mengizinkan aku untuk menghadap lap top dgn lamanya.hehehe..jadi,pada masa ini,aku ada masa sikit je lah,utk update blog yg dh berabuk ni.hahaha..

Huurrmm,baru2 ni,dlm paper ada menyiarkan tentang rompakan yg berlaku di sebuah rumah seorg artis wanita yg cantik tu,iaitu wardina safiyyah..sgt simpati dgn apa yg jadi pd beliau..Alhamdulillah,tiada apa yg terjadi pada keluarganya..
Cumanya,aku tidak begitu mengerti,dgn fitnah yg dilemparkan pada beliau..yg mengatakan wardina membuat laporan palsu.Masyaallah..manusia jenis apakah itu yg sanggup melemparkan fitnah sebegitu berat.sudah lah rumah dia dirompak,sekarang,fitnah pula menyerang beliau..ini lah dikatakan manusia yg berhati kotor.sanggup kata apa saja untuk membuat org lain sedih..insaflah wahai manusia..

Cuma,aku bayangkan bagaimana jika apa yg berlaku pada wardina itu,jadi pada aku sendiri..Allahuakbar..kuatkah hati ini utk menghadapi dugaan itu??? Aku hanya dapat mengatakan supaya wardina bersabar dgn segala ujian yg Allah beri ini..setiap yg berlaku,ada hikmahnya..kepada pembuat fitnah itu,berhentilah.cucikan lah hati anda itu..fikirkan,jika perkara tersebut berlaku pd diri anda sendiri,atau keluarga anda??

Saturday, January 7, 2012

Duit aku tercicir!

aduyai...kejar masa punya pasal,RM150 aku hampir hilang!! Ya Allah...kenapa lah aku begitu careless! :(
aku ke JPPH Selayang utk ambil report valuation rumah yang aku beli tu....duit rm150 tu letak kat poket jeans aku sebelah kanan.mungkin aku masukkan duit tu tdk begitu dalam,jadi tercicir lah kan.....

jam dah menunjukkan pukul 12 tghari.lps parking je,aku terus berlari2 anak menuju ke pejabat JPPH tu...sebabnya ofis tu akan tutup pukul 12 suku kan.yer lah..hari ni kan hari jumaat....ok.bila sampai je tkt 2 tu,aku pun jumpa dgn cik izlin staff kat situ lah.bila dia tanya samaada aku ada bwk tak duit utk report tu,dan aku pun selok la poket jeans aku.tgk sebelah kanan x ada.sebelah kiri x ada.poket belakang pun x ada. alamak!! mana duit aku ni???!! aku pun ckp kat staff tu,tggu kjp.nak check kat kereta. berlari2 aku turun tangga.jantung dah berdebar2.ishhhh!! sakit betul hati aku.

bila dah sampai kereta.check semua pelusuk dlm kereta tu, x ada!!! waaaaaaaa!! mana duit ni....!! aku pun terus call mak.minta tlg mak cari kat depan pagar rumah dan sekitarnya...hurmmm...x ada...mak dah membebel2.lps tu tiba2 je ada sorg makcik cleaner ni tanya aku. "kenapa dik?? ada hilang duit eh....??" aku pun jwp la yer...bila dia tnya berapa yg aku hilang tu.aku pun jwp la rm150..terus makcik tu keluarkan rm150 tu dari poket dia....Alhamdulillah Ya Allah...makcik tu kata,duit tu berterbangan kat dpn pintu ofis tu...makcik tu kata,dia pun ambil je la...sambil2 tggu kalau2 ada yg tanya ke...kebetulan masa aku call mak aku tu,dan nada suara aku yg menggelabah tu,makcik tu pun agaknya dengar perbualan aku tu..dan terus tanya pada aku...

aku pun terus ucap terima kasih pd mak cik tu,berpuluh puluh kali.aku nk nangis dah tau!! klu 5 hinggit x per beb! ni SERATUS LIMA PULUH!! haahahhahaa..

terima kasih pada makcik cleaner tu..aku rasa klu org lain jumpa,mmg dah makan duit aku tu..mungkin makcik tu seorng yg baik hati dan jujur.klu tidak,xkan lah dia pulang kan pd aku kan!! kat KL ni susah nak cari org yg jujur tau! pencopek byk lah!

semua ni terjadi gara2 kecuaian aku dan kejar masa punya pasal! adeh!!

*kepada makcik tu,terima kasih byk2 saya ucapkan...hanya Allah s.w.t yg boleh membalas jasa dan kejujuran makcik terhadap saya...

Thursday, January 5, 2012

Musim Panas

Keadaan cuaca 4 hari ni mmg sangat panas.dan tidak turun hujan lansung..maknanya musim panas dah tiba.setelah musim hujan melanda pada bulan lps..tapi klu dok dlm ofis dr pagi sampai ptg,mmg x rasa lah panas kan..sb kan dok dlm aircond!huhuhu..tp bila dh blk umah,mmg terasa bahangnya..

kita digalakkan minum air putih sebanyak 8 gelas sehari..tp bila cuaca mcm ni,elok lah minum lebih dari 8 gelas.maybe dlm 12 gelas ke..aku hari ni je dh minum byk gelas.x tau lah berapa..huhuhu..sb nya tekak dh mula sakit.so,mmg tanda2 nak demam la tu kan...hari ni,selesema dan sakit tekak telah menyerang aku..rasa perit sgt..huhuhu..

Balik dari ofis tu,mmg bdn aku dah x larat lansung.sakit semua sendi2..so,en.hubby pun bwk lah aku pegi klinik pusrawi..doc kata aku mmg demam..lps jumpa doc tu je,tggu nombor giliran utk ambil ubat..tiba2 nurse tu kasi slip mc..aku pun hairan.sb dlm bilik doc td,aku x minta mc.dan doc pun x kata apa2 tentang mc..niat dihati mmg aku x nak ada mc di awal tahun ni..huhuhu..tp sebenarnya,aku dah apply cuti pun..nk uruskan hal pertukaran jabatan dan hal berkenaan rumah..tp dh demam mcm ni,larat ke nak keluar isok...hurmmmm..x per la..insyaallah lps mkn ubat ni,keadaan akau akan lebih baik kot... :)

So,pada u ooolllsss..musim panas cm ni,baiklah minum air putih byk2 k...utk kesihatan anda jgk... :D

Sunday, January 1, 2012

Good Bye 2011, Welcome 2012!

Assalammualaikum semua!

Wah.wah..hari 1.1.12 kan! Sekejap sgt masa berlalu.haish!dan aku tak mahu ketinggalan utk menghapdate blog pada tahun baru ni lah...hehehehe.so,malam ni mesti ramai yg keluar town utk celebrate new year kan..emmm,aku? X lah..tgk bunga api kat tv jew.. Klu zaman muda remaja dulu,selalu lah keluar dgn kwn2 tgk firework..

apa agaknya kenangan manis korang pd tahun 2011 ??aku dah tentu lah kenangan paling manis iaitu melahirkan nur qistina miasara...Alhamdulillah..sekarang pun,qis dah 7 bulan lebih..tp belom pandai merangkak lg. :)

Setiap org mesti ada kenangan manis dan pahit kan..cumanya,semua perkara yg terjadi pd thn 2011 tu,yg pahit2 tu,kita jadikan iktibar pd diri kita.insyaallah..segala kelemahan yg ada tu,kita perbaiki..yg mana yg kekuatan pd kita pula,kita kekalkan...

So,azam baru korang?? Mesti lah list bebanyak kan??hehehe.. Untuk aku,azam utk thn 2012 ni,ialah untuk menjadi seorang isteri dan ibu yg lebih,lebih dab lebih baik lagi! Insyaallah..mudah-mudahan tercapai azam itu..

Insyaallah,pd tahun 2012 ni,urusan untuk jual beli rumah kami,akan selesai.. Dan mudah-mudahan dpt pindah ke rumah baru sebelum tgh tahun. Insyaallah..doa sgt agar Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amin..

Kepada you all,aku mengucapkan selamat tahun baru 2012.kepada sesiapa yg diijab kabul kan hari ni,selamat pengantin baru.. :) dan semoga azam baru korang semua tercapai. Insyaallah.. :D