Assalammualaikum.
Ok.. entry ni masih lagi mengisahkan tentang penyakit aku iaitu endometriosis. Tapi kali ni, aku nak share tentang lucrin. Mana yang tak tahu apa tu lucrin , meh aku terangkan..
Lucrin ni adalah sejenis ubat untuk rawatan endometriosis. Ia adalah utk berhenti kan period. Selain Lucrin, Danazol juga salah satu ubat utk memberhentikan period.. So, bila period tak ada, cyst tu tak akan membesar. Cyst ni, pemangkin dia adalah darah period. Bila tak ada period, tak adalah darah dan tisu tu berkumpul. Aku dah ambil lucrin ni, dah 3 kali sesi. Tahun 2010, tahun 2013 dan tahun 2014. Maksimum hanya 6 bulan utk ambil injection lucrin ni.. lepas tu kalau nak ambil lagi, perlu tunggu 6 bulan selepas itu... tahun 2010 dan 2013, doktor beri aku lucrin 3.75mg , kalau tak silap aku.. dose yang ini akan diberi sebulan sekali. Jadinya, setiap bulan aku akan berjumpa doktor Siti utk diberi injection.
Tahun lepas iaitu selepas operation cyst, aku diberi Lucrin 11.75mg utk terus stop kan period selama 3 bulan. Operation aku pada 21 Ogos 2014. Lepas 2 minggu baru doktor bagi injection tu.. tapi minggu depannya, period aku datang... so, ubat tu akan mengambil masa 3 minggu utk proses.. oleh itu, bulan October baru lah period aku tak datang...
Banyak kesan nya bila ambil lucrin ni.. salah satu, aku rasa hot flashes yg sgt kuat. Dalam sebulan dua bulan rasa hot flashes tu sgt lah mengganggu. Kalau time musim panas, lagi berganda rasa peluh. Bulan October hujung dan November kan musim hujan lebat. Even hujan pun, still ada rasa hot flashes tu ok... lepas tu, kesan seterusnya ialah emosi tak terkawal. Kalau rasa nak marah tu, mmg nak marah jer.. kesian Yaya kdg2 kena marah dgn aku.. huhu.. tapi emosi tak stabil ni, bole dikawal... yang tak terkawal tu, mmg hot flashes tu je laa..
Kalau doktor bagi Danazzol, kesan yang paling ketara ialah bedan badan akan naik mendadak. Itu kesan klu ambil Danazzol. Tapi lucrin so far, Alhamdulillah berat badan maintain. Kecuali lah klu makan korang tak jaga.. mmg lah naik kan!
Nak tahu tak bila period aku datang semula? Adakah betul2 tiga bulan?? Ok.. sy akan share utk next entry ok!!
everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....
About Me
Thursday, March 26, 2015
Lucrin Depot 11.75mg
Location:
Batu Caves, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment