everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, March 30, 2015

Miss P datang selepas 179 hari kerana Lucrin 11.75mg

Assalammualaikum.

Hai hai hai...

Hehe.. seperti yang dijanjikan.. entry ni adalah utk share bila kawan baik iaitu Miss P datang selepas injection lucrin... hehehe.

Merujuk kepada previous entry, lucrin 11.75mg ni akan stop kan 3 bulan terus period kan? Walaubagaimanapun, period aku stop bukanlah 120 hari iaitu bersamaan 3 bulan.. tapi period aku stop sehingga 179 hari!! Kalau tambah 1 hari iaitu 180 hari, memang cukup-cukup 6 bulan lah period aku tak datang. Huhu..

Memang pada mulanya, doktor nak suruh amaku ambil lucrin yang tiap tiap bulan tu.. untuk 6 bulan. Tapi aku yang tak nak.. sebab tak tahan akan kesan ubat Lucrin tu.. so, Dr . Siti buat keputusan utk beri aku lucrin 11.75mg utk stop period 3 bulan terus.. aku pun ok jer...

2 bulan lepas injection lucrin tu, aku ada follow up dengan Dr. Siti lagi.. just check up biasa. Dr. Siti tgk luka perut aku.. dan doktor bagi krim Dermatix utk hilangkan parut tu... aku tak pakai pun. Huhuhu. Sebabnya kdg2 tu terlupa. Pagi2 nak pakai mmg tak sempat mengejar masa kan.. banyak benor alasan aku ni haa.. kalau dah malas tu, cakap je laaaa... hehe.

Ok berbalik cerita td. Masa check up tu, Dr. Siti kata, yang period aku akan datang pada awal bulan February 2015. Hasil pengiraan aku pula,  kalau 3 bulan, maknanya, period aku akan datang pada bulan January 2015. Lebih kurang pertengahan bulan lah mcm tu... tapi,  tunggu punya tunggu,  period tak datang-datang. Aku mula lah risau. Eh. Mengandung kah aku?? Haha. Buat pengetahuan korang,  lucrin ni bukan ubat utk cegah kehamilan ok. Memang boleh je pregnant. Tapi mmg tak digalakkan pregnant masa ambil rawatan lucrin ni. Sebabnya aku kurang pasti..

Bulan February tak datang lagi.. sampai hujung bulan pun tak datang-datang. Buat upt test, mmg negative.. so, aku pun tunggu je laaa..  tapi ada satu hari tu, awal bulan Mac hari tu, kepala aku sakit sangat sangat. Migraine attack. Tapi aku tau, kalau aku sakit kepala tu, mmg maksudnya period aku akan datang tak lama lagi.. perut pun dah rasa cramp je.. rasa cramp tu seminggu sebelum miss p datang.

Pada 14 Mac 2015, miss p aku pun datang... dan period pain mmg ada... hurmm.. senggugut ni mmg payah benor nak hilangnya. Tapi aku tak makan pain killer pun.. aku just tuam je perut aku dgn tungku bantal moden tu.. Alhamdulillah,  darah ketul2 keluar. Macam hati ayam darah ketul tu...

Salah satu sebabnya ialah aku pakai sanitary pad avail.. ada masa nanti aku share pasal pad ni ok...

Terima kasib kerana sudi baca entry den ni yer... sharing is caring ok!!

Thursday, March 26, 2015

Lucrin Depot 11.75mg

Assalammualaikum.

Ok.. entry ni masih lagi mengisahkan tentang penyakit aku iaitu endometriosis. Tapi kali ni, aku nak share tentang lucrin. Mana yang tak tahu apa tu lucrin , meh aku terangkan..

Lucrin ni adalah sejenis ubat untuk rawatan endometriosis. Ia adalah utk berhenti kan period. Selain Lucrin, Danazol juga salah satu ubat utk memberhentikan period.. So, bila period tak ada, cyst tu tak akan membesar. Cyst ni, pemangkin dia adalah darah period. Bila tak ada period, tak adalah darah dan tisu tu berkumpul. Aku dah ambil lucrin ni, dah 3 kali sesi. Tahun 2010, tahun 2013 dan tahun 2014. Maksimum hanya 6 bulan utk ambil injection lucrin ni.. lepas tu kalau nak ambil lagi, perlu tunggu 6 bulan selepas itu... tahun 2010 dan 2013, doktor beri aku lucrin 3.75mg , kalau tak silap aku.. dose yang ini akan diberi sebulan sekali. Jadinya, setiap bulan aku akan berjumpa doktor Siti utk diberi injection.

Tahun lepas iaitu selepas operation cyst,  aku diberi Lucrin 11.75mg utk terus stop kan period selama 3 bulan. Operation aku pada 21 Ogos 2014. Lepas 2 minggu baru doktor bagi injection tu.. tapi minggu depannya, period aku datang... so, ubat tu akan mengambil masa 3 minggu utk proses.. oleh itu, bulan October baru lah period aku tak datang...

Banyak kesan nya bila ambil lucrin ni.. salah satu, aku rasa hot flashes yg sgt kuat. Dalam sebulan dua bulan rasa hot flashes tu sgt lah mengganggu. Kalau time musim panas, lagi berganda rasa peluh. Bulan October hujung dan November kan musim hujan lebat. Even hujan pun, still ada rasa hot flashes tu ok... lepas tu, kesan seterusnya ialah emosi tak terkawal. Kalau rasa nak marah tu, mmg nak marah jer.. kesian Yaya kdg2 kena marah dgn aku.. huhu.. tapi emosi tak stabil ni, bole dikawal... yang tak terkawal tu, mmg hot flashes tu je laa..

Kalau doktor bagi Danazzol, kesan yang paling ketara ialah bedan badan akan naik mendadak. Itu kesan klu ambil Danazzol. Tapi lucrin so far, Alhamdulillah berat badan maintain. Kecuali lah klu makan korang tak jaga.. mmg lah naik kan!

Nak tahu tak bila period aku datang semula? Adakah betul2 tiga bulan?? Ok.. sy akan share utk next entry ok!!


Monday, March 23, 2015

Miss P datang selepas 28 hari

Assalammualaikum..

Alhamdulillah dapat juga aku nak post entry yang dah lama tertangguh akibat terlalu busy dengan tugas. Al maklum lah, byk tanggungjwp nak kena pikul... dgn kerja lg.... tggujwp isteri.. tggungjwb sbgai ibu... dan tggungjwp sbgi pelajar... bersarang sudah blog aku ni... mesti silent reader aku rasa sunyi sebab tak ada entry selama 5 bulan ni kan... hehehehe...

So... aku just nak share bahawa period aku datang selepas 28 hari lepas operate cyst pada 21 Ogos 2014. Sepatutnya,  doktor bagi injection Lucrin selepas saja operate tu.. tapi doktor kata, tak perlu rushing. Doktor akan bg injection tu selepas 3 minggu. Doktor tak nak aku rasa suffer disebabkan kesan Lucrin tu... nanti aku share kesan apa yang aku rasa lepas amik Lucrin tu ok...

Expected period aku pada next month tu adalah pada 16 September 2014. So, next follow up aku dgn Dr. Siti adalah pada 8 September 2014. Masa follow up tu juga lah, aku akan diberi Lucrin 11.75mg. Dose ini agak tinggi kerana 11.75mg adalah utk 3 bulan period stop. Jadi, ikutkan next week nya period aku patutnya datang lah kan... aku tnya Dr. Siti, adakah period aku akan dtg? Sebab expected period sy next week? Then, Dr. Siti kata, yes.. period awak akan dtg. Bulan October baru period awak tak dtg...

Tibalah 16 hb tu.. period aku pun dtg.. dan period pain masih ada. Sakit lah haaii.. memang sakit. Aku pun, hairan. Kenapa masih
sakit wlpun, cyst dah tak ada?? tapi sakit tu, ada lah beza nya sebelum cyst tu di buang. Masa ada cyst tu, sakit sampai tak boleh berjalan lansung. Makan pain killer pun tak jalan. Tapi period kali ni, aku telan jgk pain killer celebrex 200mg. Alhamdulillah mmg sakit tu hilang. Dr. Siti yang suruh amik pain killer yg dose rendah. Ikutkan hati, mmg aku dah tak mau telan pain killer atau apa2 ubat lagi utk tahan sakit ni. Tapi,  apa kan daya... mmg aku tak tahan sakit.. huhu.

Alhamdulillah. Period flow aku cantik. Byk darah keluar. Dan 8 hari baru clear. Sblm ni, hari ke 4 dah clear. Kira hari ke 5 aku dah boleh mandi wajib. Tapi period kali ni, rasa happy darah tu byk. ye lah kan.. sebelum ni, cyst tu makan. Tu yg darah period skit je keluar..

Lepas 2 minggu period, baru lah kesan ubat Lucrin tu jalan.. macam mana aku tau? Ok.. first, no white egg keluar dari miss v. Maksudnya,  ovulation tak berlaku. Lendir putih jernih tu kan tanda kita tgh subur. Jadi, lucrin tu mmg menyebabkan time subur tu tak ada.. kiranya, lucrin tu proses dlm body selepas 3 minggu..

Ok.. Insyaallah akan ku share lagi entry berkaitan dgn cyst, lucrin dan lain2 .. ;)