Assalammualaikum.
Sihat ke semua?? aiceh. 'semua' tu mcm ramai sgt followers pulak kan. hehehe.
Actually, dah lama aku nak share tentang supplement yang aku amalkan lepas buang cyst hari tu.. Lepas je operate hari tu, aku masih blur dan tak pasti supplement apa yang aku perlu ambil. Aku risau sebab takut cyst tu akan kembali. cuma nya aku, tidak lah terlalu terdesak sgt utk cari supplement sebabnya, period aku kan diberhentikan selepas operate tu... Tapi, aku tetap nak jugak makan something utk pulihkan dalaman aku.
Ok... Apa yg aku amalkan ialah :
- Perahan Lemon dan Sesudu Madu.
Perahan lemon ni akan aku minum 3 kali sehari. Waktu pagi sebelum pergi ke office, blk dari office dan waktu malam sedang bersantai tgk tv... macam mana aku tergerak nak minum air lemon ni?? ianya hasil dari blogwalking. aku ada terbaca beberapa entry dari beberapa blog bercerita ttg kebaikan air lemon ni.. ada satu blog tu kata, sesiapa yang ada cyst bersaiz kecil, cuba amalkan air lemon. insyaallah cyst akan mengecil. cubalah! klu tak cuba, mana nak tau kan. Lemon juga antikanser tau...
Lemon ni, aku akan potong jadikan 3 slice. masa nak minum, aku akan akan terus perah. sebab, aku pernah rendam semalaman. tapi, bila minum, Ya Allah.. Pahitnya! so, aku tak de lah nak rendam lagi. bila nak minum je, aku terus perah.
2. Madu
Banyak kebaikan madu ni.. aku rasa rata-rata dah tau apa kebaikan madu. Dr Siti yang suruh aku amalkan madu. masa tu ada check up kali pertama lps operate. Dr Siti kata, madu ada terkandung dalam Al-Quran. Jadi, percaya dgn makanan sunnah. So, balik je, aku terus minum madu. kat rumah ada je madu aku beli. sebenarnya madu tu utk yaya. sebab yaya selalu sgt batuk. tapi, jarang-jarang juga aku bg pada yaya. sebab dia tak nak! aissh! so, aku pun sambung minum. jenama madu yang aku beli ni ialah Giant B. Madu Propolis. salah satu kebaikan madu propolis ni, ia mengelakkan ketumbuhan berlaku. seperti cancer.. byk lagi kebaikkan nya. anda boleh google lah yer.. Madu ni aku akan amalkan bersama perahan lemon. dan pada waktu pagi sahaja. satu sudu sahaja ok. aku campur madu propolis dan madu royal keluaran Giant B juga. Madu Royal sgt baik utk dalam wanita tau... aku rasa serasi dgn madu Giant B ni. so, aku campur kedua-dua madu ni dan minum dgn perahan lemon..emmm. sedapnya!! Sebelum minum tu bacalah selawat ok... ;)
Kesan yang aku rasa yg sgt ketara ialah, aku tidak lagi sakit pinggang dan rasa bertenaga. aku selalu sgt sakit pinggang. sebab kat office asyik duduk je kan. tp, lepas consume madu ni, Alhadulillah pinggang dah tak sakit dah.
3. Jus Delima Gulsan
Ok.. supplement yang ketiga ialah jus pati delima. sebelum ni aku ada buat entry ttg jus delima ni kan. aku akan minum jus ni, selepas makan malam. seelok-eloknya, makanan sunnah elok diambil waktu sebelum makan atau perut kosong. tp kalau org ada gastrik, jus delima ni eloklah ambil selepas makan. Alhamdulillah, gastrik aku dah tak ada sejak amalkan jus ni...
4. Uniquen By Mawi & Ekin
Yang keempat pula aku amalkan multijuice uniquen produk mawi dan ekin tu. actually, jus ni, aku baru amalkan tak sampai sebulan lagi. sebabnya, testimoni kawan office aku, katanya, senggugut dia dah hilang lepas amalkan jus ni. kandungan dalam jus ni, semunya makanan sunnah. ada air zam-zam.. ada hasbastussauda dan lain-lain. aku akan ambil jus ni sebelum makan malam. waktu perut kosong. aku akan baca selawat dan doa semoga disembuhkan penyakit...
5. Vitaman B-Complex Shaklee
|
Ehsan Google |
Vitamin B Comp ni dah masuk 3 tahun aku ambil. Vitamin b mmg bagus utk saraf. lagi pun, vitamin b shaklee ni ada Folic Acid. 2 in 1 gitu. aku akan ambil sebijik selepas breakfast.
6. Vitamin C Shaklee
|
Ehsan Google |
Ok.. ni vitamin yg terakhir aku amalkan ialah vitamin C shaklee. boleh Google lah ye kebaikan vitamin c ni. vita c shaklee ni pun dah hampir 3 tahun aku amalkan nya.. sama mcm vita b td, aku akan ambil selepas sahaja breakfast.. so far, kesan yg aku rasa ialah hitam bawah mata dah tak ada... vita c sgt baik utk kulit. kulit aku pun dah makin cerah sekarang ni. hehehe. ;)
So.... ini lah 6 supplement yg aku amalkan. mungkin nampak mcm byk, tapi x ada lah byk sgt pun. perasan kan yg aku byk memilih supplement dari makanan Sunnah Nabi. Sebelum ni, tak ada rasa pun nak try makanan sunna ni. asyik nak percayakan yg moden-moden je.. tapi hasil bacaan blog-blog org, aku jadi yakin dgn makanan sunnah ni. Insyaallah.. kita hanya mencuba, yg lain tu berserah kepada Allah.. kan Allah suruh hambaNya berusaha.. lepas ni, aku pun ada mcm nak try susu kambing. susu kambing pun adalah susu terbaik selepas susu ibu. tapi.. takut juga nak try.. sb takut bau hamis kuat sgt. huhuhu.
haaa...kalau dah ambil mcm2 supplement ni, jgn lupa lah minum air masak byk-byk ok.. mcm madu tu panas. kenalah minum byk air... aku ni mmg hantu air. sehari mesti 3 liter air aku minum.
Next check up nanti, doktor mesti scan perut aku. nak tgk sama ada cyst kembali lagi atau tidak... sebab aku dah period 2 kali ni. adoi.. risau nya aku. harap2 hasil dari supplement di atas ni, cyst tu tak ada lagi lah.. Amin.
Harap entry ni memberi manfaat kepada pembaca semua. Insyaallah. ;)