Assalammualaikum semua.... Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni.. Hati sebenarnya mmg meronta-ronta nak share cerita kat blog ni... tapi... masa mmg sangat terhad nak buat. Syukur Alhamdulillah kita semua dah jejak ke tahun 2014. Tahun yg agak mencabar apabila harga barang semuanya naik!! Dan jika tinggal di bandar dgn gaji bawah 3K adalah diiktiraf sebagai 'MISKIN BANDAR' ... MasyaAllah... apa nak jadi dgn dunia hari ini...
Ok2.. Tujuan aku update blog hari ni ialah nak share tentang penyakit SETIA ku iaitu, Endometriosis. Sejak 8 tahun yg lalu aku dapat tahu yg di dalam perut aku ada Cyst yg sedang aktif dan Cyst itu juga menyebabkan aku sakit perut yg teramat sgt bila datang bulan. Mmg aku ni jenis senggugut bila period sejak zaman sekolah lagi. tapi sebelum tu mmg pernah scan, tetapi tiada Cyst. Tahun 2007 baru Cyst ni timbul. Semua dgn kuasa Allah..
Sejak tahun 2007 tu lah aku buat treatment utk Cyst aku ni. Bukan buat apa pun... Doktor just bagi ubat saja. Nama ubat tu Duphaston. Dan buat pengatuhuan semua, aku mmg tidak pernah makan sebiji pun ubat yg doktor bagi tu. Sebab aku baca pd Interaction dlm kotak ubat tu, akan ada side effects dan ianya common iaitu Sakit kepala/Migrain. Aku klu migrain attack, mmg lansung tidak boleh buat kerja. kena tidur berhari2. So, aku tak nak ambil risiko.. Tak ada lah nak makan ubat tu!!
Ini lah ubat Duphaston. Klu nak tau lebih lanjut mengenai ubat ni, sila Google yer... |
Ok... pada satu malam bulan March 2013, aku tiba2 rasa sakit perut mcm senggugut tapi masa tu aku tak period. Oleh itu aku buat keputusan utk pergi ke klinik berdekatan rumah ini utk scan. Takut juga klu sakit perut tu sebabkan Cyst. Bila doktor scan tu, tgk saiz Cyst tu dah besar sebanyak 7cm(sebelah kiri) dan 4cm(sebelah kanan). Ya Allah... sebelum ni, Cyst aku tu tak pernah besar lebih 5cm. So, selepas tu, aku buat keputusan utk buat appointment dgn doktor pakar di KPJ Tawakal yg mmg doktor yg monitor Cyst aku. Sebelum ini kira hampir setahun aku tidak berjumpa dgn beliau. Kerana fikirkan tiada apa yg akan berlaku pd Cyst aku ni. Tapi aku silap!! Cyst membesar sehingga 7cm selama setahun! Ya Allah... Masa tu mmg panik dan mmg dlm fikiran, dah terfikir yg aku akan kena operation.
Pada hujung bln March 2013 tu, aku berjumpa dgn Dr Siti di Tawakal. Dan masa tu doktor dah ckp, aku kena operate. Aku pun tanya pada doktor, ada solution lain tak selain operate. Aku baru kena operate awal tahun tu.. sebab Tonsil. So, klu boleh aku tak nak operate lg utk thn yg sama... Mmg akan menjejaskan prestasi kerja aku. So, doktor kata, ada cara lain... Iaitu stop kan period aku selama 6 bulan. So, bila tak ada period, Cyst tak akan membesar dan mmg akan kecil. Doktor bagi aku injection Lucrin. Injection utk tidak datang period. Ini sesi kedua aku ambil injection tu. sebelum ni, aku ambil pd tahun 2009. Time tu sebelum kahwin. Lps habis je sesi pertama tu, Cyst mengecut sehingga 2cm daripada 5cm. Dan alhamdulillah, selepas 4 bulan mendirikan rumah tangga, aku disahkan mengandung. Selepas bersalinkan Qistina, 6 bln aku tidak datang period. Mungkin sebab aku Breastfeed Qistina. Tp lps period dtg, tu yg Cyst aktif semula....
Ini lah ubat Lucrin tu.. Ehsan dari Google. |
Sambung cerita tadi... Sesi kedua aku ambil injection ni, adalah daripada bln April hingga Ogos. 5 kali injection selama 5 bulan. Dan jangkaan doktor aku akan period pd bln September atau Oktober. Pada bln Oktober 2013 tu, aku jumpa Dr Siti. Dan bila doktor scan, Cyst aku tinggal 1 biji, sebesar 2.8cm. Alhamdulillah. Masa tu lega rasanya. Dan doktor nasihatkan aku supaya mengandung. So, now dah 3 cycle aku dtg period... dan tak mengandung.. belum ada rezeki... atau pun sebenarnya aku dan husband tidak berusaha keras utk buat aku pregnant. Klu bersama bukan waktu subur mmg percentage utk pergnant tu kurang kan..... Semalam jumpa Dr Siti lg dan bila scan, Cyst membesar semula dan beranak lg 1 biji!. Ya Allah... Baru 3 kali period, Cyst besar dgn sekejap saje... Hurrm....
Dr Siti hanya bagi ubat Duphaston utk 3 cycle dan Clomid utk 2 cycle supaya aku pregnant...
Ni lah Cyst tu... Yg bulat hitam sebelah ats tu, ialah rahim. Hitam bulat bwh sebelah kiri dan bwh kanan tu lah Cyst... Mmg sebelah kiri tu yg besar. Sebelum2 ni, mmg sebelah kiri yg sgt degil. |
Ubat Clomid |
Clomid |
Sekarang aku berusaha, doa dan bertawakal kepada Allah supaya penyakit ni sembuh... dan harap aku dapat pregnant. Ye lah.. Qistina pun dah 3 tahun... So, mmg boleh lah merancang untuk pregnant...
Kepada kwn2 yg ada penyakit Cyst yg aktif mcm aku ni, jgn lah ambil mudah. Cuba lah cari apa-apa supplement yg boleh hilang kan Cyst ni. Klu tanya aku, samaada aku tidak ambil sebarang supplement ke... dan jawapan aku, dah mcm2 supplement aku ambil. GLA Shaklee salah satu.. tapi nampaknya aku tidak serasi. Cyst tidak menunjukkan perubahan. Dan sekarang ini, aku nak cuba homopati dan Jus Royal Shifa keluaran brand Dihatiku. Oleh Ustaz Khairuddin. Nanti aku akan update tentang air royal shifa ni ok....
No comments:
Post a Comment