everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Saturday, January 18, 2014

Jus Royal Syifa Utk Cyst

Assalammualaikum....

Selamat bercuti kpd yg bercuti.... Entry hari ni, aku nak share tentang jus Royal Syifa yg boleh kecutkan cyst.

Aku tahu tentang produk ni adalah daripada kakak aku. kakak aku pernah tgk rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. Dan salah satu slot dlm rancangan tu ialah tentang produk2 Dihatiku Marketing. Kakak aku bgtau yg ada satu produk Dihatiku ni boleh kecutkan cyst. Tapi dia tak tahu apa nama produk tu.. Jenuh juga aku nak Google. Usaha penat meng Google, aku terjumpa satu page ni dan menjual produk keluaran Dihatiku. Aku dapat je akaun dia di FB, terus aku pm. Mulanya aku tanya, ada ke produk utk kecutkan cyst?? sebab ada diberitahu di dlm rancangan TV Al-Hijrah... Lepas tu, dia tidak begitu pasti, dan berkata yg akan diberitahu kpd saya..

Tidak lama selepas tu, dia memberitahu bahawa produk utk cyst tu ialah Royal Syifa. Harga nya ialah RM200. Aku pun beli pada dia secara online. Lebih kurang pd 24 Feb 2013, produk tu sampai ke rumah. Aku pun mengikut arahan bagaimana cara pengambilannya. 2 sudu besar pagi dan 2 sudu besar malam. Masa ni, cyst aku sebesar 7cm dan 4cm. Pada 3 April 2013 aku ada check up dgn pakar sakit puan di Tawakal Hospital.  So, lebih kurang sebulan aku consume Royal Syifa ni. On that day, doctor scan, dan kelihatan cyst aku mengecut sebanyak 1cm. Doctor tanya pada aku, ada ambil ubat apa2 ke? dan aku beri tahu lah yg aku ambil air dari ustaz. huhuhu... aku tak mahu bgtau yg aku consume Royal Syifa ni.. bkn apa... sebab kdg2 ada jenis doctor yg tak percaya ubat2 atau supplement luar ni. ada jenis doctor yg menentang habis-habisan. tapi... bila aku bgtau kat doctor ni, dia kata Alhamdulillah.... Dia kata good good...

Kalau korg nak tahu, aku minum jus Royal Syifa ni tak consistent.. kejap minum, kejap tak.. sb kdg2 tu terlupa.. tapi yg amazing nya, boleh kecut 1cm. Alhamdulillah. Kuasa Allah....Lps habis satu botol tu, aku tak repeat order. sebab bajet lari... huhuhu... nak tgk mcm mana rupa Royal Syifa tu??

Ehsan dari Google

About cyst ni, aku ada terbaca kat page Dr Hamid Arshat. Beliau kata, yg cyst ni juga disebabkan gangguan jin dan syaitan. Waallahualam... Sebelum ni, anak buah aku yg belajar di sekolah pondok di Kelantan ada bgtau yg senggugut setiap bulan tu, sebenarnya ada gangguan jin dalam rahim. Tapi aku tak percaya. Bkn tak percaya pd benda2 mistik ni.. entah. aku sendiri tak tahu kenapa aku tak percaya. tapi... bila aku terbaca post dari Dr Hamid Arshat tu, aku mula percaya. Dan bila aku fikir2kan blk, masa aku consume Royal Syifa ni, cyst boleh mengecut ia mungkin kerana ada bacaan doa dari Ustaz Datuk Dr Khairuddin tu... Sewaktu kita tgh period, sememangnya kita tak boleh solat dan mengaji kan... dan dah tentu jin dan syaitan lebih suka dekati kita kan... Dr Hamid Arshat siap bgtau lagi, klu sedang period, bykkan zikir.. Korang boleh tgk di page Dr Hamid Arshat di FB tu sendiri utk lihat cyst yg ada rambut,. Subahanallah.. sumpah aku takut tgk rupa cyst tu. Beberapa malam aku tak boleh tidur terfikirkan cyst aku ni.. 

Pernah aku terdengar satu ceramah oleh ustaz. tapi aku tak ingat ustaz apa.. bahawa sakit cancer tu pun adalah penyakit jin dan syaitan. Sb tu klu korang pernah tgk rancangan kat astro oasis tu, ada tunjuk perubatan di Darul Syifa iaitu perubatan secara islam. Dan ada diantara nya pesakit yg sembuh kan.. Semua ialah kuasa Allah Taala... 

Sekarang ni, nak tunggu gaji akan datang utk aku beli Royal Syifa ni.. Satu lagi aku nak beli air penawar Za'fraan. 

Ehsan dari Google

Mudah2an penyakit cyst aku ni mengecutlah... Klu tgk kandungan Royal Syifa tu, ada Habbatussawda. Di dalam Al-Quran juga ada sebut tentang Habbatusawda ni.. Insyallah... kita percaya dgn kuasa Allah. Aku insan terpilih diberi ujian penyakit. Aku tidak akan berputus asa dan terus berusaha dan tawakal kpd Allah..

Tuesday, January 14, 2014

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa

Assalammualaikum....

Hai uuollss... Mentang2 lah cuti panjang... Keje I update blog saja lah yer.... hehehe... Sementara masa tengah free ni kan.... 

Ok! Entry kali ni, aku nak cerita sedikit pengalaman bercuti di Golden Palm Tree yang terletak di Sepang. Macam mana aku tahu tempat ni, ialah daripada gambar kwn2 FB yg telah post gambar2 meraka bercuti di situ. Hati mmg sangat tertarik dgn tempat tu. Bila Google saja, akan keluar gambar seperti ini >>>


Plam Tree.
Ehsan dari Google
Ohh... bila tgk je gambar ni, rasa hati tu nak jejak sgt tempat ni. Kenapa cantik sgt ni?? :)) Cantik kan uuoolss?? So... Pada bln Disember 2013 aku pun book villa ni di website Sepang Gold Coast ni.. www.sepang-goldcoast.com. Masa ni, ada duit lebih, so boleh lah pergi kan... Kira sebulan sebelum aku book villa ni. Dan price yg aku dapat ialah RM516 utk 2 hari, 1 malam. Harga asal ialah RM1000++. Tapi aku hanya ambil villa yg basic iaitu utk aku, husband and Qistina. Actually, mmg ada villa yg mempunyai 2 bilik dan 3 bilik. Tapi, klu nak pergi berkeluarga ok la... But the price is RM1300++ utk 1 mlm dan mempunyai 2 bilik. Klu 3 bilik pula, RM2000++ utk  1 mlm sahaja! Gila kan???!!! 

So, aku book pada tarikh 11 Januari 2014 dan check out 12 Januari 2014. Cukup lah 1 malam saja... itu saja yg mampu.. hehehe... 

11 Januari 2014, jam 2.50pm - Kami sampai dan check in. Mmg masa utk check in, pada jam 3 ptg yer... So, aku pergi ke reception counter tersebut dan beri slip confirmation book tu pd staff di situ. Ok... Aku nak bagi 5 bintang pada staff yg attend aku tu. Sebab mmg friendly dan service mmg tip top. Kena lah dgn harga kan.. Sementara aku tunggu check in tersebut selesai aku diberi  welcome drink oleh staff di situ. Wah... best kan... selama aku pergi ke hotel-hotel lain, mmg tak pernah dpt lah welcome drink ni.I ni pertama kali. So... rasa best la beb! :)

Model air oren?? ;p
Gambar dari depan Lobby

Dalam 10 minit, baru lah selesai urusan check in. So dapat lah kunci pintu. tapi ia bkn kunci.. tapi kad dan scan sahaja utk buka pintu villa tu nanti. 
Untuk pergi ke villa tu, ada kenderaaan disediakan. Iaitu buggy car. Ia bertujuan utk membawa guest dan beg-beg guest tu ke villa. Sebab jarak dari lobi ke villa, agak jauh.. tak ada lah jauh sgt.. tapi penat lah klu jln kaki. hehehe..


Gambar di atas ni, adalah staff yg tlg bwk guest ke villa masing2. Ok. Nak bg 5 bintang juga kat abang ni, sebab service tip top. Abang ni siap hantar sampai ke bilik dan terangkan segala2 nya pada kami. Arah kiblat pun dia tunjukkan. sebab tanda kiblat kat bilik aku tu, tetiba tak ada pula... 

Ada 2 tingkat.. bilik kami yg atas. bernombor 014. 

My Qistina teruja!
Jam masa tu menunjukkan baru jam 3.30pm. Cuaca di luar pun, mmg hangat. sebab baru lepas hujan. Matahari dah keluar.. so agak panas klu nak lakukan aktiviti. Kami hanya lepak2 di dalam bilik dan bergambar. 

Hai abang. Boleh kenal?? ;p
Three of us.
Bila hari dah petang kami pun keluar.. Dan naik buggy car tu, utk jalan2 dan pusing2 kawasan situ. Lepas tu, kami pun ambil basikal utk cuci mata, Buat pengetahuan semua, basikal tu free dan konsepnya ialah first come first serve. klu korang parking basikal dpn bilik korang, lps tu tetiba hilang, itu tidak menjadi kesalahan. Tiada istilah mencuri ok. Sb basikal tu bkn korang punya! hehehe.. Staff kat situ kata ada lebih kurang 200 buah basikal disediakan. Tapi seronok sgt jalan2 naik basikal. Menghirup udara segar.. Disamping itu boleh membakar kalori. ;p

Model basikal kah?? ;p

En husband dan My Lil Qistina
Basikal yg ada seat utk baby tu, tak banyak... ada lebih kurang 2 buah saja. Nasib kami baik saja dpt basikal ni... hehehe.. 

Lepas aktiviti berbasikal, kami pun tukar pakaian utk pergi ke laut dan mandi. aku tak mandi ok... tukang tangkap gambar dan tukang jaga barang saja. ;p

Pantai Gold Coast
Tapi my husband kata, air kotor.. tak sesuai nak mandi. So, hubby bwk qistina naik dan mandi ke kolam buatan. Nak wat mcm mana.. Si Qistina ni, asyik nak mandi kolam je... So, ikutkan saja....


Kolam buatan ni, terletak di depan pantai. Berdekatan dgn kolam tu, ada disediakan booth utk buat lukisan batik dan pakai inai. 

Sebelum maghrib kami pulang ke bilik.. Dan lepas solat maghrib, kami siap sedia utk dinner pula.. actually, ada beberapa restoran disediakan di situ. Aku dan husband pun pergi lah ke salah satu restoran. Nama nya Sepoi Sepoi. Bila masuk sahaja restoran tu, nampak semua mat saleh dan minah saleh saja. Tak nampak pula aku orang melayu di situ. kami pun duduk di bahagian luar restoran tersebut. dan harga utk buffet satu kepala ialah RM75. Terkejut mak nok! Tetiba hujan turun. Fuuhh nasib baik lah... Kami pun terus bgn dan bla dari situ. Bebb.... makan malam dgn harga tu mmg tak berbaloi kot. aku dah la makan sikit. en husband pun makan sikit. So kami pun decided utk cari makan di luar saja. 

Mmg ada kedai makan berdekatan ... Tak sampai 2 minit pun dah sampai ke kedai mkn kat luar tu. tapi kena naik kereta yer uuoolsss.. So, kami decided utk makan di restoran nasi beriani gam johor. Satu set RM10. Ok lah price tu... banyak plak tu. dan mmg sedap!!

Lebih kurang jam 10 mlm, kami pulang ke bilik dan tidur... ingat nak g jln2 naik basikal.. tapi cuaca tidak mengizinkan.. hujan... So.... kami pun tidur lah!! Sejuk beb!!

12 Januari 2014 - Pagi2 bgn dan bila switch on tv keluar ni....>>>


Hehehehe... Nama bapa aku je yg keluar... nama aku tak appear... agaknya mereka salah key in nama aku dalam sistem kot.. tapi aku tak kisah pun... :)

Aktiviti kami pada hari kedua ialah naik basikal dan mandi kolam!! Tapi sebelum tu, kami pergi breakfast di restoran Sepoi Sepoi tu... Sebab mmg include 2 pax of breakfast ok... mcm2 ada... 

Si Qistina tu dah kenapa.... :)

Sempat posing ok...

Lepas saja breakfast kami terus ke kolam mandi. kolam yg ni agak special sikit.. aku suka.. nak tgk??


Cantik kan kolam ni.... anak dara aku cukup suka!
 Fuuh... aku mcm biasa lah tak mandi... Malas nak berbasah basah. hehehee..

Lebih kurang jam 11 pagi, kami pulang ke bilik utk siap2 dan berkemas kemas. Jam 12 tengahari ialah waktu check out...

Ok... Rumusan nya di sini ialah ,

  • aku cukup puas hati dgn service yg diberikan. Semua staff situ, klu terserempak saja, mmg akan senyum dan sgt lah peramah. Manis2 je aku tgk staff kat situ. :)
  • kedua, keadaan bilik yg sgt selesa. semua sudut sgt cantik. 
  • Ketiga... aku puas hati lah!! Insyaallah klu ada rezeki, mmg nak pergi lagi... 

Pada uuoollss, klu ada niat nak pergi tu, saya nasihatkan pergi lah... tak salah klu kita nak dapatkan kepuasan diri sendiri. Tak salah pun nak laburkan duit sedikit utk holiday dan spend time bersama family tercinta. Dan ikut kemampuan masing-masing ok... Jgn terlalu ikutkan nafsu... takut makan diri...



Sunday, January 12, 2014

Cyst Ku Membesar....

Assalammualaikum semua.... Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni.. Hati sebenarnya mmg meronta-ronta nak share cerita kat blog ni... tapi... masa mmg sangat terhad nak buat. Syukur Alhamdulillah kita semua dah jejak ke tahun 2014. Tahun yg agak mencabar apabila harga barang semuanya naik!! Dan jika tinggal di bandar dgn gaji bawah 3K adalah diiktiraf sebagai 'MISKIN BANDAR' ... MasyaAllah... apa nak jadi dgn dunia hari ini... 

Ok2.. Tujuan aku update blog hari ni ialah nak share tentang penyakit SETIA ku iaitu, Endometriosis. Sejak 8 tahun yg lalu aku dapat tahu yg di dalam perut aku ada Cyst yg sedang aktif dan Cyst itu juga menyebabkan aku sakit perut yg teramat sgt bila datang bulan. Mmg aku ni jenis senggugut bila period sejak zaman sekolah lagi. tapi sebelum tu mmg pernah scan, tetapi tiada Cyst. Tahun 2007 baru Cyst ni timbul. Semua dgn kuasa Allah.. 

Sejak tahun 2007 tu lah aku buat treatment utk Cyst aku ni. Bukan buat apa pun... Doktor just bagi ubat saja. Nama ubat tu Duphaston. Dan buat pengatuhuan semua, aku mmg tidak pernah makan sebiji pun ubat yg doktor bagi tu. Sebab aku baca pd Interaction dlm kotak ubat tu, akan ada side effects dan ianya common iaitu Sakit kepala/Migrain. Aku klu migrain attack, mmg lansung tidak boleh buat kerja. kena tidur berhari2. So, aku tak nak ambil risiko.. Tak ada lah nak makan ubat tu!! 

Ini lah ubat Duphaston. Klu nak tau lebih lanjut mengenai ubat ni, sila Google yer...

Ok... pada satu malam bulan March 2013, aku tiba2 rasa sakit perut mcm senggugut tapi masa tu aku tak period. Oleh itu aku buat keputusan utk pergi ke klinik berdekatan rumah ini utk scan. Takut juga klu sakit perut tu sebabkan Cyst. Bila doktor scan tu, tgk saiz Cyst tu dah besar sebanyak 7cm(sebelah kiri) dan 4cm(sebelah kanan). Ya Allah... sebelum ni, Cyst aku tu tak pernah besar lebih 5cm. So, selepas tu, aku buat keputusan utk buat appointment dgn doktor pakar di KPJ Tawakal yg mmg doktor yg monitor Cyst aku. Sebelum ini kira hampir setahun aku tidak berjumpa dgn beliau. Kerana fikirkan tiada apa yg akan berlaku pd Cyst aku ni. Tapi aku silap!! Cyst membesar sehingga 7cm selama setahun! Ya Allah... Masa tu mmg panik dan mmg dlm fikiran, dah terfikir yg aku akan kena operation. 

Pada hujung bln March 2013 tu, aku berjumpa dgn Dr Siti di Tawakal. Dan masa tu doktor dah ckp, aku kena operate. Aku pun tanya pada doktor, ada solution lain tak selain operate. Aku baru kena operate awal tahun tu.. sebab Tonsil. So, klu boleh aku tak nak operate lg utk thn yg sama... Mmg akan menjejaskan prestasi kerja aku. So, doktor kata, ada cara lain... Iaitu stop kan period aku selama 6 bulan. So, bila tak ada period, Cyst tak akan membesar dan mmg akan kecil. Doktor bagi aku injection Lucrin. Injection utk tidak datang period. Ini sesi kedua aku ambil injection tu. sebelum ni, aku ambil pd tahun 2009. Time tu sebelum kahwin. Lps habis je sesi pertama tu, Cyst mengecut sehingga 2cm daripada 5cm. Dan alhamdulillah, selepas 4 bulan mendirikan rumah tangga, aku disahkan mengandung. Selepas bersalinkan Qistina, 6 bln aku tidak datang period. Mungkin sebab aku Breastfeed Qistina. Tp lps period dtg, tu yg Cyst aktif semula....

Ini lah ubat Lucrin tu..
Ehsan dari Google.

Sambung cerita tadi... Sesi kedua aku ambil injection ni, adalah daripada bln April hingga Ogos. 5 kali injection selama 5 bulan. Dan jangkaan doktor aku akan period pd bln September atau Oktober. Pada bln Oktober 2013 tu, aku jumpa Dr Siti. Dan bila doktor scan, Cyst aku tinggal 1 biji, sebesar 2.8cm. Alhamdulillah. Masa tu lega rasanya. Dan doktor nasihatkan aku supaya mengandung. So, now dah 3 cycle aku dtg period... dan tak mengandung.. belum ada rezeki... atau pun sebenarnya aku dan husband tidak berusaha keras utk buat aku pregnant. Klu bersama bukan waktu subur mmg percentage utk pergnant tu kurang kan..... Semalam jumpa Dr Siti lg dan bila scan, Cyst membesar semula dan beranak lg 1 biji!. Ya Allah... Baru 3 kali period, Cyst besar dgn sekejap saje... Hurrm....

Dr Siti hanya bagi ubat Duphaston utk 3 cycle dan Clomid utk 2 cycle supaya aku pregnant...

Ni lah Cyst tu... Yg bulat hitam sebelah ats tu, ialah rahim. Hitam bulat bwh sebelah kiri dan bwh kanan tu lah
Cyst... Mmg sebelah kiri tu yg besar. Sebelum2 ni, mmg sebelah kiri yg sgt degil.

Ubat Clomid

Clomid

Sekarang aku berusaha, doa dan bertawakal kepada Allah supaya penyakit ni sembuh... dan harap aku dapat pregnant. Ye lah.. Qistina pun dah 3 tahun... So, mmg boleh lah merancang untuk pregnant...

Kepada kwn2 yg ada penyakit Cyst yg aktif mcm aku ni, jgn lah ambil mudah. Cuba lah cari apa-apa supplement yg boleh hilang kan Cyst ni. Klu tanya aku, samaada aku tidak ambil sebarang supplement ke... dan jawapan aku, dah mcm2 supplement aku ambil. GLA Shaklee salah satu.. tapi nampaknya aku tidak serasi. Cyst tidak menunjukkan perubahan. Dan sekarang ini, aku nak cuba homopati dan Jus Royal Shifa keluaran brand Dihatiku. Oleh Ustaz Khairuddin. Nanti aku akan update tentang air royal shifa ni ok....