Assalammualaikum....
Hai uuollss... Mentang2 lah cuti panjang... Keje I update blog saja lah yer.... hehehe... Sementara masa tengah free ni kan....
Ok! Entry kali ni, aku nak cerita sedikit pengalaman bercuti di Golden Palm Tree yang terletak di Sepang. Macam mana aku tahu tempat ni, ialah daripada gambar kwn2 FB yg telah post gambar2 meraka bercuti di situ. Hati mmg sangat tertarik dgn tempat tu. Bila Google saja, akan keluar gambar seperti ini >>>
|
Plam Tree. Ehsan dari Google |
Ohh... bila tgk je gambar ni, rasa hati tu nak jejak sgt tempat ni. Kenapa cantik sgt ni?? :)) Cantik kan uuoolss?? So... Pada bln Disember 2013 aku pun book villa ni di website Sepang Gold Coast ni.. www.sepang-goldcoast.com. Masa ni, ada duit lebih, so boleh lah pergi kan... Kira sebulan sebelum aku book villa ni. Dan price yg aku dapat ialah RM516 utk 2 hari, 1 malam. Harga asal ialah RM1000++. Tapi aku hanya ambil villa yg basic iaitu utk aku, husband and Qistina. Actually, mmg ada villa yg mempunyai 2 bilik dan 3 bilik. Tapi, klu nak pergi berkeluarga ok la... But the price is RM1300++ utk 1 mlm dan mempunyai 2 bilik. Klu 3 bilik pula, RM2000++ utk 1 mlm sahaja! Gila kan???!!!
So, aku book pada tarikh 11 Januari 2014 dan check out 12 Januari 2014. Cukup lah 1 malam saja... itu saja yg mampu.. hehehe...
11 Januari 2014, jam 2.50pm - Kami sampai dan check in. Mmg masa utk check in, pada jam 3 ptg yer... So, aku pergi ke reception counter tersebut dan beri slip confirmation book tu pd staff di situ. Ok... Aku nak bagi 5 bintang pada staff yg attend aku tu. Sebab mmg friendly dan service mmg tip top. Kena lah dgn harga kan.. Sementara aku tunggu check in tersebut selesai aku diberi welcome drink oleh staff di situ. Wah... best kan... selama aku pergi ke hotel-hotel lain, mmg tak pernah dpt lah welcome drink ni.I ni pertama kali. So... rasa best la beb! :)
|
Model air oren?? ;p |
|
Gambar dari depan Lobby |
Dalam 10 minit, baru lah selesai urusan check in. So dapat lah kunci pintu. tapi ia bkn kunci.. tapi kad dan scan sahaja utk buka pintu villa tu nanti.
Untuk pergi ke villa tu, ada kenderaaan disediakan. Iaitu buggy car. Ia bertujuan utk membawa guest dan beg-beg guest tu ke villa. Sebab jarak dari lobi ke villa, agak jauh.. tak ada lah jauh sgt.. tapi penat lah klu jln kaki. hehehe..
Gambar di atas ni, adalah staff yg tlg bwk guest ke villa masing2. Ok. Nak bg 5 bintang juga kat abang ni, sebab service tip top. Abang ni siap hantar sampai ke bilik dan terangkan segala2 nya pada kami. Arah kiblat pun dia tunjukkan. sebab tanda kiblat kat bilik aku tu, tetiba tak ada pula...
|
Ada 2 tingkat.. bilik kami yg atas. bernombor 014. |
|
My Qistina teruja!
|
Jam masa tu menunjukkan baru jam 3.30pm. Cuaca di luar pun, mmg hangat. sebab baru lepas hujan. Matahari dah keluar.. so agak panas klu nak lakukan aktiviti. Kami hanya lepak2 di dalam bilik dan bergambar.
|
Hai abang. Boleh kenal?? ;p |
|
Three of us. |
Bila hari dah petang kami pun keluar.. Dan naik buggy car tu, utk jalan2 dan pusing2 kawasan situ. Lepas tu, kami pun ambil basikal utk cuci mata, Buat pengetahuan semua, basikal tu free dan konsepnya ialah first come first serve. klu korang parking basikal dpn bilik korang, lps tu tetiba hilang, itu tidak menjadi kesalahan. Tiada istilah mencuri ok. Sb basikal tu bkn korang punya! hehehe.. Staff kat situ kata ada lebih kurang 200 buah basikal disediakan. Tapi seronok sgt jalan2 naik basikal. Menghirup udara segar.. Disamping itu boleh membakar kalori. ;p
|
Model basikal kah?? ;p |
|
En husband dan My Lil Qistina |
Basikal yg ada seat utk baby tu, tak banyak... ada lebih kurang 2 buah saja. Nasib kami baik saja dpt basikal ni... hehehe..
Lepas aktiviti berbasikal, kami pun tukar pakaian utk pergi ke laut dan mandi. aku tak mandi ok... tukang tangkap gambar dan tukang jaga barang saja. ;p
|
Pantai Gold Coast |
Tapi my husband kata, air kotor.. tak sesuai nak mandi. So, hubby bwk qistina naik dan mandi ke kolam buatan. Nak wat mcm mana.. Si Qistina ni, asyik nak mandi kolam je... So, ikutkan saja....
Kolam buatan ni, terletak di depan pantai. Berdekatan dgn kolam tu, ada disediakan booth utk buat lukisan batik dan pakai inai.
Sebelum maghrib kami pulang ke bilik.. Dan lepas solat maghrib, kami siap sedia utk dinner pula.. actually, ada beberapa restoran disediakan di situ. Aku dan husband pun pergi lah ke salah satu restoran. Nama nya Sepoi Sepoi. Bila masuk sahaja restoran tu, nampak semua mat saleh dan minah saleh saja. Tak nampak pula aku orang melayu di situ. kami pun duduk di bahagian luar restoran tersebut. dan harga utk buffet satu kepala ialah RM75. Terkejut mak nok! Tetiba hujan turun. Fuuhh nasib baik lah... Kami pun terus bgn dan bla dari situ. Bebb.... makan malam dgn harga tu mmg tak berbaloi kot. aku dah la makan sikit. en husband pun makan sikit. So kami pun decided utk cari makan di luar saja.
Mmg ada kedai makan berdekatan ... Tak sampai 2 minit pun dah sampai ke kedai mkn kat luar tu. tapi kena naik kereta yer uuoolsss.. So, kami decided utk makan di restoran nasi beriani gam johor. Satu set RM10. Ok lah price tu... banyak plak tu. dan mmg sedap!!
Lebih kurang jam 10 mlm, kami pulang ke bilik dan tidur... ingat nak g jln2 naik basikal.. tapi cuaca tidak mengizinkan.. hujan... So.... kami pun tidur lah!! Sejuk beb!!
12 Januari 2014 - Pagi2 bgn dan bila switch on tv keluar ni....>>>
Hehehehe... Nama bapa aku je yg keluar... nama aku tak appear... agaknya mereka salah key in nama aku dalam sistem kot.. tapi aku tak kisah pun... :)
Aktiviti kami pada hari kedua ialah naik basikal dan mandi kolam!! Tapi sebelum tu, kami pergi breakfast di restoran Sepoi Sepoi tu... Sebab mmg include 2 pax of breakfast ok... mcm2 ada...
|
Si Qistina tu dah kenapa.... :) |
|
Sempat posing ok... |
Lepas saja breakfast kami terus ke kolam mandi. kolam yg ni agak special sikit.. aku suka.. nak tgk??
|
Cantik kan kolam ni.... anak dara aku cukup suka! |
Fuuh... aku mcm biasa lah tak mandi... Malas nak berbasah basah. hehehee..
Lebih kurang jam 11 pagi, kami pulang ke bilik utk siap2 dan berkemas kemas. Jam 12 tengahari ialah waktu check out...
Ok... Rumusan nya di sini ialah ,
- aku cukup puas hati dgn service yg diberikan. Semua staff situ, klu terserempak saja, mmg akan senyum dan sgt lah peramah. Manis2 je aku tgk staff kat situ. :)
- kedua, keadaan bilik yg sgt selesa. semua sudut sgt cantik.
- Ketiga... aku puas hati lah!! Insyaallah klu ada rezeki, mmg nak pergi lagi...
Pada uuoollss, klu ada niat nak pergi tu, saya nasihatkan pergi lah... tak salah klu kita nak dapatkan kepuasan diri sendiri. Tak salah pun nak laburkan duit sedikit utk holiday dan spend time bersama family tercinta. Dan ikut kemampuan masing-masing ok... Jgn terlalu ikutkan nafsu... takut makan diri...