everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, August 5, 2013

Iftar With Officemate 2013

Assalammualaikum!!

Mak rasa excited nak update blog pasal mak pegi Bukit Bintang. hehehe.. Ok. pada sabtu yg lalu, aku follow en suami ku utk join buka puasa beramai2 di Nasi Ayam Chee Meng, Bukit Bintang. Actually, yg join tu adalah kwn2 en suami ku dan kwn2 aku juga lah... kawan sepejabat. dalam bahasa inggeris nya ialah Officemate. hahaha. event ni pun, mmg setiap tahun buat.. dan tempat yg sama ok!

Rasanya dah bertahun juga aku tidak ke Bukit Bintang ni. Seingat aku, dah 4 tahun tak pergi rasanya.. BB ni adalah port lepak dan cuci mata waktu zaman remaja dulu.. hehehhee. So, bila aku pergi tadi, aku rasa mcm dah lain sgt suasana di situ. Ramai btl kedai2 urut dan ramai juga pekerja asing berlemparan di situ. aku rasa mcm aku bukan berada di Malaysia. tak tahu nak kata negara mana. sebab mcm2 org yg ada di situ.

Klu nak ckp psl jln raya yg sesak, mmg dari dulu lagi sesak. kali ini, mmg berganda2 sesaknya. Nasib baik aku pergi naik LRT dan Monorail. Tapi dalam train pun, mmg sesak jgk.... haish...

Berbalik cerita buka puasa tadi tu.. Aku sampai di sana agak lewat sedikit. lebih kurang jam 8. buka puasa masa menunggu train. minum milo je... sampai2 je, tgk restoran Chee Meng tu penuh dgn orang. buat pengetahuan korang, mmg restoran tu penuh dan penuh sepanjang bulan Ramadhan. Nasi ayam hainan dia, mmg sedap..  sebab tu ramai yg suka sgt nak makan di situ.

Tunggu lebih kurang setengah jam nak dapatkan tempat duduk utk 20 orang. aiyyooo.. dah la minum air milo je.. nk kena tggu lama lagi.. tunggu punya tunggu, jam 9 pm, baru kami dpt makanan. boleh imagine tak, dari jam 7.30pm hingga 9pm, baru dpt makan. so, mak pun makan mcm hantu lah nok!! kelaparan gila! anak dara aku pun makan byk. huhuhu.. masing2 lapar....

walaupun rimas dgn suasana di sana, tapi aku redha je lah... dah nak ikut sgt kan.. so ikutkan aje... hehehhe..yg sedih tu, aku tak dapat masuk BB Plaza utk cari kasut raya... dah nak jam 10 mlm baru selesai makan semua... huhuhu.. apa nak buat dah nasib... terpaksa lah cari ditempat lain...


geng EPF

Iftar 

Kenyataannya, aku rasa Bukit Bintang dah tidak macam dulu lagi... serius serabut weh!! serabut kerana begitu byk warga asing di situ. kiri kanan aku tgk perempuan2 seksi, dan mcm pela**r, yg turun naik hotel di situ. dah rasa mcm chow kit dah...

No comments: