everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Monday, August 5, 2013

Iftar With Officemate 2013

Assalammualaikum!!

Mak rasa excited nak update blog pasal mak pegi Bukit Bintang. hehehe.. Ok. pada sabtu yg lalu, aku follow en suami ku utk join buka puasa beramai2 di Nasi Ayam Chee Meng, Bukit Bintang. Actually, yg join tu adalah kwn2 en suami ku dan kwn2 aku juga lah... kawan sepejabat. dalam bahasa inggeris nya ialah Officemate. hahaha. event ni pun, mmg setiap tahun buat.. dan tempat yg sama ok!

Rasanya dah bertahun juga aku tidak ke Bukit Bintang ni. Seingat aku, dah 4 tahun tak pergi rasanya.. BB ni adalah port lepak dan cuci mata waktu zaman remaja dulu.. hehehhee. So, bila aku pergi tadi, aku rasa mcm dah lain sgt suasana di situ. Ramai btl kedai2 urut dan ramai juga pekerja asing berlemparan di situ. aku rasa mcm aku bukan berada di Malaysia. tak tahu nak kata negara mana. sebab mcm2 org yg ada di situ.

Klu nak ckp psl jln raya yg sesak, mmg dari dulu lagi sesak. kali ini, mmg berganda2 sesaknya. Nasib baik aku pergi naik LRT dan Monorail. Tapi dalam train pun, mmg sesak jgk.... haish...

Berbalik cerita buka puasa tadi tu.. Aku sampai di sana agak lewat sedikit. lebih kurang jam 8. buka puasa masa menunggu train. minum milo je... sampai2 je, tgk restoran Chee Meng tu penuh dgn orang. buat pengetahuan korang, mmg restoran tu penuh dan penuh sepanjang bulan Ramadhan. Nasi ayam hainan dia, mmg sedap..  sebab tu ramai yg suka sgt nak makan di situ.

Tunggu lebih kurang setengah jam nak dapatkan tempat duduk utk 20 orang. aiyyooo.. dah la minum air milo je.. nk kena tggu lama lagi.. tunggu punya tunggu, jam 9 pm, baru kami dpt makanan. boleh imagine tak, dari jam 7.30pm hingga 9pm, baru dpt makan. so, mak pun makan mcm hantu lah nok!! kelaparan gila! anak dara aku pun makan byk. huhuhu.. masing2 lapar....

walaupun rimas dgn suasana di sana, tapi aku redha je lah... dah nak ikut sgt kan.. so ikutkan aje... hehehhe..yg sedih tu, aku tak dapat masuk BB Plaza utk cari kasut raya... dah nak jam 10 mlm baru selesai makan semua... huhuhu.. apa nak buat dah nasib... terpaksa lah cari ditempat lain...


geng EPF

Iftar 

Kenyataannya, aku rasa Bukit Bintang dah tidak macam dulu lagi... serius serabut weh!! serabut kerana begitu byk warga asing di situ. kiri kanan aku tgk perempuan2 seksi, dan mcm pela**r, yg turun naik hotel di situ. dah rasa mcm chow kit dah...

Friday, August 2, 2013

Rambut baru Yaya!!



Muka Masam..

Adus... lega rasanya bila tgk rambut anak dara aku ni, pendek.. aku bukan tak suka Yaya rambut panjang. tapi masalah yg aku hadapi ialah dia tidak mahu ikat rambutnya itu. jadi, Yaya nampak serabut dan tidak kemas.

Aku membuat keputusan agar rambutnya dipotong pendek. walaupun en suami tidak kasi! kih kih kih.. alasan mak, ialah, rambut boleh panjang... so bila dah besar sikit, boleh lah bela rambut panjang.. hehehhe..


Senyum tanda gembira

Yeay!! nampak tak kekemasan rambut Yaya??? yg penting nampak kemas ok!! senyum Yaya bermaksud dia happy dgn rambutnya itu.. hehehhee


Thursday, August 1, 2013

Iftar SMEKSES 2013

Assalammualaikum...

Sejak dua menjak ni, rajin pulak diri ni nak menghapdate blog. kih kih kih.. well... sementara free ni kan, so tak menjadi masalah lah utk aku share story kat blog daku ni....

Ok... macam biasa.. setiap tahun akan ada event buka puasa bersama dgn geng sekolah Selayang. budak sekolah rendah dan menengah lah.. sama je.. sebab antara kami mmg kwn dari sekolah rendah dan terus ke sekolah menengah yg sama.

Event kali ini, aku jadi organiser . so, di dalam group chat facebook, aku discuss dgn kwn2 yg rapat, kwn2 yg biasanya akan join event every year. so.... discuss dan discuss, kami pun bersetuju utk buat event ni di restoran Jombali yg terletak di Setapak pada hari ahad 28 Jun 2013.

Aku siap buat invitation lagi di FB utk invite kwn2 yg berjumlah 64 orang. tapi mcm biasalah.... bkn semua dpt join kan.. dan kebiasaannya muka yg sama jer.... kih kih kih.. mak tak kisah nok.. yg penting mak happy dpt jumpa kwn2 yg dh lama tak jumpa tu...


candid
Gambar di atas tu adalah di antara gambar candid.. hehehe.. time ni tgh tunggu kwn2 yg lain sampai.... yg penting kwn baik mak ada. #abby. :) So yg confirm dtg utk iftar bersama adalah 20 orang. mmg tiap2 thn lebih kurang tu je....

Kalau nk di compare dgn tahun selepas SPM kali buat event ni, mmg byk bezanya... dulu masing2 hadir bujang. sekarang hadir membawa pasangan dan anak! begitu cepat masa berlalu kan... bila berjumpa tu, mmg mcm2 lah story yg nak di kongsi. almaklumlah... bkn selalu boleh jumpa.. klu borak kat whats app tu, bkn nya boleh cerita byk pun... kan...

mereka semua...

Restoran Jombali ni agak ok.. selesa... dan yg penting makanan kami bkn buffet tp ala carte.. so, tak ada lah membazir sgt. lagi pun, bkn kami ni jenis makan byk.. so... dr segi makanan ok.. best.. service pun laju....

Event seperti ini sebenarnya dpt mengeratkan lagi persahabatan sesama kita... terpulang pd yg nak menilai mengatakan bahawa event seperti ini, membazir.. buang masa lah.... terpulang! bg aku setahun sekali berjumpa tidak menbazir dan tidak lansung membuang masa. aku sgt menghargai kwn2 yg sanggup hadirkan diri..



Gambar di atas itu pula adalah orang2 yg join event tersebut... walaupun tidak seramai mana, tapi ia sgt happening!! suami kwn2 ku yg sgt best.. semua tidak sombong. hehehe.. Alhamdulillah, mmg bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya. dan semoga tahun depan dapat berjumpa lagi.. Insyaallah.... 



sahabat baik ku....