everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, March 31, 2013

Corset DX Lingerie By Elken

Assalammualaikum...

Entry kali ni, aku nak share  testimoni aku sendiri tentang Corset Elken ni. Sebelum ini aku memang tidak terfikir lansung untuk memakai corset. Al maklum lah, sebelum ni body aku memang kurus macam model. ;p
Ceh perasan! Dengan ketinggian aku 164cm dan berat aku sebanyak 50kg, tidak ke macam model? Pakai jeans pun saiz 28. Itu dulu.... masa zaman aku bujang dan sebelum pregnant... Now??? Dengan ketinggian 164cm dan berat aku 56kg. Ooohh My....???!! Naik 6 kg after melahirkan ok! Saiz jeans pun dah meningkat kepada 30.  Bila tanya kawan2, semua kata, aku kurus and maintain mcm anak dara dulu. oohh yeaah??!! Mereka tidak tahu dan tidak nampak "spare tyre" yang berselindung di sebalik baju aku ok. Realitinya, ianya menjadi kebiasaan bagi perempuan yang dah bersalin ok... Hanya sesetengah individu saja yang bertuah badan mereka sama saja masa anak dara, kahwin, dan bersalin.

Sekarang ni aku mmg obses utk menurunkan berat badan tanpa berdiet ketat oleh kerana aku masih breastfeed puteri sulung aku. Seorang ibu yang masih menyusu anaknya, tidak boleh sama sekali diet ketat ok. Tidak boleh lansung tidak makan atau mengelak daripada mengambil nasi. Ibu yang menyusu perlukan kalori yang cukup utk penghasilan susu.

Apa kena mengena corset dgn berat badan ni?? Satu hari tu, ada seorang officemate aku ni, cerita tentang corset elken ni. Dia kata, bila pakai rasa sgt selesa dan kata dia, baju dah banyak longgar. Ok. Maksudnya, hanya dgn pemakaian corset ni, berat badan akan turun??? Oh! aku tidak percaya sama sekali!! klu pakai corset tapi mkn mcm biasa, mcm mana berat nak turun?

Officemate aku yang buat bisnes elken ni pun, ajak aku utk try corset tu... So, aku pun, try.... Hurmmm... bila tgk kat cermin... rasa wow!! kurusnya makkk!!! hahahaa. Sangat best ok bila pakai.... kwn aku tu tak kelip mata tgk aku. Sebab mmg nampak kurus dan shape badan mmg cun. hahaha! perasan lg sekali. Tapi kesan yang ketara yang aku dapat rasa ialah, sakit belakang aku mmg hilang. Sebab aku selalu sakit belakang. tapi..... bila pakai saja corset elken ni dgn hanya 5 minit, terus tak sakit dah!! Amazing bukan???!!

Aku ambil masa 3 hari untuk berfikir sama ada, nak beli atau tidak.... Aku google dan baca testimoni orang yang dah pakai corset ni... Bila dah buat research, baru lah rasa lebih yakin untuk membeli. So, now aku baru pakai hampir 3 minggu. Minggu ni aku tak pakai, sebab datang bulan.

Sekarang aku nak bagi pendapat, kenapa bila pakai corset ni, badan boleh kurus?? Bila aku pakai, dan tiba waktu makan, bila makan, nasi aku tak habis. sebab rasa kenyang. kenapa kenyang?? sebab corset ini telah membuatkan perut kita mengecil dan secara automatik mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil tu. So, ia boleh mengelakkan berat badan kita naik ok....

Lagi satu, bila kita pakai corset, automatik, bentuk badan kita akan lebih cantik dab berbentuk.. Corset menyembunyikan segala lemak yang ada di badan kita. Sebab tu bila aku pakai, ramai yg tegur dan mengatakan aku nampak lagi kurus!! hahahahaha!! suka mak nok! walhal, tak ada lah gemuk pun... BMI pun masih tahap ok.....

Jadi, sesiapa yang masih ragu2 berkenaan corset ni, boleh lah buat research dulu... banyakkan membaca dekat blog2.... dan boleh cuba pakai juga sebelum nak membeli!!

Ada juga orang kata, nak kurus mestilah jaga diet... bersenam.... tapi.... kalau kita ni seorang wanita yang bekerjaya dan mempunyai anak dan suami, masa utk bersenam tu kan tak ada. Ikutkan aku, memang boleh je after office hour nak pergi bersenam di Gym or pergi taman utk bersenam. Tapi, aku rasa waktu lps kerja, adalah utk aku ambil anak dan balik rumah utk masak untuk dinner. So, aku memang tak ada masa!! Aku respect kepada wanita yang boleh buat segalanya, termasuk jaga bentuk badan mereka dgn bersenam 3 kali seminggu. Huh... Tabik spring ok!!!

Dan di sini, aku nak menekan kan dahulu, bahawa corset bukan lah satu jalan utk kita kurus. Klu makan byk pun, berat akan naik jgk kan??? So, diet kena jaga jgk... hehehehe.. Tapi memang testimoni menunjukkan corset boleh kuruskan badan, dan mengambil masa yang lama ok..... bkn sebulan dua bulan, macam ubat kurus tu. hehehehehe..






Cuba tgk gambar kat atas ni.... Aku nak kurus macam model tu..... Tgk lah peha dia... cantik kan??? Jgn risau, insyaallah lps putus susu ni, aku akan diet dan target utk turun 4 kg. hehehehe.. Diet secara sihat ok! dan mengharap corset ni membantu utk aku control makan. 




Gambar yang di atas ni, adalah satu set Corset tu... Macam ni lah aku punya.....

No comments: