everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, January 6, 2013

Operation Tonsil



Assalammualaikum.....

Cuaca yang agak panas di luar tu, membuatkan aku rasa lebih enak berehat-rehat dan bersantai-santai di dalam rumah saja... lagi pun, kesihatan tidak mengizinkan untuk aku keluar berjalan-jalan. Sepatutnya ke kelas hari ni pun, terpaksa tidak hadirkan diri... Al maklumlah... baru lepas operation....

Haa.... Hari tu dah janji nak update entry kan... So, dari tercongok je kat rumah tu, lebih baik merajinkan diri update entry.. hehehehehe!!

Pada hari rabu yang lalu, aku telah menjalani satu minor operation. iaitu, operate tonsil.. sesungguhnya tidak lansung aku terfikir yang aku akan menghidap Tonsilitis! Ceritanya begini.... Hari jumaat, minggu sebelum aku kena jangkitan tonsil tu, aku teringin sangat-sangat nak makan cendol di sebuah restoran di AM Corp Mall PJ. Berdekatan dengan office lah... bila hari jumaat je, rehat kan panjang... so, aku berpeluanglah untuk menikmati cendol yang dah lama diidamkan itu! keadaan dan kesihatan aku mcm biasa je... tak ada lah tanda-tanda nak demam ke apa.... bila balik office tu, memang aku belasah air masak sebanyak mungkin. minum air putih 8 gelas sehari kan memang baik utk kesihatan.... 

Ok... petang time balik rumah tu, lepas mandi semua, tiba2 tekak rasa semacam. ok.. tak pe lah... mungkin sakit tekak biasa kot.... Malam tu bawak mak dan anak buah ke pasar malam pinggiran.. aku pun belasah lagi ais blended coklat. tak serik lagi tu, walaupun dah tahu, tekak tengah sakit!! haish!! 

Pagi esoknya, tekak masih terasa sakit. entah kenapa, tiba-tiba tengahari tu, badan aku gatal-gatal. satu badan kot!! tergaru-garu lah aku. sebabnya, aku tertido disalah satu bilik di rumah aku tu... bilik tu sebenarnya baru je pasang meja komputer dan meja menulis. tapi mungkin disebabkan hama meja baru tu, menyebabkan kulit aku menjdai sensitif! aduhai... penyakit2.... Malam tu badan dah tak tahan, tekak dah makin perit.. so, en.hubby ajak ke klinik. aku pun pergi ke klinik di Melawati. selalunya aku lebih suka ke Pusrawi Jln Ipoh. Tp malangnya Pusrawi tutup pada waktu malam.... 

Doktor mengatakan aku ellergy... doktor bagi beberapa ubat batuk dan tahan ellergic. tah kenapa, malam tu aku mmg tak boleh tidur. badan makin gatal. tekak makin perit. sudahnya pagi-pagi ahad tu, terus ke Pusrawi. Doktor tgk bdn aku dah merah menyala. terus je doctor bagi injection. hurmmm.... bila dah kena injection, mulalah mengantuk... blk dari klinik je terus tertido mcm orang tak sedarkan diri sampailah ke petang. Qistina??? En.Hubby lah yang menjaganya......

Tak habis lagi seksanya ni.... bila time malam je, keadaan mula teruk. makan ubat tapi tak jalan2. kali ni, mmg rasa sgt teruk. nak telan air liur pun tak boleh!! Ya Allah.... masa tu rasa nak meraung2 je.. sakit yg teramat sgt! mmg tak pernah rasa sakit tekak mcm ni... Allah je yanh tahu kesakitan yang aku alami...

Pada hari isnin, 31/12/2012 , hari terakhir di tahun 2012 sepatutnya aku berkerja, terpaksa pergi ke klinik. dan kali ini, doktor Pusrawi mengatakan perlu refer aku ke pakar, kerana keadaan tekak aku yang teruk. Doktor puntak bagitahu apa tentang tonsil. cuma doktor kata, mungkin aku kena admit. 

Sejurus lepas ambil GL di HR, aku pun terus ke Hospital Pusrawi Jln TUn Razak utk berjumpa dgn pakar ENT. Nama doktor tu, Dr.Hakim. Bila Dr.Hakim tgk je tekak aku, terus dia kata, awak kena admit dan hari rabu kena operate untuk buang tonsil. Haaa????? apa ke benda ni?? aku pun mulah lah tanya soalan-soalan bodoh kat doktor tu... hehehe.. doktor tu pun jawab lah.... doktor kata, kalau tak buang, tekak awak akan melarat lagi. sebabtu awak selalu demam.. selagi tak buang tonsil ni, awak akan demam je.... hurmmm... ada option lain ke aku waktu tu?? ada ke orang suka kena operate?? dah lah kat tekak.... dah tentu nak makan susah lah lepas ni.... 

Hari terakhir di tahun 2012, aku kena tidur di hospital.... plan nak jalan2 bwk Qistina hari selasa tu, tak menjadi.... tepat jam 12am, 1/1/2013, terdengarlah bunyi bunga api... nak tgk, tapi tak ada mood... en hubby lah yg bwk Qistina g tgk bunga api... aku duduk dalam bilik sorang2 layan perasaan je lah.... huhuhuhu...

Hari untuk operation dah tiba... pagi tu Dr Hakim check keadaan aku dulu sebelum membuat operation.. jantung aku dah berdebar2 dah.. first time nak operate ni!! kali ni lagi takut berbanding dengan takut nak bersalin.. tepat jam 12 tengahari nurse datang utk menjemput aku ke bilik pembedahan. en hubby ada mememani aku sebelum aku di bawa ke bilik bedah. 











Masa dah masuk bilik bedah tu, aku mengucap je... takut woo....  tak sampai beberapa minit, aku mula amai2 dan tidak lansung sedarkan diri..
Tiba-tiba aku tersedar sebab ada orang sedarkan aku. dan aku terdengar suara azan dan bayi menangis. tapi aku tak boleh nak bercakap. suara mcm tak keluar... ishhh.... mengantuknya... itu yg aku rasankan waktu tu....

beberapa jam kemudian, nurse bwk aku ke wad biasa.... aku masih amai-amai... tekak rasa semacam lg... rasa darah dalam mulut... hurmmmm..... 

Sedih.... sebab awal-awal tahun dah kena mcm2 dugaan.... mungkin Allah sayang aku... itu sebab Dia bg aku ujian begini..... kepada semua yg masih dalam keadaan sihat dan bahagia sekarang ni... bersyukurlah..... kerana nikmat kesihatan dan kebahagian yg anda rasa itu, datangnya dari Allah SWT.....


No comments: