everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Wednesday, January 23, 2013

Ooopppss! You've Reached Your Monthly Data Limit!!

Maxis oh Maxis.....


Bulan januari ni je, dah 2 kali top up data volume... banyak sangat online lah tu. dulu masa tak ada Tab ni, mana nak guna sangat broadband kan... nak buka lap top malas kan.. so, bila ada tab ni, online je lah memanjang... tgk You Tube lah.... Fb lah....

So result nya, 2 minggu saja dah cukup quota. quota aku 4GB sebulan...  Bila dah lebih pakai, maxis pun hantar mesej... "you have reached your quota . speed will be reduced.and blaaaa blaaa blaaa blaaaa.. now to buy  quoata and blaaa blaaa blaaaa...'' klu dah kata bisnes, so, suruh lah user beli dan beli lagi. semua tu kan duit!! klu aku tak beli, bila aku browser, mmg line slow mcm kura-kura yang akan membuatkan aku rasa nak baling je tab tu. hahahahaha!!

sebab tu orang tukar nama broadband ni kepada "berukband".

Nak atau x, aku terpaksa beli. untuk 3GB, aku kena beli dengan harga RM30. So, aku beli lah... nanti sampai bil, dan tgk bil tu byk, jgn terkejut pulak!! dan pada hari ini, aku beli lagi 500MB, dengan harga RM12. Ni semua gara-gara layan drama bersiri Legacy kat tonton.com.my. ye lah.. drama tu ditayangkan di TV3 pada jam 3 ptg .. aku kan kerja.. so waktu malam je lah aku layan drama tu.....

Harap-harap aku akan pakai secara berhemah dan mengawal nafsu dari ber browsing je. Klu tak, melayang lah duit kan!!

*kdg2 seronok jd stalker kat page org... tu yg jd lebih quota tu. hehehehe.

Tuesday, January 22, 2013

I Phone 5 vs Samsung Note II

Assalammualaikum.....

Huh.... Pening juga kan nak memilih handphone yang sesuai untuk diri sendiri ni kan???

Oleh kerana pak cik Blackberry aku dah nazak, rasanya patut aku tukar handphone!! Mmg dah tiba masanya utk tukar ok!! aku dah guna BB 2 tahun... memang aku selesa pakai BB. Application BBM yg amat menarik hati aku. Lagipun  BB ada keypad, bkn touch screen. So, bila taip mesej, memang pantas! aku ni mmg jenis yg suka buat sesuatu secara pantas. So, risau bila pakai tiuch screen ni, akan membuatkan aku stress. Sebabnya lembab. huhuhuhu...

Tapi sekarang ni memang zaman touch screen. mana ada keypad2 ni kan.... klu naik LRT pun mesin beli token tu pun, pakai touch screen. hehehehe..

so, bila dah buat keputusan untuk menukar handphone ni, mula lah fikir yg mana satu nak beli kan....
Aku ada dua pilihan sekarang ni. Mulanya nak tukar BB juga.. tp yg mahal sikit lah... tapi, bila fikir2 balik, mcm ketinggalan zaman pula pakai BB ni. hehehhee..

Dua pilihan aku itu ialah.......

I Phone 5

Samsung Galaxy NOte II


Nampak? Nampak???  Poyo tak?? hahahaha... taste memang tak nak mengalah tau.... tapi apa salahnya... klu rasa mampu untuk beli, so beli je lah... hehehe..

Ramai jgk kata, pilih IP5. Ada yg kata NoteII. Klu kira vote, mmg samarata lah....

Ada juga aku tgk kat You Tube tentang kedua-dua handphone ni...
Cuba korang lak tgk...




tapi hati aku berat nak pilih Note II la... orang kata, samsung ni user friendly.... so, better lah pilih Note II kan.... nanti kan kemunculannya..... hehehehe!!!


*zaman smart phone. macam-macam pilihan!!

Friday, January 11, 2013

Berjalan berdua dengan Yaya.

Assalammualaikum...

Hati rasa riang gembira, sebabnya td jalan2 window shopping dgn anak ku, Yaya kat Carefour Wangsa Maju. Dan berdua saja ok.... en husband keje.. aku cuti. So, cubaan utk membawa Yaya jalan jauh menaiki kereta akhirnya berjaya! Yeay!

Almaklum lah...... my lil ni, mmg lasak. So, aku mmg x berani lansung bwk dia dlm kereta tanpa siapa2 jaga dia. Takut dia jatuh kan. Tapi beberapa hari ni, aku bawa dia ke Sri Gombak menaiki kereta lah. Tengok mcm dia ok je... dia duduk diam je kan... so, berani lah aku bwk jauh sikit. Klu dari pinggiran ke wangsa maju tu, lebih kurang 15 minit lah... so tak ada lah lama sgt dlm kereta yg akan membuatkan dia bosan lps tu mula meragam kan...

Untuk mengelakkan aku penat kat carefour tu nnti, aku pun bawa lah stroller Yaya.. lg pun, Yaya suka duduk dlm stroller tu... masa dlm kereta tu, dia duduk diam sambil mkn keropok yg aku letakkan dlm Tupperware utk bg dia duduk diam. Hehehe.. mmg diam lah dia.

Sampai2 je dalam carefour tu, dia mula menjerit2 bila tgk mainan yg gerak2 tu,yg kena masuk syiling 50sen. Aku pun malas layan dia, teruskan je jalan sambil menolak stroller...

Tujuan aku ke situ ialah utk membeli bateri BB aku yg dah kong tu.... so, bila dah dpt apa yg dikehendaki, jln2 window shopping lah lps tu kan.... tp tak sah klu tak ada benda lain yg nak dibelinya.. beli apa lg, klu tak tudung. Huuhuhu..

Tapi aku rasa seronok sb Yaya tak meragam. Dia berkelakuan baik. Hehehe.. lepas ni, boleh g jauh lagi. Ke KL lah kan.... ;p

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, January 6, 2013

Operation Tonsil



Assalammualaikum.....

Cuaca yang agak panas di luar tu, membuatkan aku rasa lebih enak berehat-rehat dan bersantai-santai di dalam rumah saja... lagi pun, kesihatan tidak mengizinkan untuk aku keluar berjalan-jalan. Sepatutnya ke kelas hari ni pun, terpaksa tidak hadirkan diri... Al maklumlah... baru lepas operation....

Haa.... Hari tu dah janji nak update entry kan... So, dari tercongok je kat rumah tu, lebih baik merajinkan diri update entry.. hehehehehe!!

Pada hari rabu yang lalu, aku telah menjalani satu minor operation. iaitu, operate tonsil.. sesungguhnya tidak lansung aku terfikir yang aku akan menghidap Tonsilitis! Ceritanya begini.... Hari jumaat, minggu sebelum aku kena jangkitan tonsil tu, aku teringin sangat-sangat nak makan cendol di sebuah restoran di AM Corp Mall PJ. Berdekatan dengan office lah... bila hari jumaat je, rehat kan panjang... so, aku berpeluanglah untuk menikmati cendol yang dah lama diidamkan itu! keadaan dan kesihatan aku mcm biasa je... tak ada lah tanda-tanda nak demam ke apa.... bila balik office tu, memang aku belasah air masak sebanyak mungkin. minum air putih 8 gelas sehari kan memang baik utk kesihatan.... 

Ok... petang time balik rumah tu, lepas mandi semua, tiba2 tekak rasa semacam. ok.. tak pe lah... mungkin sakit tekak biasa kot.... Malam tu bawak mak dan anak buah ke pasar malam pinggiran.. aku pun belasah lagi ais blended coklat. tak serik lagi tu, walaupun dah tahu, tekak tengah sakit!! haish!! 

Pagi esoknya, tekak masih terasa sakit. entah kenapa, tiba-tiba tengahari tu, badan aku gatal-gatal. satu badan kot!! tergaru-garu lah aku. sebabnya, aku tertido disalah satu bilik di rumah aku tu... bilik tu sebenarnya baru je pasang meja komputer dan meja menulis. tapi mungkin disebabkan hama meja baru tu, menyebabkan kulit aku menjdai sensitif! aduhai... penyakit2.... Malam tu badan dah tak tahan, tekak dah makin perit.. so, en.hubby ajak ke klinik. aku pun pergi ke klinik di Melawati. selalunya aku lebih suka ke Pusrawi Jln Ipoh. Tp malangnya Pusrawi tutup pada waktu malam.... 

Doktor mengatakan aku ellergy... doktor bagi beberapa ubat batuk dan tahan ellergic. tah kenapa, malam tu aku mmg tak boleh tidur. badan makin gatal. tekak makin perit. sudahnya pagi-pagi ahad tu, terus ke Pusrawi. Doktor tgk bdn aku dah merah menyala. terus je doctor bagi injection. hurmmm.... bila dah kena injection, mulalah mengantuk... blk dari klinik je terus tertido mcm orang tak sedarkan diri sampailah ke petang. Qistina??? En.Hubby lah yang menjaganya......

Tak habis lagi seksanya ni.... bila time malam je, keadaan mula teruk. makan ubat tapi tak jalan2. kali ni, mmg rasa sgt teruk. nak telan air liur pun tak boleh!! Ya Allah.... masa tu rasa nak meraung2 je.. sakit yg teramat sgt! mmg tak pernah rasa sakit tekak mcm ni... Allah je yanh tahu kesakitan yang aku alami...

Pada hari isnin, 31/12/2012 , hari terakhir di tahun 2012 sepatutnya aku berkerja, terpaksa pergi ke klinik. dan kali ini, doktor Pusrawi mengatakan perlu refer aku ke pakar, kerana keadaan tekak aku yang teruk. Doktor puntak bagitahu apa tentang tonsil. cuma doktor kata, mungkin aku kena admit. 

Sejurus lepas ambil GL di HR, aku pun terus ke Hospital Pusrawi Jln TUn Razak utk berjumpa dgn pakar ENT. Nama doktor tu, Dr.Hakim. Bila Dr.Hakim tgk je tekak aku, terus dia kata, awak kena admit dan hari rabu kena operate untuk buang tonsil. Haaa????? apa ke benda ni?? aku pun mulah lah tanya soalan-soalan bodoh kat doktor tu... hehehe.. doktor tu pun jawab lah.... doktor kata, kalau tak buang, tekak awak akan melarat lagi. sebabtu awak selalu demam.. selagi tak buang tonsil ni, awak akan demam je.... hurmmm... ada option lain ke aku waktu tu?? ada ke orang suka kena operate?? dah lah kat tekak.... dah tentu nak makan susah lah lepas ni.... 

Hari terakhir di tahun 2012, aku kena tidur di hospital.... plan nak jalan2 bwk Qistina hari selasa tu, tak menjadi.... tepat jam 12am, 1/1/2013, terdengarlah bunyi bunga api... nak tgk, tapi tak ada mood... en hubby lah yg bwk Qistina g tgk bunga api... aku duduk dalam bilik sorang2 layan perasaan je lah.... huhuhuhu...

Hari untuk operation dah tiba... pagi tu Dr Hakim check keadaan aku dulu sebelum membuat operation.. jantung aku dah berdebar2 dah.. first time nak operate ni!! kali ni lagi takut berbanding dengan takut nak bersalin.. tepat jam 12 tengahari nurse datang utk menjemput aku ke bilik pembedahan. en hubby ada mememani aku sebelum aku di bawa ke bilik bedah. 











Masa dah masuk bilik bedah tu, aku mengucap je... takut woo....  tak sampai beberapa minit, aku mula amai2 dan tidak lansung sedarkan diri..
Tiba-tiba aku tersedar sebab ada orang sedarkan aku. dan aku terdengar suara azan dan bayi menangis. tapi aku tak boleh nak bercakap. suara mcm tak keluar... ishhh.... mengantuknya... itu yg aku rasankan waktu tu....

beberapa jam kemudian, nurse bwk aku ke wad biasa.... aku masih amai-amai... tekak rasa semacam lg... rasa darah dalam mulut... hurmmmm..... 

Sedih.... sebab awal-awal tahun dah kena mcm2 dugaan.... mungkin Allah sayang aku... itu sebab Dia bg aku ujian begini..... kepada semua yg masih dalam keadaan sihat dan bahagia sekarang ni... bersyukurlah..... kerana nikmat kesihatan dan kebahagian yg anda rasa itu, datangnya dari Allah SWT.....


Thursday, January 3, 2013

Happy New Year 2013!!






Happy New Year semua!!! Rasanya tak terlewat lagi untuk aku wish new year kan??!! dah hari 3 hari kita semua berada di tahun 2013.... tapi aku baru hari ini berkesempatan untuk wish pada semua!

Bila new year jer, mesti ramai yang ckp pasal azam baru kan??? apa azam baru korang?? mesti hebat2 kan?? hehehe.... azam tahun lepas macam mana? ada yang tercapai tak?? klu tercapai, alhamdulillah.....

Hurmmm, agak menyedihkan sebenarnya... permulaan tahun 2013 ni ada benda yang mendukacitakan terjadi pada aku... sedih tau..... tapi semua tu dugaaan yang diberi Allah untuk aku lebih mengingatiNya....

Walaupun agak ralat kerana kejadian itu menimpa dihujung tahun dan tidak lari dari awal tahun baru, membuatkan aku rasa tak seronok jer....

Apa agaknya yang terjadi erk?? nantikan entry aku yang akan dtg erk... malas nak update pasal benda tu sekarang. tak ada mood.. hehehehehe!!

Apa2 pun, semoga perjalanan hidup di 2013 ini akan memberi kebahagian kepada korang semua yeee!!! mmmuuaaahh!!! :D