everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....

Sunday, October 20, 2013

BB Cream Garnier

Hai uuoolsss...

Ok. entry kali ni, aku nak share testimoni aku, menggunakan BB cream dari Garnier. Sebelum ni aku janji kan nak update BB cream yang mana menjadi pujaan hati ku... cewah!!

Ehsan dari Google


Ok, setelah buat survey tentang BB cream ni, aku pun buat keputusan untuk membeli BB cream Garnier. Tau sebab apa?? sebab brand ni satu2 nya ada jual saiz kecik dan memang sesuai untuk trial. Harga aku beli RM8.90. Dah hampir 3 bulan aku beli dan masih ada lagi ok!! walaupun saiz kecil, tapi boleh bertahan lama. sebabnya, aku tidak menggunakan terlalu banyak. konon nak jimat lah. padahal kedekut!! hahaha.

Memang banyak BB cream yang bersepah2 dijual dgn pelbagai jenama di luar sana tu... Aku nak beli jenama  Safi Rania, tapi harganya sangat lah mahal.. RM30++. So, bila aku try Garnier ni, aku rasa sangat puas hati..

Kenapa???


  • Kulit wajah terasa lebih ringan.
  • Kulit wajah rasa lebih mulus.
  • Kulit wajah terasa lebih segar.
  • Kulit wajah terasa lebih muda.
Dan banyak lagi kesan yang positive yg dapat aku rasakan bila pakai BB cream ni.. dan aku rasa, bila trial pack tu dah habis, aku akan beli lagi yang saz besar!! sebab aku dah selesa dgn BB cream jenama Garnier ni!!! hehehe. Nak tengok muka aku bila pakai BB cream ni??

Jeng Jeng Jeng.......

Me My Self and I
Haaa!! sumpah ini mmg tak edit lansung ok... klu kulit muka aku yang real, mmg nampak lah parut2 jerawat kecil.. tapi bila pakai je BB cream ni, mmg aku dapat rasa kulit muka ku menjadi lebih fresh!! hehehehe. 

uuollss jgn ragu2.. walaupun, ini adalah jenama BB cream yang pertama aku pakai, tapi aku cukup puas hati. Nak compare dgn brand lain, mmg aku belum ada pengalaman pakai brand2 lain. hehhehee..

So uuoolssss... jgn ragu2 yer... boleh saja cuba brand Garnier ni. :))

Friday, October 18, 2013

Tragedi Oktober....

Assalammualaikum uuoollsss...

Hurm.... berhabuk sudah blog aku ni.. dah 2 bulan aku tak share story pada uuolsss... actually, banyak cerita2 yang menarik untuk aku share pada uuolss.. tapi masa tidak mengizinkan. haissh!!

Bulan Oktober ni, bulan exam.. final exam untuk semester ke 3 tahun yang ke 4. Insyaallah lagi setahun lagi untuk aku mengharungi dunia belajar separuh masa ni... kawan2 yang sama batch 2009 , dah habis study dah.. batch aku ada 8 orang. 2 orang dah habis. 2 orang lagi, tinggal lagi satu sem. aku dan seorang lagi tinggal setahun je lagi... yg lagi 2 tu, mcm chips more! kejap ada, kejap tak ada! mana pegi, aku tidak tahu... huhuhu.

Segala onak duri akan ku harung untuk sampai ke penghujungnya... Insyaallah... Doakan aku ye uuoolsss... 

Ok.. Tragedi oktober lagi, ialah pada 7 oktober 2013, genaplah umur ku 27 tahun.. Alhamdulillah... Syukur kerana masih lagi boleh bernafas di atas bumi Allah ini.. dan yang penting masih lagi rasa muda sebab umur ku belum mencecah 30an lagi!! hehehehe.. 

Apa lagi tragedi oktober ni erk.... haaa!! 15 oktober ialah hari raya korban.. so, pertama kali nya aku baking kek!! hahahaha.. dan yang best nya, aku buat 2 jenis kek sekali tau... Kek red velvet dan kek oreo. Resepi aku Google saja.... dan bila anak buah dan kakak datang, semua kata, kek oreo aku sedap!! Alhamdulillah... lepas ni mmg aku nak buat lagi. hehehehe. nak cuba mcm2 resepi kek! Aku sudah terpengaruh dgn hobi kwn baik aku, si Abby tu... huhuhu.. dan Abby juga lah yang ajar sikit2 mcm mana nak buat kek ni... 

Ok, next entry nanti aku share mcm mana nak buat kek red velvet dan kek oreo yer!!! :))



Monday, August 5, 2013

Iftar With Officemate 2013

Assalammualaikum!!

Mak rasa excited nak update blog pasal mak pegi Bukit Bintang. hehehe.. Ok. pada sabtu yg lalu, aku follow en suami ku utk join buka puasa beramai2 di Nasi Ayam Chee Meng, Bukit Bintang. Actually, yg join tu adalah kwn2 en suami ku dan kwn2 aku juga lah... kawan sepejabat. dalam bahasa inggeris nya ialah Officemate. hahaha. event ni pun, mmg setiap tahun buat.. dan tempat yg sama ok!

Rasanya dah bertahun juga aku tidak ke Bukit Bintang ni. Seingat aku, dah 4 tahun tak pergi rasanya.. BB ni adalah port lepak dan cuci mata waktu zaman remaja dulu.. hehehhee. So, bila aku pergi tadi, aku rasa mcm dah lain sgt suasana di situ. Ramai btl kedai2 urut dan ramai juga pekerja asing berlemparan di situ. aku rasa mcm aku bukan berada di Malaysia. tak tahu nak kata negara mana. sebab mcm2 org yg ada di situ.

Klu nak ckp psl jln raya yg sesak, mmg dari dulu lagi sesak. kali ini, mmg berganda2 sesaknya. Nasib baik aku pergi naik LRT dan Monorail. Tapi dalam train pun, mmg sesak jgk.... haish...

Berbalik cerita buka puasa tadi tu.. Aku sampai di sana agak lewat sedikit. lebih kurang jam 8. buka puasa masa menunggu train. minum milo je... sampai2 je, tgk restoran Chee Meng tu penuh dgn orang. buat pengetahuan korang, mmg restoran tu penuh dan penuh sepanjang bulan Ramadhan. Nasi ayam hainan dia, mmg sedap..  sebab tu ramai yg suka sgt nak makan di situ.

Tunggu lebih kurang setengah jam nak dapatkan tempat duduk utk 20 orang. aiyyooo.. dah la minum air milo je.. nk kena tggu lama lagi.. tunggu punya tunggu, jam 9 pm, baru kami dpt makanan. boleh imagine tak, dari jam 7.30pm hingga 9pm, baru dpt makan. so, mak pun makan mcm hantu lah nok!! kelaparan gila! anak dara aku pun makan byk. huhuhu.. masing2 lapar....

walaupun rimas dgn suasana di sana, tapi aku redha je lah... dah nak ikut sgt kan.. so ikutkan aje... hehehhe..yg sedih tu, aku tak dapat masuk BB Plaza utk cari kasut raya... dah nak jam 10 mlm baru selesai makan semua... huhuhu.. apa nak buat dah nasib... terpaksa lah cari ditempat lain...


geng EPF

Iftar 

Kenyataannya, aku rasa Bukit Bintang dah tidak macam dulu lagi... serius serabut weh!! serabut kerana begitu byk warga asing di situ. kiri kanan aku tgk perempuan2 seksi, dan mcm pela**r, yg turun naik hotel di situ. dah rasa mcm chow kit dah...

Friday, August 2, 2013

Rambut baru Yaya!!



Muka Masam..

Adus... lega rasanya bila tgk rambut anak dara aku ni, pendek.. aku bukan tak suka Yaya rambut panjang. tapi masalah yg aku hadapi ialah dia tidak mahu ikat rambutnya itu. jadi, Yaya nampak serabut dan tidak kemas.

Aku membuat keputusan agar rambutnya dipotong pendek. walaupun en suami tidak kasi! kih kih kih.. alasan mak, ialah, rambut boleh panjang... so bila dah besar sikit, boleh lah bela rambut panjang.. hehehhe..


Senyum tanda gembira

Yeay!! nampak tak kekemasan rambut Yaya??? yg penting nampak kemas ok!! senyum Yaya bermaksud dia happy dgn rambutnya itu.. hehehhee


Thursday, August 1, 2013

Iftar SMEKSES 2013

Assalammualaikum...

Sejak dua menjak ni, rajin pulak diri ni nak menghapdate blog. kih kih kih.. well... sementara free ni kan, so tak menjadi masalah lah utk aku share story kat blog daku ni....

Ok... macam biasa.. setiap tahun akan ada event buka puasa bersama dgn geng sekolah Selayang. budak sekolah rendah dan menengah lah.. sama je.. sebab antara kami mmg kwn dari sekolah rendah dan terus ke sekolah menengah yg sama.

Event kali ini, aku jadi organiser . so, di dalam group chat facebook, aku discuss dgn kwn2 yg rapat, kwn2 yg biasanya akan join event every year. so.... discuss dan discuss, kami pun bersetuju utk buat event ni di restoran Jombali yg terletak di Setapak pada hari ahad 28 Jun 2013.

Aku siap buat invitation lagi di FB utk invite kwn2 yg berjumlah 64 orang. tapi mcm biasalah.... bkn semua dpt join kan.. dan kebiasaannya muka yg sama jer.... kih kih kih.. mak tak kisah nok.. yg penting mak happy dpt jumpa kwn2 yg dh lama tak jumpa tu...


candid
Gambar di atas tu adalah di antara gambar candid.. hehehe.. time ni tgh tunggu kwn2 yg lain sampai.... yg penting kwn baik mak ada. #abby. :) So yg confirm dtg utk iftar bersama adalah 20 orang. mmg tiap2 thn lebih kurang tu je....

Kalau nk di compare dgn tahun selepas SPM kali buat event ni, mmg byk bezanya... dulu masing2 hadir bujang. sekarang hadir membawa pasangan dan anak! begitu cepat masa berlalu kan... bila berjumpa tu, mmg mcm2 lah story yg nak di kongsi. almaklumlah... bkn selalu boleh jumpa.. klu borak kat whats app tu, bkn nya boleh cerita byk pun... kan...

mereka semua...

Restoran Jombali ni agak ok.. selesa... dan yg penting makanan kami bkn buffet tp ala carte.. so, tak ada lah membazir sgt. lagi pun, bkn kami ni jenis makan byk.. so... dr segi makanan ok.. best.. service pun laju....

Event seperti ini sebenarnya dpt mengeratkan lagi persahabatan sesama kita... terpulang pd yg nak menilai mengatakan bahawa event seperti ini, membazir.. buang masa lah.... terpulang! bg aku setahun sekali berjumpa tidak menbazir dan tidak lansung membuang masa. aku sgt menghargai kwn2 yg sanggup hadirkan diri..



Gambar di atas itu pula adalah orang2 yg join event tersebut... walaupun tidak seramai mana, tapi ia sgt happening!! suami kwn2 ku yg sgt best.. semua tidak sombong. hehehe.. Alhamdulillah, mmg bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya. dan semoga tahun depan dapat berjumpa lagi.. Insyaallah.... 



sahabat baik ku....


Saturday, July 27, 2013

BB Cream

Hai u ollss..

Penah dengar tak BB cream?? Mestilah pernah kan.... Sebelum ni aku rasa tak berminat dengan BB cream ni. tapi entah kenapa tetiba nak cuba pulak pakai BB cream. BB ialah singkatan dari Beblesh Balm. BB cream ni, kiranya all in one lah. merangkumi semua. 'semua' tu aku tak sure apa. kih kih kih.. info dari google lah...

Ok, mmg banyak dan pelbagai jenama BB cream yg dijual di pasaran ni. tapi yg aku tahu, BB cream ni berasal dari Korea. Ada sejarah pasal BB cream ni. u olss boleh google k.  aku penah  guna BB cream ni, iaitu jenama Safi Rania.


Ehsan dari Google

Aku try BB cream ni pun, bukan sebab aku beli. Aku pakai ofis mate punya. masa tu lepas solat zohor. aku tgk dia tepek-tepek BB cream ni kat muka dia. aku tanya lah dia.. best ke pakai BB cream ni?? pas2 dia jwp, mmg sgt best!! fuh! aku pun rasa mcm nak try jugak lah.. tetiba dia offer aku suruh pakai dia punya.. lepas aku tepek-tepek kat muka dan terus pakai bedak compact ZA aku tu.. bila tgk je cermin. hurmmm.... mcm biasa je kot.... cuma rasa kulit tu lebih ringan, mulus gitu. rasa juga lah 'best' bila pakai BB cream ni.

So malam ni, aku Google pasal BB cream ni. Byk jugak jenama yg menarik hati aku. Lepas tu stalker kat blog orang semua kata BB cream ni best. So, sekarang ni, aku masih survey brand apa yg paling best.

Klu dari Korea, ada banyak... seperti brand Wonder Cream..

Ehsan dr Google

lagi....

Ehsan dr Google


Dan lagi.....

Ehsan dr Google


Ketiga-tiga di atas ni, nampak mcm brand yg hot je.... cuma aku rasa harga dia agak mahal klu compare dgn brand mcm Silky Girl, Safi Rania, Garnier, Maybeline dan sebagainya lah..

Ok tak apa... nantti akan ku cuba fikir-fikir kan brand apa yg paling best utk dibeli. akan ku post entry utk testimoni menggunakan BB cream ni k!!

Ish.. nama pun perempuan, mesti lah nak sentiasa nampak cantik gitu.. cantik utk en suami jugak.... hehehehe. ;p

Thursday, July 25, 2013

Tema Hari Raya 2013

Assalammualaikum u ollsss!!

Soalan yg sama. mcm mana puasa???!!! hehe. hope ok yer u oollss!! Ok entry kali ni nak story psl tema hari raya.

Mostly, bila cakap pasal hari raya je, mesti orang akan tanya "baju raya tema colour apa??" kih kih kih..
Mesti lah ada tema!! cewah. mesti ke??!! bagi aku, bila dah ada suami dan anak ni, mesti nak sedondon kan.. baru mcm meriah je raya tu nanti... hehehe..

So... tahun ni, keputusan aku dan suami ialah nak pakai baju raya colour GREY! hehehe. Actually aku yg nak colour grey tu... memandangkan tiada objection dari en suami, so.... On je lah kan..

Yg paling best raya tahun ni dapat lah aku hantar kain tu pada tailor... kos beli kain je dah RM200. Tu pun nasib baik beli masa sale. klu tak... lagi kopak mak nok!! ye lah.. konon nak baju raya yg ada lace bagai..

Yaya?? Yaya mesti lah kena meriah jgk... Yaya ibu dah tempah baju fashion Peplum ok... Tempah kat office mate.. boleh like page dia di FB, "Lovely Sofea". Dia pandai buat dress utk kanak2..

So!! Mudah2an raya tahun ni lebih meriah lagi!! Insyaallah....

Tuesday, July 23, 2013

Lagu Raya Dah Berkumandang Di Corong Radio!!

Assalammualaikum...

Haiiiii uuu oollsss..... Hari ini Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke-14. Kejap je kan???? Sooo.... mcm mana dgn puasa u oollss semua?? Hope ok lah yer....

Pagi td di ofis tetiba dengar lagu raya berkumandang di corong radio!! hati pun rasa teruja.. hehehe.. yelah... kita pun dah masuk 2 minggu berpuasa. Insyaallah lagi 2 minggu kita nak meraikan hari raya. so, sebab itu lah lagu raya dah boleh dimainkan kan....!!

Klu cerita psl lagu raya, u oollss mesti ada lagu raya favourite kan???  mcm aku lah.... byk sgt lagu raya yg menusuk di jiwa bila dengar kan.... mmg akan terkenang zaman kecik2 dulu. mmg sgt excited bila nak sambut hari raya! sekarang pun excited jgk... lagi2 bila dah berkeluarga ni.. hehehhe..

Antara lagi favourite aku ialah.........



'Indahnya beraya di desa' By Azlina Aziz.  Lagu ni mmg sesuai utk org yg ada kampung halaman.. so berdasarkan liriknya, suruh org yg tinggal di bandar pulang ke kampung.. hehehe. walau pun aku ni org KL tp aku tetap suka lagu ni! Lagipun aku dah ada kampung jgk... kampung en suami. hehehhe..


Lagu no.2 yg aku suka ialah......



"Satu Hari Di hari Raya' By M Nasir. Lagu ni klu dengar mmg riang je rasa hati ni. mmg tambah excited nak sambut raya! kih kih kih.

Lagu no.3 ialah.....



"Sesuci Lebaran" By Siti Nurhaliza. Lagu ni mmg rancak dan sgt best!! penyayinya pun mmg suara sedap kan. Ingat dulu ms kecik2, lepas sahur je, mesti buka radio dan pasang lagu ni berkali2. klu tak dengar lagu ni, mmg tak sah.


Actually, byk lagi lagu raya yg best2 yg menjadi kesukaan aku... Sekarang ni, sampai je ofis mesti suruh jiran sebelah buka lagu raya. hehehehe..


Sunday, July 21, 2013

Cuci mata di Al-Humaira Contemporary

Assalammualaikum u ollsss!!

Di sini aku nak share story tentang tudung yang dijual di butik Al-Humaira Contemporary yg terletak di Kota Damansara.

Hari jumaat lepas, aku dan 3 orang lagi kwn ofis pergi ke butik tersebut utk membeli tudung raya. Actually, aku hanya menemankan kwn aku tu je... sebabnya, aku dah beli pun tudung raya.. Since dapat rehat selama 2 jam, kami pun bergegaslah ke butik itu....

Terima kasih kepada Google Map, sebab membantu kami mencari butik itu! hehehe.. Bila dah sampai, tu tgk tak ramai customer. Alhamdulillah. so tak ada lah rasa sesak sgt kan. Aku sgt tertarik dgn satu tudung ni namanya "tudung Cayla". . Bila tgk salah seorang pekerja butik tu pakai, mmg nampak sgt cantik. Boleh tgk tutorial mcm mana nak pakai tudung tu...






cantik kan?? kombinasi jenis kain tu ialah cotton dan shifon. Klu nak pakai tudung ni, kena pakai dgn inner neck sekali ok...



lepas tu, aku sgt tertarik dgn satu lagi koleksi tudung ni, iaitu "tudung Roxane". Yg ni mmg koleksi yg terbaru. dan yg paling tak best nya, byk colour yg dah out of stock.


Cantik kan?? kan??! Ni baru tgk dlm gambar.. mmg jenis kain ni ada bling bling skit. tapi tak ketara sgt...

Koleksi yg ketiga aku sgt suka ialah Shawl Yara. Nampak mcm biasa, tapi bila aku try, fuhhhh... mmg sgt puas hati. kualiti kainya mmg lah sgt memuaskan.


Cantik kan?? Kan???!! eeee... rasa mcm menyesal sungguh tak sambar satu or dua time tu.. bkn ape, aku risau aku tak pakai je. senan dh byk sgt tudung shawl kat umah ni tak terpakai. haissh.. kan dah membazir tu...

Yg best tu, pekerja kat situ siap ajar lagi cara nak pakai shawl dan tudung roxane tu.. best!!

Rasanya, mmg nak kena pergi lagi sekali utk beli jgk ni tau.... cuma tak tau bile... nanti bila pergi je, mesti dh out of stock pulak....

Apa2 pun, uu oollss boleh layari web site Al-Humaira di http://www.alhumairacontemporary.com. dan juga boleh beli secara online ok uu oollsss!!!

Friday, July 12, 2013

Alhamdulillah hari ke-3 Ramadhan..

Assalammualaikum...

Hai u oollss... mcm mana puasa u ollss setakat ni?? hari ni dah masuk hari ke-3 kan kita berpuasa... Syukur Alhamdulillah,aku masih berpuasa setakat hari ni...

Setakat ni jugak masih bertahan kerana boleh masak lauk utk sahur. Penat tu, mmg lah penat... tapi klu boleh lg masak, baik masak je kan.. klu beli kat bazar tu, harga yg dijual mmg boleh tahan mahalnyakan. Tp....... hari ni baru masuk hari ke-3.. kot2 lah dah tgh bulan Ramadhan nnti, dtg mood malas aku nak masak pulak ke.... kih kih kih.. Jawapannya, beli je lah..... ;p

Bgn seawal jam 4.30am nak panaskan lauk utk sahur.. 6.30am, dah siap2 utk ke pejabat. Aku amik flexi B iaitu masuk jam 8.15am dan pulang jam 5.15pm. ala.. mcm biasa seperti bulan2 yg lain.. hehhe. sebabnya, aku naik motor dgn en suami.. so, Insyaallah lah tidak tersangkut di dalam kekesakan lalu lintas.. hehe.

Ok... di sini, aku juga nak share antara amalan-amalan yg bagus dibuat pada bulan Ramadhan ini...


  • Banyakkan membaca Al-Quran.
  • Qiamullail
  • Solat Tarawikh
  • Zakat Fitrah
  • Bersedekah
  • Banyakkan bersabar
Dan minta jauh dari amalan-amalan yg tidak baik juga. seperti, mengumpat, tidur yg keterlaluan, marah-marah dan lain-lain perkara yg buruk lah kan...

Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allag S.W.T di bulan ramadhan ini.. Insyaallah..

Sunday, July 7, 2013

Marhaban Ya Ramadhan..

Assalammualaikum....




Lagi beberapa hari lagi kita semua umat islam akan menyambut kedatangan bulan yg mulia iaitu bulan Ramadhan.. seperti mana yg kita tahu, bulan ramadhan adalah bulan yg menahan kita dari lapar dan dahaga. Dan bulan yg sepatutnya kita kumpul banyak pahala.

Insyaallah Ramadhan kali ini adalah tahun yg 4 berpuasa bersama En.suami.. dan juga tahun yang ke 3 berpuasa bersama Nur Qistina Miasara.. hehehehe..

Aku hanya mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat membuat ibadah yg secukupnya. Insyaallah...

So, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak u oollsss!! :))

*tapi yg tak best, kena attend kelas time bulan puasa... mesti blk lambat..  huhuhu..

Saturday, June 8, 2013

Restoran Rasa Utara

Assalammualaikum.

Hot! Hot! Hot! Entry kali ini, aku nak share sikit tentang service di restoran Rasa Utara ni..

semalam hari jumaat, dapat rehat selama 2 jam. So, aku, kak su dan paeplan nak ke Mid Valley. Mereka berdua ada hal nak diuruskan di sana. Aku tak ada apa pun... just follow dorang dan lunch. Lebih kurang jam 1.30pm kami pun decide nak makan kat Rasa Utara.  Bila jengah dari luar nampak org ramai. Tapi nasib baik ada satu meja yg muat utk kami bertiga. Atas meja tu masih ada sisa pinggan customer yg sebelum kami. Dah duduk selama 5 minit baru lah pekerja dia dtg utk clear kan meja tu dan ambil order.

Aku pun tgk menu dia, dan tekak ni mmg terasa nk makan mehoon soto.Harga yg tertera kat situ ialah Rm13.90. Boleh tahan jgk yer mahalnya.. tp klu sedap, x ada masalah bg aku ok!

Tunggu punya tunggu dah setengah jam x sampai2 lg. Air pun ambil masa 15 min nk hantar. Alahai.. mmg potong lah selera aku ni. Kwn aku panggil dan tnya lah kat pekerja di situ.. jawapan standard, 'sekejap ye'. Aku pun mencelah, klu sy punya tak buat lg, boleh cancel je yer. Lama sgt tunggu nya ni! Lps kami bising2 tu, x smpai 5 minit, makanan kami sampai.

Dan........ bila tgk je mehoon soto yg aku order tu... aduhai... mmg lah lansung tak menyelerakan.... kuah sikit... meehoon agak keras.... dan bila rasa je, mmg tawar hebeh!!! nak tak nak, aku telan jugak lah! sb memikirkan harga mahal kan! klu nk compare dgn pasar malam punya meehoon soto, lagi sedap ok!!!

Bila nak bayar tu, aku request for single resit. tapi dia kata tak boleh dgn suara yang agak menyakitkan hati. tak ada pulak perkataan "maaf cik, kita tak boleh kuarkan single resit". Ok. tak boleh ke kata mcm tu??? Alahai... kita customer.. kena lah ckp elok sikit... Sudahnya aku bayar je lah bil utk 3 org kawan aku tu... Dan yg paling aku sakit hati.... Tak ada ucapan "TERIMA KASIH" keluar dari mulut dia!!!
Hellooooo... dah lah service awak lembab... bila customer bayar tu, ckp lah terima kasih. susah sgt ke?? Sekurang2nya, rasa tak sedap makanan tu, dan tambah hati panas, bila kat cashier tu layan dgn elok, hati customer ni jadi dah tak panas lah..... masalah betul dorang ni...

Apa lagi... Ini lah first and last aku akan menjejakkan kali ke Restoran Rasa Utara.

Monday, June 3, 2013

Samsung Galaxy S4 In The House!!!

Assalammualaikum...

Hati agak besar bila dapat beli handphone Samsung yang latest!! Sekarang aku tidak lagi menggunakan Blackberry. Ada 2 buah BB aku yang tersadai kat rumah. Adoi. Ayat belagak nih. huhuhu.. Bukan apa, sebelum ini aku menggunakan BB dan Samsung Tab. Bila sampai hujung bulan ada 2 bil yang aku perlu bayar. Tab aku gunakan sim card broadband. Dan BB aku menggunakan maxis pospaid. Jadi jumlah bil yang perlu dibayar hampir Rm200. Huh!! jadinya rasa mcm dah terlebih spend duit tiap2 bulan.

So.... fikir dan fikir, jalan terbaik ialah pakai satu hp dan jeng jeng jeng... Samsung S4 lah keputusannya!! hehehehe..









Tertarik dgn design nya yg nipis dan screen tidak begitu besar seperti note. Juga atas sebab camera 13MP. Dah alang2 nak tukar hp, beli lah yg elok sikit kan... Maybe 2 or 3 thn lagi akan ku tukar yg lain pula..
Mula2 beli tu, dah buka kotak semua, aku pun cuba nak masukkan sim card yang sedia ada kat dalam S4 tu.. pastu aku tgk kenapa mcm tak muat je saiz tempat masuk sim card tu dgn sim card yg ada ni??? Hurm.. Aku pun Google lah... Rupa2nya, untuk smart phone yang terbaru, perlu menukarkan sim card ke micro sim... huhuhu.. dah pulak satu hal nak pergi ke Maxis dan tukar sim card...

Esok tu half day, pergi lah ke Maxis Center di KLCC. Tgk orang ramai sungguh. Lepas tu banyak kaunter kosong pulak tuh. Dah lah air cond tak rasa.. Haish.. ape lah nasib. Beratur punya lah panjang. Sampai kat kaunter, staff kaunter tu yg sangat tak friendly, buat aku lg panas hati. Dah lah tengah mengandung... Jadi, layan lah customer tu baik sikit... Saya tahu awak tension customer ramai... tapi bkn maksudnya awak perlu buat muka masam mcm tu... adui.. dah mula aku nak complain. ok2! berbalik cerita pasal micro sim tu. Bila dah tukar tu, bayaran yang dikenakan ialah RM25. Dan akan masuk di dalam bil yang akan datang..

Kat rumah bila sampai je, terus tgk macam mana rupa micro sim tu..  Saiznya separuh dari seim card yang lama... Meh tgk gambar nya..







Haaa.... Yang putih tu lah micro sim...  yang merah tu sim card lama aku...  Jadi, sesiapa yang beli smart phone yg model latest ni, mesti kena tukar sim card ok!!!

Saturday, May 18, 2013

Nur Qistina Miasara 2 years old!!

Alhamdulillah... my lil Qistina dah pun berumur 2 tahun. Owhhh.. cepatnya masa berlalu! Rasa mcm baru semalam aku melahirkan dia. Errkkkk??? ;p

sebagai ibu, aku hanya mendoakan anak ku itu membesar dgn sihat... di panjangkan usia... menjadi anak yg solehah... insyaallah... semua dgn izin Allah s.w.t...

bila anak dah besar mcm ni, mula pertanyaan singgah di telinga aku ni. Hahaha! Bila nak tambah anak lagi?? Hehehe.. jawapan aku senang je.. insyaallah. . Coming soon. . Hehehe. Siapa tak nak anak lagi kan...

esok aku ada buat sikit birthday party utk Yaya.. Nnti aku post entry berkenaan event tu ok...

to my little princess... Ibu love you so much much much!! Mmmuuaaaahhhhh!!!

Tuesday, May 14, 2013

Selamat Datang CEO baru....



Entry kali ini, mengucapkan selamat datang kepada my new CEO ,Datuk Shahril Ridza. Beliau telah menggantikan Tan Sri CEO an Zainol yg telah pun menamatkan kontraknya di kwsp. . .

Kalau dilihat rupa parasnya, mcm Chinese look kan?? Hehehe.. tak silap aku beliau adalah daripada Jabatan Investment..

Mudah-mudahan dgn kehadiran new CEO ini, akan menjadikan kwsp terkenal di mata dunia..insyaallah...

Friday, May 3, 2013

Selamat Tinggal CEO

Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada Mantan CEO KWSP kerana telah pun tamat kontraknya.. hari terakhir beliau melawat PJ pada 15 April 2013. Malangnya waktu itu akubercuti. Ke mana lagi.. ke star cruise laaaa... agak sedih kerana tidak dapat berjumpa dan bergambar dgn beliau utk terakhir kalinya..

Aku pun kurang pasti berapa lama beliau berkhidmat dgn KWSP. Kerana mulanya aku lapor diri dgn KWSP, beliau mmg adalah CEO di situ.. sangat teruja dpt mengenali beliau walaupun dari jauh dgn adanya berita online kwsp di pejabat.. nak berjumpa dgn CEO bkn senang kan... tapi itu bkn bermaksud kita sebagai staff tidak harus mengenali beliau..

Actually, 2 minggu sebelum beliau melangkah pergui dari  kwsp, pengurusan ada buat satu event yg dinamakan Coffe Talk Bersama Tan Sri Azlan Zainol. Lagi sekali aku tidak dapat menghadirinya.. on of my colleagues, ada cerita pengalamannya sewaktu menghadiri event tu.. Tan Sri ada menyatakan bahawa nak menjadi ke tahap beliau, tidak perlu pun belajar hingga ke University of London. . Background beliau ialah kelulusan account.  Dan pengetahuan beliau dlm bidang account ni mmg dah tinggi..  terkejut jgk aku bila dgr Tan Sri kata mcm tu... huyuuhu.. tp bkn senang yer nk belajar account ni... mahu pecah kepala ok...

aku sgt respect beliau.. kerana beliau juga kwsp menjadi sebuah agensi badan berkanun yg berjaya. Alhamdulillah. .  Beliau telah membuat satu perubahan sistem yang digunakan oleh staff daripada sistem lama ke sistem baru iaitu menepati dgn teknologi yg ada sekarang... im proud of him!

aku doakan semoga beliau berjaya.. dan sekarang beliau kembali semula ke RHB Investment Bank, if im not mistaken lah... kembalinya beliau ke sana adalah utk menyambung semula kontrak yg belum selesai..

Terima kasih aku ucapkan pada beliau dgn apa saja yg beliau beri pada organisasi dan kepada staff bawahan...




Sunday, April 28, 2013

Yaya dan Tonsil nya....

Huhhh....

Selepas seminggu pulang dari bercuti dan selepas seminggu aku demam, kini berjangkit kat anak aku pula... Yaya diserang demam panas dan tonsillitis. Aduhai... apalah nasib anak aku... kesian sgt. Aku penah rasa mcm mana sakitnya tekak bila tonsil membengkak. makan, minum dan bercakap pun tak boleh.. nak tau mcm mana tonsil tu?? tgk gambar ni...



Ya Allah... sedih sgt aku tgk Yaya. yg paling kesian, bila tonsil tu membengkak, penafsan yaya tak begitu baik. yaya start berdengkur. Ni first time aku tgk yaya tido berdengkur. Dan yaya tak boleh tido dgn nyenyak pun! aku tak tau tahap mana tonsil yaya tu bengkak sampai boleh jadi mcm ni..

Suhu badan, panas on off. tapi memang kalau panas tu, terus naik mendadak. smapi terpaksa masuk ubat dari punggung. 3 kali ulang drai klinik. dan doktor menaihatkan supaya, beri antibiotic sehingga habis. in medication, bila demam dan tonsil, hanya antibiotic saja yg dapat membantu utk kecutkan tonsil tersebut.

Aku pernah baca dalam internet, bahawa virgin coconut oil boleh merawat tonsil. bila rasa nak demam dan sakit tekak, terus je minum satu sudu VCO tu.. Insyaallah baik sebelum jadi lebih teruk. So now, yaya alhamdulillah dah sihat. Dan setiap pagi dan malam, aku amalkan satu sudu kecil VCO dan beri pada yaya.. usaha dan tawakal tu penting.. Setiap penyakit ada ubatnya.

antara khasiat minyak kelapa dara ni ialah :

  • Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.
  • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.
  • Di dalam usus kecil dan besar, ia akan memusnahkan organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengannya, penghadaman mencapai tahap maksimum.
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. 
  •  Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap lagi.
  • Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang. 
  • Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengannya, bertambah kuat sistem kekebalan tubuh.
  • Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
  •  Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung. 
  • Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit. 
jadi, eloklah kita amalkan virgin coconut oil ni utk kesihatan.... Insyaallah....

Wednesday, April 17, 2013

Star Cruise Libra

Hai semua!!!

Entry kali ni, aku nak share pengalaman aku bercuti di atas kapal, iaitu Star Cruise Libra yang terletak di Pulau Pinang.

Memang tempat yang aku idamkan untuk bercuti, telah termakbul. Alhamdulillah. Percutian kali ini, agak seronok kerana adanya kawan baik aku, Abby bersama suaminya dan anaknya , Danish. Tidak lupa juga, nadiah dan suami pun turut serta utk percutian kali ini. mereka ni, pasangan baru saja berkahwin. elok lah honeymoon sekali kan! Kami booking kapal ni, lebih kurang hujung bulan februari. Dan total price utk 6 dewasa dan 2 kanak-kanak ialah RM1800. Murah kan??? Untuk aku dan husband dan juga yaya, ialah RM590. Ok lah... Untuk 2 hari 1 malam..

Pada malam 12 April tu, aku dah rasa badan tak sedap. nak demam. menggigil2 dan kepala mula rasa sakit. Aduh! nak demam aku rupanya! apa lagi, cepat2, aku telan panadol. Esok pagi bgn, kepala rasa berat lagi. Tapi gagah juga kemas barang2 semua..

Jam 10 pagi, aku bertolak dan berjanji dgn kwn2 berjumpa di perhentian restoran jejantas di sg Buloh. Janji aku pada mereka jam, 9 pagi. tapi aku sampai jam 10 stgh pagi. huhuhu.. harap maaf lah kwn2.. den domam.. jadi, rasa pergerakkan agak slow lah... huhuhu..

Lepas je breakfast, terus kami bertolak ke Penang. Dalam jam 11 pagi. Lebih kurang jam 3 ptg, kami sampai ke Penang. Badan aku memang rasa sgt tak sedap, dan suhu makin panas. So, en hubby bawa ke klinik utk ambil ubat.. Doktor kata, badan aku panas sgt... kena rest.. hurmmm... sgt lah spoil, bila time nak bercuti mcm ni, mula demam... tapi aku kuatkan semangat juga. huhuuhu..

Kami pergi ke Pulau Pinang menaiki ferry yang terletak di Butterworth. Malas nak ikut jambatan pulau pinang tu.. saja nak bagi kwn2 merasa naik kereta atas ferry. hehehhe..

Nah! tgk gambar2 kami!!








Semua di atas ni gambar kami, atas ferry.. ferry ni lah bawa kami dan kereta kami ke seberang Pulau tu...

Kami tiba di Georgtown, lebih kurang jam 4 petang. Dan sesampainya kami di sana, kami terus mencari makanan utk mengisi perut yang lapar. baru lah nak lunch tau.... Kami lepak di Padang Kota Lama dan makan mee sotong terbaik di situ.

Jam 5.30 petang, kami check in di kapal Star Cruise. Jauh jgk nak berjalan dari parking ke kapal tu.. berpeluh mak nok! Semasa pendaftaran, kami diberi satu kad dan tercatat nama kami. Kad tersebut adalah digunakan utk membeli apa-apa saja di dalam kapal tersebut nanti. No cash ok! kad tu mcm credit card lah... Bila nak check out nanti, baru lah bayar... lupa pula nak capture gambar kad tu....

Selepas kami check in di bilik masing2, kami pun berehat beberapa minit. Jam 7 setgh ptg, kami keluar dan pusing2 di kawasan kapal tu..

Ni gambarnya...








Waktu dinner adalah dari jam 7 ptg - 9.30 mlm. Dinner adalah include dalam pakej ok... So makan pun buffet, apa lagi.. belasah lah kami.. hehehehe.. seronok suasana malam di atas kapal tu. angin yg sejuk.. ada pool lagi.. kapal ni pun mula bergerak. tak ke mana pun... ke tengah laut je... kata, 2 hari 1 malam. tak kan nak ke krabi pula kan??

Nah! gambar lagi! hehehe







Seronok bukan??? hehehhee... bercuti di kapal ni, ibarat kita bercuti di dalam hotel lah.. tapi lagi bes dari hotel ok.. macam2 ada dalam ni.. klu korg pernah tgk cerita Pisau Cukur yg di bintangi oleh Fazura, macam tu lah kami... hehehhee..

lepas je dinner, kami teruskan melawat kawasan di kapal tu lagi. Actually, ada jadual yang diberi kepada penumpang. Dan penumpang boleh memilih aktiviti mana yang dikehendaki. Ada certain tempat atau show, dikenakan cas. So,malam tu, kami menonton show dari mat and minah saleh. tapi, rasa tak sesuai sgt utk bdk bawah umur tgk show ni.. nasib baik yaya tak berapa nampak show tu.. hehehe



Selepas habis show tu, kami pun pulang ke cabin masing2.. hurmm.. aku ni dah la demam. mmg tak larat nak bersengkang mata lagi dah.. So, pulang ke bilik, telan ubat dan tidur!! Yaya pun dah kepenatan.. dengan bilik yg sejuk.. tidur nyenyak lah kami semua.

Esok jam 6 stgh pagi kami bgn dan lebih kurang 7 stgh pagi, kami naik utk breakfast dan menghirup udara pagi yg nyaman.. breakfast bermula jam 7 pagi - 11 pagi. So, sambil breakfast, sambil hirup udara. Kapal bergerak pulang dari tengah ke penang, pada jam 8 pagi. kerana check out time jam 10 pagi-12 tghari.








Haaaaiiihhh.... dah penat dah menaip. So, ini sajalah coretan dari aku... percutian yg agak pendek, tapi agak menyeronokkan.. kalau ada rezeki, boleh ke Krabi dan Phuket naik kapal ni... Insyaallah.... So, kepada korg yg rasa nk pergi naik kapal ni, elok lah pergi. Just nak merasa je kan... hehheheehe.

Saturday, April 13, 2013

Cara Mengesan Jin Dalam Badan


Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.


Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? 

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

  • Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  • Badan terasa berat dan malas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Badan terasa bisa-bisa.
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  • Sukar tidur malam.
  • Sakit pinggang tanpa sebab.
  • Sakit dada bila waktu asar keatas.
  • Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  • Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Bermimpi di tempat yang kotor.
  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  • Bayi kerap menangis.
  • Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  • Malas beribadat.
  • Nyanyuk ketika usia lanjut.
  • Panas baran.
  • Sikap berubah secara mendadak.
  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  • Suka melakukan tabiat buruk.
  • Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  • Kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Mengantuk bila dengar al-quran.
  • Bermimpi seram yang menakutkan.
  • Darah haid turun lebih 15 hari.
  • Batuk yang berpanjangan.
  • Selalu ditindih ketika tidur.
  • Kuat berangan.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Nafsu seksual yang melampau.
  • Selalu melihat kelibat dirumah.
  • Terasa diri selalu diperhatikan.
  • Mandul.
  • Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  • Melihat jin secara terus.
  • Sakit mental atau gila.


LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Sharing is caring...

Tuesday, April 9, 2013

Jenis Makanan Yang Membuatkan Kita Jadi Pelupa


Tahukah anda sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada dengan jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.

  •  Banyak makan epal yang sudah masam.
  •  Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
  •  Banyak makan bawang besar.
  •  Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
  •  Memakan kepala ikan.
  • Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
  • Makan sehingga terlalu kenyang.
  • Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
  • Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  • Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  • Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Nak makan sekali-sekala tak apa... Tapi jangan selalu lah.....


Sunday, April 7, 2013

Elakkan dan Amalkan lah......

Assalammualaikum.....

Sharing is caring... Baca dan elakkan dan amalkan lah yer.....


  • Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis      krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).
  •  Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
  •  Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
  •  Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
  •  Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
  •  Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
  •  Elakkan mandi selepas makan.

  • Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
  • Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
  • Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  • Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Friday, April 5, 2013

Shaklee

Weeehhuuuu!!!


Apa shaklee tu??? Shaklee tu ialah vitamin atau supplement untuk badan kita... Lagi beberapa hari aku akan menjadi member product Shaklee ni. hehehhee.. Thanks to miza, kerana jelaskan bagaimana nak menjadi ahli shaklee ni.

Kalau aku tau, dah lama aku jadi member shaklee ni tau... Kenapa lah orang kaunter shaklee tu bagi wrong information kat aku.

Kalau korang nak tahu apa istimewanya shaklee ni, boleh lah google yer....  pak cik google ada byk information. mcm aku memang amalkan supplement ni setahun yang lalu... Untuk banyakkan susu badan. Alhamdulillah sampai sekarang, Qistina masaih lagi BF. Dan dalam waktu yang sama boleh mencantikkan kulit muka aku ni...

Shaklee
Ok gambar kat atas tu menunjukkan, bahawa aku sedang mengamalkan 5 jenis vitamin dari shaklee. Nanti aku post entry lain pulak yer, utk cerita apa kebaikkan shaklee yang jenis2 di atas ni... hehehhehee..

Wednesday, April 3, 2013

Penamaan KWSP

Assalammualaikum.....




Ok... entry kali ni, aku nak share tentang penamaan atau waris. Sudahkah anda mengemaskini nama penama di akaun KWSP anda?? Kalau belum, cepat-cepatlah pergi ke mana-mana cawangan KWSP untuk anda mengemaskini penamaan tersebut.

Kenapa mesti update penama?? Ia akan memudahkan kepada waris kita untuk menuntut wang KWSP sekiranya kita telah meninggal dunia. Bukan lah bermaksud susah atau lansung tidak boleh mengeluarkan wang sekiranya ahli tersebut telah meninggal dunia...  Tapi sekiranya ada dokumen yang tidak boleh dikemukakan oleh waris yang memohon, ia akan mengambil masa yang lama dan memerlukan waris ke sana sini utk dapat dokumen yang tidak lengkap itu.

Kalau ada penamaan, penama hanya perlu isi borang, salinan ic dan salinan akaun bank sahaja. Kalau tiada penamaan, selalunya kita perlu bukti pertalian. Contoh, sijil kahwin, sijil kelahiran.. tetapi katakan lah sijil nikah kita hilang, perlu pergi ke pejabat agama utk dapat semula dokumen tersebut. Soalannya, adakah pejabat agama akan mengambil masa yang singkat utk menyemak rekod nikah yang dah bertahun2 lama tu kan??? Mesti akan mengambil masa juga utk pejabat agama menyemak rekod. Di situ kita dah membuang masa. betul??

Contoh lagi, kalau tiada penamaan dan ahli bujang, ibu bapa pula meninggal, adik beradik datang memohon, pihak KWSP bukannya terus buat bayaran kepada pemohon iaitu adik beradik tersebut. Kalau kata amaun si mati banyak, sudah tentu perlukan surat kuasa dari mahkamah atau amanah raya. Kalau orang islam, kena lah dapatkan sijil faraid dari mahkamah syariah..... Dan ianya bukan sehari boleh dapat surat kuasa tersebut. Akan mengambil masa sebulan, dua bulan atau tiga bulan..... Jadi sangat lah penting utk kita update penamaan tersebut. Bukan di KWSP sahaja. Tapi mana2 agensi lain lah... seperti Tabung Haji ke.... ASB ke....

Apa yang penting lagi, kalau nak buat penamaan tu, mestilah kita namakan orang yang sepatutnya... jangan lah namakan kawan-kawan pula... Kesian kat waris kita yang lain.... Kalau korang ada hutang banyak, dah tentu waris korang nak guna duit KWSP korang tu utk membayar hutang2 tu..... Macam orang islam, apabila penama tersebut dah dapat duit KWSP si mati, beliau perlu faraid kan duit2 itu. Ramai orang islam yang tidak tahu akan perkara ini. Duit KWSP ialah harta pusaka ahli. Jadi bagi waris atau penama si mati tersebut, perlu mengikut perintah Allah dgn faraidkan wang itu. Bahagian nak faraid tu, perlu rujuk kepada mahkamah syariah yer.... saya tidak arif. dalam perkara tersebut.

Bagi yang beragama islam, penama atau waris dipanggil wasi iaitu orang yang di amanahkan untuk menguruskan wang tersebut. Faraid kan lah.....

Jadi, harap entry ini berguna dan dapat menyedarkan anda semua, betapa pentingnya penamaan ni..... Ok.... Kalau tak faham, boleh lah tinggalkan comment kat bawah nu..... hehhehehee..

Contoh borang penamaan KWSP
Kalau nak borang ni, boleh lah pergi ke pejabat KWSP atau download di website KWSP. www.kwsp.epf.gov. Ok!!!