Assalammualaikum semua!!
Entah kenapa, rasa sungguh rajin pula nak update blog yg dah agak berabuk ni... huhuhu..
Ok... Last week dapat email dari pegawai dari bahagian kursus ni. Tawaran kursus yang diberi tajuk
"Intergriti dan Fraud". Dua hari kena attend kursus ni pada 17 dan 18 Disember. Semalam lah! Kursus ni membawa maksud untuk memberi kesedaran kepada anggota, apabila kita berkerja sikap Intergriti perlu ada pada semua. Intergriti ni boleh membawa maksud "jujur" atau "amanah" atau "telus". kalau dalam bidang kerja di KWSP ni, kita kena amanah dan jujur kerana bekerja dgn duit "orang". huhuhuhu... betul tak?? klu pekerja bank pun mcm tu jgk lah kan...
So, pengurusan memberi kesedaran kepada anggota dengan membawa anggota KWSP yang terpilih sahaja ke Penjara Sg Buloh. Memang tidak pernah terfikir pun nak jejak kaki ke mana-mana penjara dalam dunia ni!! dan ini lah kali pertama aku jejak ke situ. ye lah... dalam fikiran semua orang, bahawa penjara ni adalah tempat orang yang buat salah kan... so, mana lah pernah fikir nak buat salah dan masuk dalam penjara. semua orang tak nak kan??
Dalam jam 9 pagi kami bertolak dari office menaiki bus KWSP. Lebih kurang dalam 30 orang yang pergi. Semuanya dari Department yang sama. Iaitu Withdrawal Department. Perjalanan lebih kurang 50 minit dari PJ ke Sg Buloh. Sampai je di situ kami dijemput masuk ke dalam dewan untuk mendengar ceramah dan berkongsi sedikit pengalaman dari pegawai polis di situ..
Mula sekali pegawai polis tersebut menceritakan sejarah penjara sg buloh. Penjara Sg Buloh telah mula beroperasi pada tahun 1996. Ia nya adalah kerana penjara Pudu hendak ditutup. dan berpindah ke Penjara Sg Buloh. Penjara Pudu tidak sesuai lagi untuk beroperasi kerana terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Tempatya yang tidak lagi strategik.. oleh sebab itu penjara Sg Buloh ditubuhkan..
Dan selepas itu pegawai itu menceritakan lagi pakaian seragam yang dipakai oleh banduan. ish... mcm-mcm colour lah... ada colour putih,hijau,ungu.. itu je yang aku ingat. huhu.. Dan pegawai polis mula bercerita bagaimana menjaga banduan di dalam penjara. buat pengetahuan semua, bukan mudah untuk bekerja sebagai seorang polis. lagi-lagi yang bekerja di bahagian penjara. mendengar cerita beliau, hati ni dah dapat rasa begitu payah nak jaga banduan. aku harap mereka tabah bekerja. huhuhu..
Ada benda baru aku dapat tahu iaitu "artikel barang terlarang". maksudnya barang-barang yang terlarang dibawa masuk ke dalam penjara. dan yang paling mengejutkan, mmg ada kes banduan membawa masuk barang terlarang ni. contohnya handphone, dadah, duit dan sebagainya. yang paling mengerikan, banduan-banduan ini membawa masuk barang telarang ini dengan menelan dan memasukkan ke dalam dubur untuk mengelakkan dari terkantoi dengan pihak polis!! agak ngerikan???!! mcm mana lah mereka ni boleh berfikir sampai ke tahap itu... hish....meremang bulu roma aku dengar!!
Dan topik yang juga agak mengerikan iaitu hukuman rotan dan hukuman gantung sampai mati. mula2 dengar tu , tak adalah terasa sangat. tapi bila pegawai polis tu tunjuk gambar bagaimana hukuman tersebut dijalan kan, mmg dah meremang semula bulu roma aku. huhuhu.. sangat ngeri ok!! pegawai polis tu siap tunjuk lagi, rotan yang digunakan utk merotan tu... cara merotan pun pegawai tu tunjuk. korang bayangkan orang main golf pukul bola golf tu.. mcm tu lah tukang pukul tu, pukul banduan yang kena hukuman rotan. adoi!! sakit weh... nak baik tu, mmg mkn masa berbulan-bulan katanya..
Yang kedua ni, hukuman gantung sampai mati.. yang ni mmg aku seriau. tali gantung ditunjukkan oleh pegawai tu. nak pegang mmg tak berani lah.. yang paling latest hukuman gantung dijalankan di penjara Sg Buloh sendiri. Pesalahnya Amin. Yang kes serang agong tu.. nak tahu lebih lanjut, boleh Goggle erk tuan n puan-puan sekalian. hehehhee...
Dan apa yang aku baru tahu ialah, hukuman gantung sampai mati ni bukanlah terus boleh dijalankan. makan masa bertahun-tahun ok... Hukuman gantung sampai mati ni, boleh dibuat rayuan dengan meminta pengampunan dari Agung. Dan 3 kali rayuan kalau tidak silap. aku pun dah lupa.. huhuhu..
Apa yang aku dapat dari lawatan ini ialah dapat menginsafi diri.... itu yang penting. klu kita buat salah kat dunia ni hukuman akan dapat dengan setimpal. belum lagi di Akhirat.. Na'uzubillah..
Buat pengetahuan semua, aku bengang sebab tak dapat shot gambar kat sana. sebabnya bateri hp dan tab aku dah kong!!! huaawaaaaaa.....!!!
everyone wants to change the world is.everyone wants to see the world happy..but no one realises that,to make this world a happy place to live,you have to change yourself,your heart and not the world....
About Me
Wednesday, December 19, 2012
Sunday, December 9, 2012
Resepi Ikan Siakap Masak Sweet Sour
Assalammualaikum semua!
Hari ni, hari ahad..... jadinya, hari yang sesuai utk masak memasak. hehehe..
so, aku hendak kongsi resepi ikan siakap sweet sour... masak untuk dinner tadi! :
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap atau ikan bawal.
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia dipotong halus
3 tangkai cili padi
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji timun dipotong dadu
1 tangkai cili merah utk dibuat hiasan
1 sudu sos tiram
1 sudu cili mesin
2 sudu sos tomato
1/2 cawan air
1/2 sudu garam
sedikit tepung jagung
Cara-cara :
cuci ikan sehingga bersih. boleh cuci dgn air asam jawa dan garam. mcm aku, aku lebih suka cuci ikan dengan limau kasturi dan garam.. bau ikan akan tidak hanyir lansung....
selepas cuci, lumurkan ikan tersebut dengan kunyit,garam dan sedikit tepung jagung. peram sebentar. selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali dan masak ikan tersebut sehingga garing.
bawang merah dan bawang putih tadi, ditumbuk. selepas itu, panaskan 3 sudu minyak di dalam kuali dan masukkan bawang yg telah dipotong tadi. masukkan halia yg telah dipotong. selepas itu masukkan cili mesin dan masak sehingga cili itu masak. masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air. kalau anda suka kuah banyak, masukkan byk air.. terpulang lah...
selepas itu, masukkan timun dan tomato yg telah dipotong dadu tadi.. dan masukkan garam secukup rasa. kalau nak letak gula bagi manis pun boleh... bg aku gula kat sos tadi dah cukup manis dah.... last sekali, masukkan cili merah sebagai hiasan...
ok dah siap. ikan yg telah digoreng td, boleh letak di pinggan dan siramkan dengan kuah sweet sour itu...

Saturday, December 8, 2012
Apabila Kamu....
Assalammualaikum.....
Sekadar peringatan kita bersama...
Apabila kamu.....
Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyakkan ISTIGHFAR...
Apabila kamu terlupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyakkan SELAWAT..
Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyakkan SOLAT DHUHA..
Apabila kamu ingin perlindungan & kekuatan hati, perbanyakkan TAHAJJUD
Dan apabila kamu ingin malaikat mendampingimu & mengelakkan dari pandangan nafsu syaitan,
hendaklah kamu sentiasa dalam keadaan BERWUDHU'

Friday, December 7, 2012
10 Productivity Tips
Hard work is old school. Smart work
is where most productive friends to see how they get it right. Make the shift
from hard to smart with our top 10 productivity tips.
1. Stop multi-taskingMaybe you havent read the news yet, so wel tell you “ multi-tasking is six feet under. Its been given the last rights, buried and mourned. The idea that you can focus on more than one thing at a time and be even remotely efficient has been exposed for the BS myth it is. If you want to be productive then the first thing you want to do is FOCUS “ on one thing at a time.
2. Make ListsKeeping track of the things you want to accomplish is way less painful when you make lists for daily, weekly and monthly tasks. Plus its so satisfying when you cross things off!

3. Get out of your InBoxHow many hours do you waste every week with those ˜quick email checks that end up as hour-long black holes of ˜correspondence? Set specific times each day for checking emails, and give yourself a limit to how long youl spend each time. Every email should fall into one of three categories: A. ImmediatelyB.(under 5 minutes)c. Deal with later. *Category C should make up a tiny fraction of your emails. Deal with them at the end of your work day and get them out of your InBox before the days end.
4. Take breaks Schedule specific breaks for yourself and stick to them. Giving yourself 10 minutes every 1.5 hours to stretch, go outside or do anything that is NOT work will give you a little brain-n-body boost.
5. Quit the chit-chatSocial hour is social hour, whether its virtual or at the local bar. Skype, Messenger, Twitter, Facebook or anything that rings, bleeps, pops, buzzes or tweets should be turned off if you want even a modicum of productive time.
6. PrioritizeWhat are the most important things you need to get done today, this week, this month? Do them first, when your energy is fresh. Fussing with details that dont take much brain power wastes time when feeling chipper. Leave those little things for times when you only have little bits of energy or focus.
7. Rise-n-Shine(early!)When you start your day early you give yourself more time to get things done. But theres more! Once you get going (as in: out of bed), you tend to have more energy than if you slept in. (But hey, if your're aiming for ˜groggy and unmotivated then by all means, stay in bed til noon!)
8. Clear the Slate (or desk)Make sure your work space is clear of unnecessary clutter “ and this includes your computer desk top. A cluttered space is no friend to an organized and focused mind.
9. Schedule itAppointments, work time, fun time. Not that we want you to marry your day planner or anything, but making a basic daily, weekly and monthly schedule that balances work and play helps keep your whole life in balance.
10.. File it awayWhen a task or project is complete, put it where it belongs. Get it out of sight and out of mind so you can focus on the next task at hand (see #8 if you dont believe us). So there you have it “ Top 10 Productivity Tips. We know theres plenty more so now its your turn.
Thursday, December 6, 2012
Resepi Durian Crepe
Sekarang ni durian crepe ni mmg popular. Jadi aku nk kongsikan resepi durian crepe ni pd korang yer..... senang sgt buatnya!
Cara-cara nak buat Durian Crepe ni...
CREPE :
Bahan-bahan :
250gm tepung gandum
3 biji telut
500ml santan(lebih mudah gunakan santan kotak 400ml campur air100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna(ikut suka korang lah.... colour merah,kuning, hijau tau biru pun boleh je!)
Cara-cara :
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil. Ratakan sedikit minyak
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
DURIAN FILLING :
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream(pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya(ambil isi saja)
Cara-cara :
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk.
Mudahkan??!!! Selamat mencuba!!
Published with Blogger-droid v2.0.8
Subscribe to:
Posts (Atom)